Showing posts with label tian chua. Show all posts
Showing posts with label tian chua. Show all posts

Wednesday 1 May 2013

PANAS #GE13 : Hubungan Rahsia Nurul Izzah, Tian Chua Punca Mereka Tuduh SPR Dakwat Kekal.


Umum mengetahui sejak berlaku insiden Lahad Datu, populariti Tian Chua semakin menurun. Dalam ceramah pilihan rayanya baru-baru ini, hanya ini banyak ini yang mampu dikumpulkan.


Sepatutnya reputasinya sebagai pemimpin tertinggi PKR, jumlah audien yang patut diterimanya bukan seperti ini.

Oleh kerana populariti makin menurun, maka Tian Chua memerlukan satu isu baru untuk menaikkan kembali namanya. Maka isu dakwat kekal menjadi sasaran Tian Chua. Dalam hal ini, Tian Chua memerlukan seorang lagi 'partner in crime' untuk menjayakan rancangan ini.

Sudah pasti Nurul Izzah menjadi pilihannya kerana menurut Raja Petra Kamaruddin, Izzah dan Tian Chua mungkin mempunyai hubungan rahsia yang istimewa.

D-day rancangan Tian Chua ini adalah pada hari ini iaitu masa pengundian awal dilakukan. Dengan izin Allah SWT, rancangan mereka gagal.

Kalau masih tak percaya, boleh tengok video ini.


 

*Sebar-sebarkan penipuan PKR untuk tuduh SPR. Yang mintak dakwat kekal ni pun puak-puak pembangkang tapi bila dilaksanakan, mereka menggunakannya untuk serang balik SPR. Licik sungguh puak-puak ni kan.



MyMassa

Tuesday 26 March 2013

TERKINI LAHAD DATU: KELUARGA PENGGANAS TUNTUT WANG JANJI




Seperti yang kami janjikan beberapa hari yang lepas, ejen berpengalaman kami, seorang palauk yang mahir di laut antara laluan pulau-pulau Jolo, Indanan, Talipao, Zamboanga, Tawi-Tawi dengan pusat pertukaran barang di Tunku Lahad Datu, Tg. Labian, Kunak dan sekitar 50 pulau-pulau kecil di sekitar Semporna.



Palauk ini sangat mahir dalam bahasa Tausuq atau bahasa Bajau, dan bahasa Melayu pelat Sabah. Ketangkasannya menyelam dalam laut sangat mengujakan kami, orangnya kurus namun tenaganya amat luar biasa. Dia hanya menghisap rokok daun kadangkala Gudang Garam. 



Mereka akan sihat jika duduk di laut, sebaliknya kurang sihat jika duduk di darat

Kami cuba makan "Puttu" dan ikan "Kinnilao" dicampur limau dan cuka, boleh tahan sedap juga.



Dia kenal beberapa pengganas yang dibawa oleh Azumudie pengganas Kiram itu, katanya. 



Kami perturunkan beberapa ayatnya yang kami permudahkan untuk anda fahami.



"Mereka semua orang Miskin"



"Hari tu, mereka kasi banyak wang sama keluarga dorang di kampung sebelum pigi (pergi) perang. Lagi janji mau kasi wang kalau menang".



"Sekarang orang kampung dia sudah mati, aku baru pulang dari Patikul, dorang kuarga semua marah. Orang kampung Indanan pun marah".



" Mereka cari orang yang janji mau kasi wang. Mereka bilang orang Malaysia kasi wang banyak".



Kami menyebut beberapa nama yang disyaki, kami menyebut nama-nama Anwar Ibrahim, Nur Misuari, MNLF, Tian Chua, Sivarasa, Amir Bahar dan Musa.



"Dorang bilang Nur Miswari (Nur Misuari). Dorang bilang ada orang Malaysia macam Cina juga"

Orang Malaysia Macam Cina Ini Juga, Inikah...



Bersambung...



Krew MyMassa,
Simunul, 26.3.2013.



RMK: Semakin menarik ni. Sama-sama kita tunggu sambungannya.

Sunday 24 March 2013

SIVARASA DAN TIAN CHUA BAWA RM20 JUTA KE MANILA PADA 7 FEBRUARI 2012


Pendedahan terbaru daripada blogger MrKinabaluBoy. 



Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila



Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 



Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 




RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung…



RMK: Pendedahan selanjutnya menyusul.

Monday 18 March 2013

PANAS! VIDEO YANG BAKAL KANTOIKAN TIAN CHUA DENGAN BERJAYA! #LahadDatu #PrayForSabah





Habislah kau Tian Chua. Sebelum ni boleh la kau tuduh akhbar silap lapor. Kau salahkan blogger.


Jangan terperanjat kalau video ini akan jadi bahan bukti untuk dakwa kau kat mahkamah!

Kalau Tian Chua datang ceramah di kawasan anda, pasang video ini kuat-kuat supaya semua rakyat yang cintakan negara tahu mamat ni kaki putar.

Kita tengok respons Tian Chua lepas video ini keluar. Siapa pula yang akan dipersalahkan selepas ini. 

*Sebar-sebarkan video ini. Kredit kepada Singa Merah yang mula-mula upload video ini.



Sumber: MyMassa


RMK: Mana kau nak lari lagi wahai Tian Chua? Tu lah, spin lagi banyak-banyak. Kan dah terkena. Haha.

Friday 15 March 2013

[GAMBAR] Sekitar PERHIMPUNAN ANWAR DALANG LAHAD DATU di Masjid Negara


Datuk Hassan Ali mengetuai bacan doa untuk para syuhada' dan keamanan negara
Perhimpunan mendedah dan mendesak dalang di sebalik pencerobohan bersenjata pengganas Sulu disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.

Perhimpunan diadakah sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negara sebentar tadi. 

Antara yang hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali; Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.







Sumber: Celah Gelegar

Wednesday 13 March 2013

AL FATIHAH! Hari Ini Genap 3 Tahun Kejadian Tian Chua Langgar Askar Hingga Mati





AL FATIHAH!

Marilah kita semua sebagai rakyat beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Salleh Hamdan, yang terkorban akibat dilanggar oleh Naib Presiden PKR Tian Chua pada 13 Mac 2010 di KM49 Jalan Johor Bahru - Mersing.

Sumber: Laporan Berita Harian.


Lahad Datu: Dua Lagi Wira Negara Syahid, Tian Chua Masih Enggan Mohon Maaf


 Prebet Ahmad Hurairah Ismail


AL FATIHAH! 

Dua lagi wira negara gugur dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Malaysia tercinta di Sabah. Dua wira tersebut ialah Prebet Ahmad Hurairah, 24 dan Ahmad Farhan Roslan, 21 masing-masing ketika menjalankan tugas.

Jenazah kedua-dua wira dijangka dikebumikan hari ini.



Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dengan biadap dan kurang ajar masih lagi enggan memohon maaf atas kenyataan beliau yang menuduh insiden pencerobohan Sabah dan pengorbanan polis & tentera Malaysia sebagai hanya "sandiwara" semata-mata.

Sebagaimana semua pemimpin pakatan penipu, Tian Chua hanya mendakwa dia disalah erti dan mengalihkan kesalahan kepada editor Keadilan Daily. Secara tak langsung ini hanya membuktikan kebodohan dan kedangkalan pemimpin pakatan pembangkang yang terus-menerus menonjolkan kebodohan masing-masing dan cuba membodohkan rakyat.




Rakyat tidak sesekali akan lupa kejadian Tian Chua melanggar seorang askar, Mohd Salleh Hamdan (22 tahun) sehingga mati di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing pada 13 Mac 2010. 


 


Inilah watak sebenar Tian Chua... bukan sahaja tidak menghormati Perajurit Negara yang terkorban, tidak peka kepada tangisan balu-balu dan anak-anak Perajurit Negara dan tidak peka kepada rakyat Malaysia, malah bersikap biadap dengan menyifatkannya sebagai sandiwara!

Ayuh, tolak pemimpin biadap ini!

Tolak Pakatan Rakyat!