Wednesday 20 March 2013

Tahniah PM @NajibRazak! Program GTP, ETP Berjaya!


Program GTP, ETP berjaya
Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kabinet memegang Laporan Program Transformasi Ekonomi dan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi membentangkan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menjadi bukti iltizam kerajaan menepati janji untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kejayaan kedua-dua program transformasi yang dilaksanakan tiga tahun lalu itu menjadi asas utama untuk menyokong Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. “Saya suka melaporkan, berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak, sama ada rakyat, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang dirancang berjaya dicapai,” katanya. 


Berucap membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional, Najib berkata, kesan pelaksanaan transformasi itu, kualiti hidup rakyat semakin baik serta ekonomi negara kian makmur, manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

Beliau berkata, perancangan dan pelaksanaan GTP dan ETP adalah eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Perdana Menteri yakin rakyat bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang sudah berlaku, tetapi juga merasai kesannya.

Pilihan tepat 
Berikutan itu, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi adalah medan kritikal untuk rakyat membuat pilihan tepat bersandarkan lima perkara utama yang bakal menentukan hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, pilihan cukup penting itu adalah mengenai kebolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan ceritera kejayaan Malay-sia dan janji ditepati.

“Rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan ia sebuah kerajaan boleh dipercayai, mendukung harapan, berusaha gigih mencipta masa depan lebih baik untuk anak Malaysia dan akan meneruskan dasar terbukti berjaya, atau pihak sebelah sana yang apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.

“Kita juga bukan seperti mereka, apabila musim pilihan raya menerbitkan manifesto tetapi setelah menjadi kerajaan, janji itu dimungkiri. Sudahlah manifesto dibuat tidak ditunaikan, diterbitkan pula janji baru dalam bentuk Buku Jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

“Tidak cukup setakat itu, nampaknya belum lagi kering dakwat dokumen Buku Jingga, dikeluarkan pula manifesto baru. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan.

“Maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan lebih baik?” katanya.

Justeru, Najib menyeru rakyat supaya memilih kerajaan yang transformatif, sekali gus menolak kerajaan yang memusnah dan akan meruntuhkan masa depan.

Elak bereksperimen

“Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih daripada kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah. Hakikatnya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan ini ialah kerajaan bertanggungjawab, menepati janji dan meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. 

“Sebab itu sebelum berjanji kepada rakyat, kita akan mengkaji adakah ia akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang, selain adakah mampu untuk kita tunaikan. Bukan janji sekadar janji,” katanya. - Berita Harian


RMK: Nampak tak? Kerajaan persekutuan sekarang ni stabil. Tak perlu gamble-gamble nak cuba pemerintahan 'kerajaan baru'. Kita pun tak tahu apa agenda tersembunyi puak-puak sebelah sana tu. Jangan salah pilih.

No comments:

Post a Comment