Saturday 13 April 2013

SKANDAL MUSTAFA ALI: SALAH UMNO? LOGIKKAH?



APA pun orang nak cakap pasal video seks terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS ni, satu yang pasti, UMNO tidak terlibat.  Ini bukan style UMNO untuk menang pilihanraya sebab UMNO tak tahu pergerakan pemimpin PAS berkenaan pun.  Yang tahu hanyalah orang-orang berkaitan dengan dia.

Lama dah pemimpin berkenaan berjuang dalam PAS, dah bertanding berapa pilihanraya pun malah pernah jadi Exco Kanan negeri Terengganu, kenapa pula sekarang baru UMNO nak jatuhkan dia dengan cara ini?

Tak masuk akal dan tak logik langsung.

Dengan status pemimpin berkenaan sebagai antara penggerak usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dulu, apa nak hairan kalau PKR terlibat dalam kerja-kerja macam ini.

Sebab itu kita yakin ini kerja orang dalam parti dia jugak.  Orang yang mengidam untuk menguasai PAS dari dalam.  PAS penting sebab sokongan akar umbi parti ini paling kuat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan haram.  DAP dengan PKR pun tak punya gerak kerja sekuat PAS.

Antara sebab kenapa PAS masih relevan dalam Pakatan walaupun sering buat kenyataan yang memburukkan lagi Pakatan, ialah sebab inilah (akar umbi kuat).

Perkembangan terbaru yang menarik, PAS sekarang sedang main lagu lama untuk nafikan kaitan pemimpin berkenaan dalam video tersebut.  Pagi-pagi buta lagi ada media pro Pakatan yang mengambil kenyataan isteri pemimpin berkenaan dan buat penafian.

Dia sendiri pun tak tengok lagi video itu, portal berita berkenaan dah heret bini dia pulak.

Ini modus operandi yang biasa pembangkang setiap kali berhadapan dengan isu yang macam ini. Sama macam kes Anwar, seret Wan Azizah dulu.  Agaknya firma-firma penasihat yahudi yang dibayar untuk menasihati Pakatan ini bagi nasihat yang sama jugak untuk handle kes macam ini.


Sumber: TWH

1 comment:

  1. Anonymous22 March 2022 at 18:16
    Sila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan

    Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.

    Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang

    Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.

    Oleh KOK MENG, KEPONG

    ReplyDelete