Presiden Filipina mendakwa Jamalul Kiram terpaksa mendapatkan bantuan untuk rawatan dialisisnya.
Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.
Bernama pula melaporkan pengganas Sulu mampu membeli rokok daripada penduduk kampung dengan harga RM50 sekotak.
"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada mereka meminta rokok dari saya dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu hari ini.
Mari kita tengok anggaran kos serangan terhadap Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang dibuat oleh MyNewsHub :
Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;
M-16
M-14 – Rifle untuk penembak tepat
Light Machine Gun – LMG
General Purpose Machine Gun – GPMG
M203 – grenade launcher
AK47
Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)
Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).
Harga senjata adalah berdasarkan jenis dan aksesori tambahan pada senjata berkenaan.
Malah, jika mengikut gambar dan maklumat sebelum ini, kumpulan Kiram juga dipercayai memiliki FN FNC Para Carbine. Mereka juga dipercayai memiliki senjata-senjata yang dihasilkan sendiri.
Secara keseluruhan, dianggarkan seramai 180 pengganas memasuki Lahad Datu 4 minggu yang lalu dan jumlah senjata mereka tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Gambar utama di atas memperlihatkan kumpulan Kiram III yang diambil pada Oktober tahun lalu dan senjata yang dimiliki mereka.
**Gambar senjata-senjata yang diletakan di laman ini adalah dari sumber internet dan bukan senjata sebenar dalam pertempuran di Sabah. Kemungkinan ia tidak menyamai sepenuhnya dengan apa yang digunakan para pengganas. Hanya sebagai gambaran kepada pembaca- Mynewshub.my
Persoalannya, siapakah yang membiayai kos operasi serangan terhadap Lahad Datu ini? Adakah Jamalul Kiram mempunyai kekayaan luar biasa yang kita tidak tahu?
Sumber: MyMassa
RMK: Si Kiram tu dok sebar satu dunia kononnya dia tu 'sultan' termiskin di dunia [lihat sini]. Jadi mana datang duit untuk beli senjata-senjata ni? Permainan apa yang depa main ni??
No comments:
Post a Comment