Prebet Ahmad Hurairah Ismail
AL FATIHAH!
Dua lagi wira negara gugur dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Malaysia tercinta di Sabah. Dua wira tersebut ialah Prebet Ahmad Hurairah, 24 dan Ahmad Farhan Roslan, 21 masing-masing ketika menjalankan tugas.
Jenazah kedua-dua wira dijangka dikebumikan hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dengan biadap dan kurang ajar masih lagi enggan memohon maaf atas kenyataan beliau yang menuduh insiden pencerobohan Sabah dan pengorbanan polis & tentera Malaysia sebagai hanya "sandiwara" semata-mata.
Sebagaimana semua pemimpin pakatan penipu, Tian Chua hanya mendakwa dia disalah erti dan mengalihkan kesalahan kepada editor Keadilan Daily. Secara tak langsung ini hanya membuktikan kebodohan dan kedangkalan pemimpin pakatan pembangkang yang terus-menerus menonjolkan kebodohan masing-masing dan cuba membodohkan rakyat.
Rakyat tidak sesekali akan lupa kejadian Tian Chua melanggar seorang askar, Mohd Salleh Hamdan (22 tahun) sehingga mati di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing pada 13 Mac 2010.
Inilah watak sebenar Tian
Chua... bukan sahaja tidak menghormati
Perajurit Negara yang terkorban, tidak peka kepada tangisan balu-balu
dan anak-anak Perajurit Negara dan tidak peka kepada rakyat Malaysia, malah bersikap biadap dengan menyifatkannya sebagai sandiwara!
Ayuh, tolak pemimpin biadap ini!
Tolak Pakatan Rakyat!
No comments:
Post a Comment