Monday 18 May 2015

Bukti Pendemo #TabungHaji Berdemo Dengan Otak Kosong! #KekalTRX @azeezputera @NajibRazak



Aduh!Pening kepala bila melihat video ini yang dijumpai di Youtube. Wartawan telah menemubual beberapa pendemo Tabung Haji yang berlaku Jumaat lepas. Bila ditanya tentang fakta kes, rata-rata semua pun tidak faham dan hanya mencedok maklumat biased dari internet.

Yang paling kesian sekali sebab semua pendemo ni orang Islam dari PAS yang suka menentang tanpa ilmu di dada (dan di otak). Bila ditanya, terkial-kial nak jawab. Apa bukti dana awam digunakan untuk beli tanah di Tun Razak Exchange? Kita nak pegi haji pun disubsidi sebanyak lebih kurang RM9 ribu lebih, kebajikan dijaga selama sebulan lebih, dengan doktor dan jururawat yang dibawa khas dari Malaysia, ingat cukup sangatkah simpanan kita dalam Tabung Haji untuk beli tanah tu?

Ramai yang tak tahu tentang bisnes Tabung Haji yang merangkumi hartanah (TH Properties) dan macam-macam lagi. Korang ingat sesuka hati sahaja Tabung Haji nak beli tanah dan guna duit korang ke? Tolonglah berhenti jadi bodoh piang. Tanya sahaja straight pada Tabung Haji, mereka ada panel Syariah yang mengkaji sama ada pelaburan yang mahu dilaksanakan itu syariah compliant atau tidak. Ini main hentam keromo sahaja. Nampak sangat busuk hatinya walau kopiah tersemat di kepala.

Satu lagi bende senang nak tau Tabung Haji ni guna dana awam ke tak, silalah anda semua pergi ke kaunter Tabung Haji dan lihat sendiri sama ada baki simpanan anda kurang ke tidak? Senang kan?Kalau betullah rakyat ditipu Tabung Haji, takkanlah tiap-tiap tahung korang claim bonus dari TH kan? 

Sumber video

Friday 15 May 2015

#PAS #ShahAlam Ghairah Demo #TabungHaji, Demo Tuntut #Hudud Bila Pula? @azeezputera @NajibRazak @KhalidSamad


Amboi, kemain semangatnya PAS Selangor ni berdemo pasal Tabung Haji baru sebentar tadi. Ghairah sungguh dalam bahasa laymennya. Buat kita tertanya-tanya, kenapa tak ghairah macam ni untuk tuntut Hudud dilaksanakan di Selangor? Kenapa PAS terkinja-kinja attack kepentingan ekonomi orang Melayu Islam? Ada mastermind yang suruh ke? Setahu kita, PAS ni kecut telur dengan DAPigs sahaja. Jadi puas hati tak PAS dapat laksanakan kerja terkutuk yang DAP amanahkan ni? PAS tak tahu ke DAP tak perlu bersusah payah untuk pecah belahkan Melayu Islam? Tak perlu kerahkan 'bangsa' mereka untuk buat kerja kotor ni? Cuit sikit sahaja, terus orang Melayu Islam meroyan.

Menyedihkan tengok keadaan sekarang. Plot tanah yang lagi satu tu dah dibeli Mulia Group dari Indonesia pada harga yang jauh lebih mahal dari nilaian tanah. Sekarang, apa yang Tabung Haji dapat? Dengarnya, kakitangan mereka pun dihina oleh ahli keluarga sendiri. Sekarang puas hati dah?