PENCEROBOH, Dalang, Pengkhianat
dan macam-macam istilah kini bermain
sama ada di bibir mahupun menerusi media semenjak pendatang tanpa izin berasal
dari Filipina yang bersenjata api
menceroboh kedaulatan Negara di Lahad Datu, Sabah sejak pertengahan Februari
lalu.
Kita marah dengan PATI yang menggelar diri
mereka sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu menceroboh, mengganas dan membunuh
pasukan keselamatan Negara yang mengambil pendekatan berunding bagi mengelakkan
pertumpahan darah sesama bangsa dan agama. Namun pilihan mereka adalah kekerasan disebabkan habuan wang ringgit dan janji yang ditabur oleh pemimpin mereka dengan
kerjasama dari ahli politik pembangkang negara ini yang rakus untuk berkuasa
walau darah pasukan keselamatan kita dihalalkan hanya untuk matlamat menuju ke
Putrajaya.
Ia bukanlah suatu yang memeranjatkan jika
dakwaan dari perisikan Filipina termasuklah laporan media dari luar negara
mengaitkan penglibatan parti politik pembangkang dengan pencerobohan yang
berlaku di Lahad Datu. Cuba kita perhalusi tindakan yang dilakukan
oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS sebelum ini.
Pakatan Rakyat secara lantang mendesak
kerajaan supaya mengiktiraf komunis yang membunuh anggota keselamatan kita
serta orang kampung yang tidak bersalah sebagai pejuang, malahan mencadangkan
supaya ketua Pengganas Komunis, Chin Peng dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia
dan diberikan gelaran TUN.
Siapa yang mencadangkannya? Tidak lain tidak
bukan salah seorang pemimpin tertinggi PAS. Sebuah parti yang kononnya
melaungkan memperjuangkan agama Islam tetapi dalam masa yang sama
memperjuangkan ideologi komunis yang menolak ketuhanan apatah lagi agama Islam.
Ketika ini kerajaan tidak berganjak dengan
menolak secara tegas cadangan Pakatan Rakyat.
TETAPI sekiranya Pakatan Rakyat berjaya
membentuk kerajaan Pusat yang akan diterajui oleh DAP yang mengamalkan sikap
rasis yang ekstrim, mungkinkah mereka akan mengiktiraf pengganas Komunis sebagai PEJUANG?
Jika ini berlaku, mungkinkah anggota-anggota bersenjata Parti
Komunis Malaya yang terdapat di selatan Thailand akan dibenarkan menetap di negara ini dan diberikan taraf kewarganegaraan secara automatik oleh Pakatan
Rakyat?
Tidaklah perbuatan ini juga boleh dianggap
sebagai pencerobohan kedaulatan? Bezanya dengan penceroboh di Lahad Datu ialah
anggota komunis PKM yang turut membawa kaum kerabat mereka tidak perlu
melakukan pertumpahan darah, sebaliknya pencerobohan mereka dilakukan secara
terhormat dengan dibentang karpet merah
sebagai pahlawan yang menjadi idaman oleh pemimpim kanan DAP selama ini.
Jika pengganas komunis diberikan
penghormatan tertinggi negara, apa pula panggilan terhadap anggota keselamatan negara yang berjuang menghapuskan keganasan komunis sebelum ini? Mungkinkah anggota keselamatan kita akan
dipanggil gelaran PENGGANAS? Melihat senario yang berlaku sekarang ia tidak
mustahil kerana bukan sahaja orang bukan Melayu memanggil anggota keselamatan
kita dengan gelaran ‘ANJING' tetapi orang Melayu dari pengikut parti yang
kononnya memperjuangkan Islam turut memanggil gelaran yang sama. Parti yang
satu lagi tak payah nak kata, memang bermain di bibir mereka.
Jika janji Pakatan Rakyat sebelum ini hanya
sebagai retorik tetapi pengiktiraf komunis sebagai pejuang bukan ilusi begitu
juga dengan janji mereka untuk membenarkan kepada sesiapa sahaja warganegara
lain yang ingin menjadi warganegara Malaysia tidak perlu melucutkan
kewarganegaraan asal mereka. Sebaliknya mereka diberikan kebenaran mempunyai
dua kewarganegaraan.
Buktinya seperti video kenyataan pemimpin
tertinggi Pakatan Rakyat ketika mengadakan demonstrasi di Putrajaya pada 12
Disember 2012.
Ketika itu mereka mendakwa 300,000
masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.
Daripada jumlah tersebut kes yang benar-benar tulen tidak sampai 40 orang iaitu
warganegara Malaysia kaum India. Semuanya dah selesai. Yang 299,960 orang lagi siapa pula?
Bukankah mereka adalah warganegara India yang berada di negara ini yang tidak
pernah diberikan taraf penduduk tetap di negara ini.
Tetapi kenyataan dari pemimpin parti
pembangkang seperti di bawah ini menyatakan tak perlu isi borang permohonan
kewarganegara sebaliknya terus beri borang buat Mykad. Bukankah ia telah
mengesahkan seseorang itu sebagai warganegara Malaysia yang turut boleh
mengundi?
Memahami kedua-dua senario yang
diperjuangkan oleh pembangkang (sebenarnya ada lagi, cukup dua ni dulu),
tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa kedaulatan negara ini sedang menerima
ancaman dari dalam negara oleh
segelintir spesis yang rakus untuk berkuasa sehingga sanggup mengadaikan
kedaulatan dan maruah apatah lagi kesucian agama Islam?
Sebagai renungan, apa bezanya pencerobohan
bersenjata di Lahad Datu berbanding dengan gerakan terancang oleh pemimpin
parti pembangkang terhadap pemberian kewarganegaraan kepada pengganas komunis
dan warganegara asing tanpa perlu melucutkan kewarganegaraan asal mereka?
Maka, tidak hairanlah dakwaaan
perisikan asing serta laporan media asing
termasuk dari barat bahawa terdapat dalang di Malaysia yang menjadi
budak suruhan kuasa luar untuk menghuru-harakan negara ini, yang akhirnya
memberi peluang kepada kuasa besar berkenaan bertapak di negara ini seperti
mana yang dilakukan ke atas negara di timur tengah.
Persoalan yang perlu pembaca jawab:
- Adakah kesucian Agama Islam di negara ini akan terjamin?
- Di mana kedudukan orang Melayu?
- Perlukah institusi raja dikekalkan?
- Apakah masa depan anak cucu kita akan lebih baik dari apa yang kita nikmati sekarang?
Renungkan dengan iman bukan dengan nafsu.
No comments:
Post a Comment