Tuesday 19 March 2013

PM @NajibRazak Bantai PAS! #LahadDatu #PrayForSabah


Apabila PAS bersuara:
Respon PM Najib:


Pertikai wira mati syahid: Pemimpin pembangkang mempolitikkan kematian anggota keselamatan

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak membidas pendirian Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang menyifatkan kematian anggota pasukan keselamatan dalam Ops Daulat di Lahad Datu sebagai syahid dunia dan bukan syahid dunia akhirat. 


Mati syahid 

“Apa yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini satu ujian besar untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat dikurniakan oleh Allah dan sejauh mana taat setia dan kasih sayang kepada negara tercinta," Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri berkata ia amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang memutuskan anggota dan pegawai yang terkorban tergolong dalam kalangan mereka yang mati syahid dunia akhirat. 



Pembangkang enggan iktiraf wira

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau berasa pelik dan kurang jelas mengenai punca sebenar pemimpin PAS enggan mengiktiraf kematian wira negara kerana perjuangan mempertahankan nyawa, harta benda, tanah air dan negara adalah selari dengan tuntutan syariat Islam dan tidak boleh dipertikaikan sesiapa pun.

“Mereka terkorban dengan niat pertahankan nyawa, keluarga, harta benda, maruah dan keselamatan negara,” katanya pada majlis penyampaian surat tawaran kepada 800 ketua kampung, imam serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terpilih menjadi calon Program Khas Menunaikan Fardu Haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 di sini, semalam. 
Najib juga kesal dengan sesetengah pemimpin pembangkang yang sanggup mempolitikkan isu mati syahid.

“Apakah agenda mereka sehingga ada seorang pemimpin pembangkang bermulut celupar dan mendakwa kononnya ini semua sandiwara kerajaan pimpinan Barisan Nasional?

“Ini bukan masa untuk kita jadikan soal serius membabitkan kedaulatan negara, nyawa masyarakat awam dan maruah diri untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan inilah masanya setiap rakyat Malaysia perlu menunjukkan kesetiaan kepada agama dan negara.

“Apa yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini satu ujian besar untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat dikurniakan oleh Allah dan sejauh mana taat setia dan kasih sayang kepada negara tercinta,” katanya.

Pada 6 Mac lalu, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Prof Emeritus, Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin, memutuskan mereka mati syahid dunia akhirat kerana kematian ketika mempertahankan keselamatan rakyat dan negara sangat mulia di sisi Islam.

Jawatankuasa itu juga memutuskan jasa dan pengorbanan anggota keselamatan sangat besar kepada negara kerana terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara. - Berita Harian



RMK: Sikap pemimipin PAS ni memang double standard..kalau macai dia mati jatuh gantung bendera parti pun disifatkan mati syahid dunia akhirat…tapi bila Wira Negara mati mempertahankan negara cuma disifatkan sebagai mati syahid dunia je….Ni la ulama yang hanya berpihak untuk kepentingan ahli mereka sendiri….. anda fikir la sendiri..

No comments:

Post a Comment