Friday 29 March 2013

Keajaiban Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang! #savepenang #ubahpenang #tolakPR


Syarikat Hanya Wujud Selepas Tender Ditutup, Pengerusi Adalah Penjenayah
 

Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat kritikan hebat dari berbagai pihak.  Projek-projek tersebut, termasuklah Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km., Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.
Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif untuk kesejahteraan rakyat.   Terutamanya apabila merujuk kepada projek terowong bawah laut yang dilihat sebagai ‘redundant’ atau berulang, kerana ia membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi siap.
Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan projek-projek ini seperti berikut:
1.      CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
  • ·BUCG: Beijing Urban Construction Group – 10%
  • ·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd – 10%
§  Davy – 5%
§  Leslie&Co – 5%
  • ·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) – 10%
  • ·ZC-CRC: Zenith Construction Sdn Bhd JV with China Railway Construction Ltd (CRCL) – 70%
§  Pinny – 5%
§  Jimmy & Party – 10%
§  Terry – 3%
§  TBD – 2%

Blog DAP Insider membayangkan nama-nama ringkas yang digunakan merupakan ‘kod panggilan’ bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka.  Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa ‘Annie & Party’ bermaksud Anwar dan PKR, manakala ‘Davy’ ialah ‘Daddy’ atau Lim Kit Siang sendiri.

Tindakan Lim Guan Eng memberi ‘habuan’ kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua orang tahu bahawa slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ DAP hanyalah alat pemasaran yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk memperbodohkan penyokong mereka.

Namun, apa yang mengejutkan ialah ‘tahap’ korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.

Mana tidaknya, jika syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.

Perkara ini didedahkan oleh blog Stop The Lies pada 16 Mac lalu.

Jika pendedahan ini benar, kita agak ‘kagum’ memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan?   Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?

Jika CZB hanya bertindak sebagai orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender ditutup?

Apa yang lebih ‘menakutkan’ ialah Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun 1994.

Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had berjumlah RM127 juta.  Zarul secara peribadi telah didapati bersalah memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta lagi kepada pelanggan RMB.

Selain soal kredibiliti syarikat yang menerima projek dan pemberian tender yang tidak telus, termasuk amalan kronisme dan nepotisme, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah soal kesannya kepada rakyat memandangkan CZB akan turut menerima bayaran dalam bentuk ambil-alih tanah seluas 44.51 hektar atau 110 ekar di Tanjung Pinang.

Bukankah tindakan seperti ini perlu melalui proses kajian dan analisa yang mendalam bagi memastikan pembayar cukai tidak perlu menanggung kerugian sekiranya projek tidak mampu dilaksanakan sepertimana sepatutnya?
Kita tahu yang Lim Guan Eng punya kuasa Veto, tetapi kita tidak pula tahu yang beliau turut mempunyai kuasa ajaib yang sehebat itu.   Harap, beliau juga dapat menggunakan kuasa ajaib itu untuk menyelamatkan keadaan termasuk nyawa manusia sekiranya terowong bawah lautnya mengalami masalah akibat melantik syarikat kontraktor yang tidak meragukan.

No comments:

Post a Comment