Rancang bunuh: CN Afghani mahu bertemu, mohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir
PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.
Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu. Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.
"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.
"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.
"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.
Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN
Dan apa pula respon negarawan kita Tun Mahathir terhadap perkara ini?
Saya maafkan sesiapa sahaja - Tun M
KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.
Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.
"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.
"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. - UTUSAN
Betapa taksub dan sesatnya PAS di bawah Hadi Awang sehingga merancang untuk membunuh pemimpin yang kononnya 'kafir'. Siapa mereka untuk mengkategorikan siapa kafir, siapa yang bukan? Bukankah kita semua sesama Islam? Mujur ada yang telah sedar dan meninggalkan parti. Jangan biarkan parti sesat memimpin negara ini. Apa pun Tun M memang steady!
No comments:
Post a Comment