Thursday 26 November 2015

Lori Hantu:Majlis Perbandaran Selayang Tidur Ke? @AzminAli @MPSelayang



Perkara ini bukan perkara baharu kerana admin memang anak jati Gombak yang bermastautin di kawasan lori-lori ini keluar masuk. Puas kami adukan pada ADUN dan juga Ahli Parlimen kami yang sentiasa sibuk, YB Azmin Ali tapi tiada jawapan konkrit langsung. PBT lagilah diam membisu, mulut masing-masing macam kena kunci (dengan duit ke?). Puas juga kami tampal bunting dan kain rentang untuk bagi amaran pada PBT sekitar tahun 2011 supaya berhentikan kegiatan lori ini namun dah nak masuk 2016 masalah yang sam masih lagi berlaku. 

Mula-mula ingatkan lori-lori ni digunakan untuk kawasan pembinaan apartment berdekatan, tapi takkan sampai sekarang tak habis-habis keluar masuk? Apartment tu pun dah siap tersergam, tapi lambakan lori ini masih lagi kelihatan. Kami syak ada kena mengena dengan aktiviti angkut mengangkut pasir secara haram di kawasan berdekatan. 

Sudahlah bawa muatan batu dan pasir, habis jalan raya sentiasa berlubang dan rosak akibat dari lambakan lori ini. Bukan itu sahaja, kebanyakan lori yang keluar masuk dipandu laju sehingga membahayakan penduduk sekeliling terutamanya kanak-kanak yang menaiki basikal di waktu petang.

Kami paham Ahli Parlimen sibuk sebagai Menteri Besar, tapi dia sudah lupa ke ini merupakan kubu kuat beliau? Sebab undian dari sinilah beliau dapat jadi Ahli Parlimen sampai berpenggal-penggal. Takkan dah jadi MB lupa nak berkhidmat pada rakyat anda? Apa undian kami ni dah tak penting ke untuk beliau? Ziarah sini pun masa hari pilihanraya umum, habis mengundi batang hidung pun tak nampak!

Monday 16 November 2015

Azmin Ali, Sila Buat Sesuatu Tentang Banjir di Puncak Alam @azminali #UiTM



Bagaimanakah kawasan dalam negeri terkaya di Malaysia boleh terkena banjir sehingga ada pemindahan penduduk dari rumah mereka? Menteri Besar Selangor, Azmin Ali asyik cerita pasal pencapaian beliau di Selangor, adakah banjir pun dikira sebagai pencapaian beliau juga? Jangan sampai rakyat fed up dengan beliau kerana sekarang nampak jelas lagi nyata Azmin sangat melebihkan rakyat Cina yang sokong DAP dari rakyat Melayu dan kita semua tahu di kawasan Puncak Alam dan Shah Alam adalah kawasan majoriti Melayu. 

KIDEX dan DASH yang amat-amat diperlukan oleh rakyat di Puchong dan Shah Alam juga diabaikan oleh Azmin hanya kerana kononnya lebuhraya ini akan menganggu penduduk Cina di Damansara. Dah nak dekat dua tahun perintah Selangor, apa yang rakyat dapat? Banjir, bil air naik dan jalan berlubang ke?

Gambar banjir Puncak Alam di bawah: