Thursday 28 March 2013

GEMPAR! VIDEO ORIGINAL TRAGEDI MEMALI DIDEDAHKAN!


PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka.

Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali.

Hakikatnya, PASlah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.



Menurut bapa arwah, Ustaz Ibrahim Libya mengajar agama dengan betul sehinggalah seorang pemimpin PAS dari Alor Setar menghasut arwah untuk menentang Kerajaan.

Daripada video, kita dapat lihat bahawa kumpulan ini menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai di bahagian hadapan. Situasi ini adalah menyimpang daripada prinsip peperangan dalam Islam yang mana sepatutnya lelaki berada di barisan hadapan.

Selain daripada itu, kita juga dapat melihat dalam video dengan jelas bahawa pihak polis bertindak tenang dengan berusaha menyuraikan orang kampung. Sebaliknya oranag kampung yang mula bertindak agresif terlebih dahulu.

Jika PAS mahu menafikan penglibatan mereka, kenapa amanat Haji Hadi ditampal di kampung Memali, khususnya di madrasah Ibrahim Libya? Amanat Haji Hadi menjadi sumber rujukan perjuangan mereka. Bukan sahaja amanat Haji Hadi, turut digantung di dinding adalah gambar ulama Syiah dari Iran dan juga gambar Muammar Gaddafi bekas presiden Libya semasa muda.

Namun hari ini semuanya sudah berubah. Malaun-malaun yang menggunakan isu Memali untuk mendapat sokongan rakyat kini menjawat jawatan penting dalam PAS. Dan mereka ini juga yang mengkhianati balu-balu peristiwa Memali dengan selewengkan tabung Memali.



Tak rasa berdosa ke makan harta anak yatim?



Kredit: MyMassa



RMK: PAS dah lama terpesong dari perjuangan sebenar.

No comments:

Post a Comment