Wednesday 20 March 2013

Pehin Sri Taib Mahmud Memang Steady!


Artikel MyMassa:

Semalam kecoh dalam media sosial pasal video beberapa orang 'sepupu' Pehin Sri Taib Mahmud kononnya menawarkan salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak.

Kehebatan pembangkang menggerakkan jentera siber mereka sehingga isu seperti ini menjadi trending di Twitter. Tetapi tidak adil jika mereka hanya menyiarkan video tersebut tanpa adalah jawapan balas daripada Ketua Menteri Sarawak. Berikut adalah jawapan Pehin Sri.

 

Dalam hal ini, MyMassa ucapkan tahniah kepada Malaysian Insider yang lebih telus kerana berani mengeluarkan jawapan Pehin Sri Taib Mahmud. 
Taib tolak pendedahan video, kata sepupu ‘tidak boleh dipercayai’ 

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa sepupunya dan mereka yang lain terlibat dalam pendedahan bukti video oleh pejuang alam sekitar telah menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran. 

"Ok saya lihat yang dikatakan adalah bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya? 

"Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa untuk memburukkan nama saya," kata ketua menteri Sarawak selepas ditanya oleh wartawan di ibu negeri tersebut di Kuching tengahari ini. 

Klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi dan dimuat naik kedalam Youtube. 

Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib (gambar) dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu. 

Dalam video 16 minit tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah. 

Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada ketua menteri - memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit. 

Bagi menjawab dakwaan tersebut, Taib berkata orang awam pada awalnya patut mengetahui tentang hubungan beliau dengan sepupunya itu. 

"Siasatlah hubungan antara bapa saya dengan dia. Adakah ia baik atau tidak? 

"Kami pernah bergaduh sekali jadi sepupu tidak boleh dipercayai. Jika kamu mahu cipta sesuatu carilah sesuatu yang lebih sahih. 

"Mereka cuba perangkap seseorang seperti saya... daripada bukti ia boleh ditafsirkan sedemikian." 

Pada tahun 1987, Abdul Rahman, yang telah bersara sebagai ketua menteri pada tahun 1981 berhadapan cabaran besar dalam politik dengan anak saudaranya, Taib. 

Abdul Rahman membentuk Permas untuk mencabar Taib tetapi kalah dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.

MyMassa harap lebih ramai rakan siber yang membantu BN Sarawak menyebarkan jawapan Pehin Sri ini untuk menjawab video yang sebelumnya.

Untuk makluman pembaca, hubungan Pehin Sri dengan Tun Abdul Rahman pernah retak sehingga Tun Rahman membentuk PERMAS. Tun Rahman juga pernah terlibat dalam peristiwa yang dikenali sebagai Ming Court Affair (1987) iaitu cubaan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak oleh pakciknya sendiri.


Anak muda yang tidak tahu sejarah terutamanya sejarah politik Sarawak mudah percaya dengan bahan-bahan yang mereka jumpa di Internet. Sebelum mempercayai apa yang dikatakan oleh 'sepupu-sepupu' Pehin Sri, cuba kaji kembali adakah hubungan mereka betul-betul rapat?

*MyMassa suka tengok cara Ketua Menteri Sarawak jawab dengan media. Masih menjawab walaupun diterjah sebegitu rupa. Cuba kalau Anwar Ibrahim kena terjah macam tu, pasti macam ni lah jadinya.

No comments:

Post a Comment