Tuesday 29 October 2013

Isu #GST: Anwar yang Terlebih Dahulu Cadang Pelaksanaan GST

Infografik yang memperlihatkan Anwar mengumumkan cadangan pelaksanaan GST ketika menjadi Menteri Kewangan:



Jadi kenapa bantah GST sekarang? Jelas pembangkang memanipulasi isu GST untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Wednesday 23 October 2013

Bukti Bergambar : Hanya Dengan Menjadi Ahli PAS, Anda Akan Mudah Dapat Tanah Di Selangor.

Satu penyelewengan yang perlu rakyat Selangor tahu.



Lihatlah bagaimana anak Selangor ditipu oleh PAS. Hanya dengan menjadi ahli PAS, anda akan dipermudahkan untuk mendapat tanah di Selangor walaupun anda bukan lahir di Selangor.

Tanah milik anak negeri dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih sokongan. Akhirnya, anak Selangor akan merempat di bumi sendiri.

MyMassa masih ingat, dahulu anak Selangorlah paling bertuah semasa BN memerintah. Dari segi pelajaran, mereka mendapat kemudahan Yayasan Selangor. Setiap insentif Kerajaan Negeri, anak kelahiran Selangorlah yang dapat dahulu.

Tapi pembangkang tahu mereka takkan dapat undi dari anak jati Selangor. Mereka tahu bahawa ramai anak Negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan menetap di Selangor mencari rezeki. Sebab itulah segala kemudahan anak Negeri Selangor telah dieksploitasi untuk meraih undi pemastautin dari negeri lain.

MyMassa berpandangan sudah tiba masanya DYMM Sultan Selangor masuk campur dalam hal tanah. Janganlah sampai semua tanah telah tergadai kepada anak Negeri lain sehingga tiada yang tinggal untuk anak jati negeri sendiri seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

*Mohon maklumat ini disebarkan kepada anak-anak jati Negeri Selangor.


Sumber: MyMassa