Friday 28 September 2012

BAJET 2013: DEMI RAKYAT



Hari ni, tepat jam 3.55 petang, PM dijangka akan membentangkan Bajet 2013 di Bangunan Parlimen yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi yang berfikiran positif, walau apapun butiran bajet yang diumumkan, mereka menerima dengan hati yang terbuka. Jika banyak 'hadiah' kerajaan berikan, mereka menadah tangan memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana dalam keamanan dan kesejahteraan negara berdepan dengan geloncakan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu bertahan di dalam situasi yang getir ini. TETAPI bagi mereka yang berhati busuk dan senantiasa berfikiran negatif, setiap pengumuman yang dibuat adalah bersifat 'gula-gula pilihanraya''pancing undi' dan 'rasuah politik'.


Tohmahan ini bukan hanya untuk tahun ini malah untuk kesekian kalinya. Begitu elergik bila banyak hadiah kerajaan berikan kepada rakyat di mana buat kesekian kalinya, kerajaan sememangnya tidak hanya bercakap kosong seperti mereka. Segala janji ditunaikan peringkat demi peringkat bergantung kepada perkiraan semasa termasuk dalam soal kemampuan ekonomi negara. Inilah perancangan strategik dan tidak hanya pandai bercakap tetapi pelaksanaan hanya 'zero'. Kerajaan kini buat itu dan ini semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi mereka dengan bangganya mengatakan bahawa inilah bentuk baru perjuangan kita iaitu menuju negara berkebajikan. Malah mendakwa kebajikan adalah elemen dalam Islam dan kami tidak pernah meninggalkan perjuangan Islam. Kenapa baru SEKARANG???



Kalau benar bagai dikata, tunaikan secara berhemah di negeri-negeri miliknya sekarang dan jangan mendongak dan angkuh untuk mentadbir negara jika kemampuan hanya senjengkal sahaja. Bertafakur sejenak dan cubalah menilai dari aspek tuntutan murni agama sebelum bertindak keterlaluan. Selepas Projek Depu, Projek Bandar Baru Tunjong menjelma tetapi walhal hanya kerajaan pusat yang mengimarahkannya. Episod baru pula, angkuh ingin membina stadium baru di kala The Red Worriors menyinar tetapi hanya tinggal kenangan. Tidak cukup dengan itu, Projek Lebuhraya Rakyat pula dimainkan untuk mengaburi mata rakyat tetapi kini hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Tidak puas, maka Bullet Train pula yang dijanjikan kepada rakyat. Rakyat Kelantan cerdik dan pandai menilai cumanya apabila ditaklikkan dengan soal syurga dan neraka, rakyat seolah-oleh termakan dengannya. Tetapi ingat Allah Maha Berkuasa.



Sudah cukup sudah dengan permainan ini dan cubalah bertindak di atas pertimbangan dan ajaran agama. Yang murni kita terima dan teruskan untuk anak bangsa. Jangan disebabkan dendam kesumat, kewarasan hilang entah ke mana. Renungkanlah.....


Adakah "Wang Perlindungan" Pusat Hiburan Menjadi Punca Kerajaan Selangor Tidak Dapat Membendung Industri Lendir ?




Aku kadang-kadang tak faham dengan si MB Selangor ni !!!

Si Khalid Flinstone ni dah la berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah profile yang dipegang pula adalah Exco Agama Islam.

Tak kan berkaitan dengan Agama ini rakyat pula kena mengajar si Gagap ni.

Baru-baru ini terbongkar kisah Industri Lendir yang terbaru di Selangor dalam wilayah Subang Jaya.

Premis ini menawarkan khidmat berpakej"butterfly" dan "booking".

Pakej "butterfly" ni bersifat sementara yang mana GRO butterfly akan berpindah-pindah bilik secara giliran melayan keghairahan pelanggan mereka di pusat hiburan sambil berkaraoke.

Bagi pelanggan yang kemaruk seks pula bolehlah booking GRO warga asing ni untuk berlendir selama 4 jam.

Pakej "butterfly" ni tidaklah mahal mana, hanya RM50 sahaja dan GRO ini akan menjadi peneman ringan-ringan buat beberapa minit.

Pakej "booking" pula dikenakan bayaran sebanyak RM300 sahaja dan buatlah apa pun selama 4 jam tu.

Yang paling best pula tu, pusat hiburan ni bukan tak pernah kena serbu malah dah beberapa kali diserbu dan yang terbaru diserbu pada 12 dan 14 September 2012 oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Namun, tahap kedegilan diorang ni memang melampau tahap maksima dan tidak pernah serik.

Menurut maklumat, pemilik asal premis ini telah menghentikan operasi lebih kurang 8 bulan lepas, namun pemilik kedua pula menyambung operasi industri lendir ini.

Menurut Ahmad Hasan, Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, berdasarkan maklumat dan aduan orang awam, premis ini dibuka semula selepas 2 kali diserbu.

12 wanita warga Vietnam dicekup awal pagi tadi dalam serbuan yang dilakukan.

“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.

Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.

Itu baru 1 kes, 1 premis di 1 kawasan... macam mana yang lain yang masih beroperasi dengan megah ???

Apa tindakan Khalid Gagap dalam membanteras industri lendir ni atau Khalid memang cukup berbangga menjana pendapatan negeri dengan hasil industri lendir ini ???

Kenapa pengusaha industri lendir sedikit pun tidak gentar dan bersikap liat walaupun dah kena'rush' ???

Satu amalan biasa bagi pusat-pusat hiburan untuk membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap kononnya melindungi premis dari di serbu D7 dan juga kakacauan.

Biasalah, kalau dah mabuk-mabuk pasti ada kes bergaduh berebut "pemuas lendir".

Apakah wang perlindungan dibayar kepada yang berkepentingan politik di Selangor atau apakah Kerajaan Selangor juga turut mempunyai "share"dalam wang perlindungan tersebut ???

Wang perlindungan bukan sikit dik non oiii...

Mengikut maklumat risikan aku, hampir berbelas ribu seminggu !!!

Pendapatan sesebuah pusat hiburan pula, boleh mencecah hampir RM1.5 juta untuk 2 malam (Jumaat dan Sabtu) bagi pusat hiburan bertaraf Club yang menyediakan khidmat "lendir"sebagai sampingan.

Apakah ini menjadi sebab musabab kenapa pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Selangor ???

Apakah ini menjadi sebab musabab kenapa susah sangat Pakatan Haram nak hentikan Industri Lendir di Selangor ???

Sebagai rakyat Selangor... apakah kita masih mahu bersubahat sama ???

Bagi yang bukan Islam mungkin perkara ini sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan harian mereka.

Bagi yang Islam... mampukah kita nak terus bersubahat walaupun kita telah mengetahuinya ???

Alamatnya, makin menularlah gejala sosial di Selangor dan silap haribulan boleh mengatasi Kelantan dalam rekod HIV/AIDS !!!

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Thursday 27 September 2012

Nafsu Anwar Makin Memuncak






Kenyataan Media GAPS


Gaps anggap status budget shadow pakatan ini bajet bohong. Ini serupa dengan manifesto mereka, juga bohong!  Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan. 

Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor  kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq. 

Gaps cabar ANWAR laksanakan 3 perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini. 

1. Turunkan cukai pintu 20% spt yg disebut dalam manifesto mereka. 

2. Berikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di selangor seperti yg mereka janjikan dalam manifesto mereka. 

3. Berikan pendidikan percuma kepada semua Pelajar UNISEL seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN. 

Kalau 3 perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan nobatkan ANWAR sebagai BAPA PEMBOHONG NEGARA @ BAPA MUNAFIQ NEGARA.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

27 Sept 2012

Anwar Kaya Raya!



Sinar Harian

Nuar banyak duit sebab dia rajin menabung. Kah.. kah.. kah..

[Sumber]

Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat Platform Pembangkang Hentam Kerajaan Pusat!!







PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyerahkan barangan milik peribadinya pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat dan memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk membelinya.

Selain beliau, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan turut menyerahkan barang peribadi milik mereka pada malam tersebut.

Majlis makan malam Perdana Pakatan Rakyat 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 28 September bermula jam 8.30 malam hingga 12 malam.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Dr Mohd Hatta Ramli yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa majlis tersebut memberitahu program ini merupakan pertama kali diadakan melalui gabungan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.


Katanya, pada petang 28 September itu, Bajet 2013 telah dibentangkan di Parlimen dan susulan dari pembentangan tersebut ulasan-ulasan berkenaan bajet 2013 itu akan dijelaskan oleh pemimpin Pakatan pada majlis jamuan itu.



"Pada malam tersebut pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga parti akan memberi ulasan terhadap bajet tersebut.


"Ini merupakan ruang dan medan untuk kita memberi pandangan awal berhubung apa yang dibentangkan oleh kerajaan untuk kita mendapat maklumat awal serta persiapan bagi perbahasan nanti," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.


Dalam pada itu, beliau memberitahu jamuan yang diadakan ini adalah ingin mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya nanti.


"Kita akan menghadapi pilihanraya dan kita mempunyai perkara-perkara yang mesti dilaksanakan dengan segera bagi membantu perjalanan pilihanraya," sambung beliau.


Dr Mohd Hatta memberitahu Pakatan Rakyat telah melaksanakan beberapa program besar seperti sambutan Hari Malaysia pada 15 dan 16 September di Sabah dan Sarawak.


Malah, Pakatan juga akan menganjurkan satu konvesyen mega di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti yang akan melibatkan 150 ribu penyokong Pakatan Rakyat.


"Program yang besar ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan kita berharap kutipan dari majlis makan malam ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan program yang akan dilaksanakan nanti.


"Kita juga menyediakan beberapa prasarana pilihanraya walaupun parti masing-masing bertanggungjawab bagi menyediakan jentera dan sumber tetapi Pakatan Rakyat secara berpusat akan membantu dalam semua perkara khusu untuk hadapi pilihanraya dan ia merupakan tugas yang besar serta perbelanjaan yang amat tinggi," katanya.


Atas dasar tersebut, beliau berharap ada pihak akan turut membantu memberi sumbangan bagi mengumpulkan dana tersebut.


Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang mewakili DAP dan juga Bendahari PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Majlis makan malam perdana itu menyediakan 255 buah meja dan sehingga hari ini hanya tingga 30 buah meja yang belum ditempah.


Majlis tersebut akan dihadiri oleh barisan pemimpin Pakatan Rakyat dan juga pemimpin-peminpin yang  jemputan termasuk juga dari badan bukan kerajaan (NGO).


Selain itu juga beberapa program telah diaturkan bagi memeriahkan majlis tersebut.


Mereka yang berminat boleh menghubungi Amani 0192660423, Nurul 0192660605 dan Azmer 0192660634 bagi urusan tempahan.


Segala bentuk bayaran atau sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank 5621 0623 5616 - Tabung Impian Rakyat.

Sumber: HarakahDaily



Tujuan sebenar Pakatan Haram buat program ni hari yang sama dengan pembentangan bajet 2013 hanya untuk spin perancangan yang PM dah buat supaya nampak macam semua tak elok. Nanti dia akan cakapla kerajaan pusat bazir sana sini hentam kiri kanan apa jadah semua tu lah. Satu lagi, nak kutip dana, lelong barang peribadi bagai? Nak sapot sewa jet peribadi Nuar ke? Haram jadah!



Tuesday 25 September 2012

[VIDEO] TUKANG URUT KANTOI! MAKSIAT BERLELUASA DI SELANGOR! MANA SUARA PAS??

Seronoknya bubble bath!

Sinar Harian




Klik sini untuk lebih gambar dan [video]


*PAS yang kononnya gigih nak pertahankan Islam masih senyap bila isu ni timbul. Takut dengan DAP? Inilah contoh puak yang sanggup gadaikan agama demi kepentingan politik dan kerakusan mendapatkan kuasa.

Krisis Air Selangor: Rakyat Diperdaya!





Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan. 


Tarif air naik

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.


Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.


Tak relevan 

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.


Loji Langat 2 perlu 

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.

 (Berita Harian)

Wednesday 19 September 2012

BABI KAFIR HARBI DAP LAKNATULLAH PENDEK AKAL!!




Ngeh Koo Ham (ham - babi)

Pada jam 1.43 pagi Isnin lepas, individu di atas telah mengeluarkan kenyataan berikut di laman Twitter miliknya sebagai respon kepada bantahan umat Islam terhadap isu hina Rasulullah SAW dalam klip video Innocence of Muslims:


Pendek akal sungguh kafir harbi DAPig ni keluarkan tweet tu. Sekian lama bersama PAS dalam Pakatan Haram pun masih jahil. Bodoh! Tiada sensitiviti terhadap umat Islam!


Berikut pula merupakan respon seseorang yang pernah memegang tampuk kepimpinan tertinggi dalam PAS:

"Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama Islam melalui filem Innocence of Muslims.

Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya.

Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka. Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka.

Kenyataan pemimpin DAP Perak itu bagi saya seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam.

Saya merasakan YB Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam. Saya bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan yang mungkin di ambil oleh masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.

Saya ingin melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutamanya mereka yang saya labelkan sebagai parasit untuk menyatakan pendirian mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong PAS. Tetapi saya tidak terperanjat kalau mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini.

YB DATO DR HASAN ALI
Presiden JATI
ADUN Gombak Setia
19 September 2012



Dan sekarang baca pula komen babi tu selepas dibantai oleh pelbagai pihak:
“Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam. Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

“Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

“Ia hanya suatu pertanyaan kerana bagi saya, masa dan tenaga yang ‘terhimpun’ seluruh dunia ini sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat,” katanya yang merujuk kepada kesan kecaman termasuk kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens yang terbunuh di Benghazi akibat ditembak, baru-baru ini. - SINAR HARIAN
Ayat yang gua highlight dan warna merah tu jelas menunjukkan bahawa betapa kurang ajar dan celakanya kafir DAP dari Perak tu beb..

Dia kata, bantahan umat Islam adalah kerja kurang bermanfaat berbanding kerja-kerja yang lain.. Tak ke cari pasal namanya tu?

So.., gua malas nak taip banyak-banyak.., takut penuh dengan adegan carutan nanti.. Cuma gua sekarang ni tunggu respon dari Pas pasal ni..

Berani tak Nik Aziz marahkan Kafir harbi Ngeh ni? Ada telor tak Nasrudin Tantawi 'belasah' DAP yang terang-terang hina umat Islam?

Rasanya.., kalau benggali OKU yang tolak Hudud pun bahalol-bahalol berserban tu tak berani nak sanggah, apa yang kita nak harapkan kali ni ye tak...?

Kalau tak berani nak lawan, maknanya Nik Aziz setuju lah dengan Ngeh tu kann.. Biasalahhh..., siapalah Nik Aziz tanpa 'setan-setan' disekelilingnya tu beb....


p/s: Blogger-blogger lembu Pakatan berani tak 'tegur' kafir Ngeh tu? Mana berani beb.., kan telor dorang semua dah kena gari dengan DAP... Hahahahaha... 



*Babi ni masih nak mempertahankan kenyataan dia. Hoi! Kau tak tahu apa-apa tentang perjuangan Islam. So why don't you just shut your bloody mouth up

Saturday 15 September 2012

LEPAS UNISEL, KUIS PLAK?? PENDIDIKAN PERCUMA PADIA. PETUIHH!




Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan yang semakin tenat.

Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan UNISEL.

Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu.

Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan.

Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.

Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan percuma.

- fuckatan rakyat ni mcm x peduli je psl pendidikan..die nk sume bdak2 jd politician kot..tarik student gi demo sane-sini je..

Friday 7 September 2012

PAKATAN HARAM TAK ABIH-ABIH NAK PERABIH DUIT RAKYAT!


Nak berkempen punya pasal, Khalid Gagap bagi bas mewah kat si Anuwar Berahim ni untuk bawak puak-puak dia jual cerita tipu rakyat.



Lepas tu keluar pulak cerita kes bas tu 'diserang' ketika jelajah merdeka rakyat di Kota Bharu, Kelantan pada 1 September 2012.

Sumber

Ada sumber mengatakan bahawa insiden 'serang' ni dirancang oleh Anuwar dan PKR sendiri bertujuan mengalihkan perhatian daripada isu biadap sekumpulan individu yang memijak dan menunjukkan punggung ke arah gambar pemimimpin negara di perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka. [Baca lebih lanjut di sini]

Sumber

Dan dalam kekalutan pelbagai isu yang timbul sekarang, rupa-rupanya sempat lagi Anuwar 'pow' duit rakyat untuk dapatkan 'mainan' baru dia. Ni dia treler baru untuk dijadikan pentas baru tipu rakyat.

Sumber


Hebat kau Nuar. Dah dapat bas si Khalid Gagap bagi. Tapi tak cukup. Nak treler pulak! Kau nak isi apa dalam treler tu? Membazir duit rakyat!

'Hotstuff' Kantoi Menipu!


Ada orang kantoi!


Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Hotstuff Menteri Besar Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?