Thursday 18 April 2013

Hangat #PRU13: Anwar Ibrahim dan Azmin Ali Bertelingkah kerana Pengagihan Kerusi #TolakPR



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengakui proses pengagihan kerusi bukan perkara mudah, sehari selepas beliau dikatakan 'bertelingkah' dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita menerima semua pandangan dan akhirnya berdasarkan konsesus kita buat keputusan.

"Saya tidak kata proses ini mudah semenjak dua tiga bulan ini memang prosesnya agak rancak. Tetapi bagi saya yang penting Keadilan dan Pakatan bersedia berbincang dengan semua pihak," katanya semasa majlis penyerahan watikah perlantikan calon PKR di Hotel Empire, Subang. 

Antarapos semalam melaporkan PKR semakin bergelut dengan krisis pengagihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka antara Azmin dan Anwar.

Azmin yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) dikatakan menukar senarai nama calon yang dihantar Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tanpa sebarang perbincangan.

Tindakan Azmin itu mencetuskan kemarahan dikalangan pemimpin akar umbi sehingga ada yang mengugut untuk keluar parti.

Menurut sumber parti, Anwar 'cukup marah' dengan tindakan Azmin itu yang jelas akan memberi kesan negatif kepada PKR, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Sumber itu turut memberitahu, tindakan Azmin mengubah senarai nama itu dipercayai ada kaitan dengan agenda pemilihan PKR yang akan datang.

Pertikaian agihan kerusi itu dilihat semakin jelas apabila Anwar beberapa kali gagal hadir pada ceramah perdana Pakatan Rakyat, kerana terpaksa mempengerusikan mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Difahamkan, beberapa orang pimpinan PKR negeri turun ke ibu pejabat PKR untuk berbincang mengenai agihan kerusi milik parti itu.

Selasa lalu, beliau terpaksa membatalkan ceramahnya di Segamat dan semalam beliau meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke ceramah di Putrajaya, atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Beliau melalui laman Facebooknya berkata "Maaf tidak dapat hadir program di Desa Pinggiran Putra dan Telok Panglima Garang. Ada urusan penting di pejabat yang perlu diselesaikan".

Anwar ketika menghadiri program anjuran BERSIH lewat petang semalam dilaporkan berkata dirinya paling malang kerana dilanda pelbagai masalah ketika pilihan raya berbaki hanya 16 hari sahaja lagi.

"Hari ini (semalam) adalah hari yang paling malang kepada saya kerana banyak masalah," ujarnya.

[Sumber]

No comments:

Post a Comment