MASIH lagi ingat apa yang dilakukan Pakatan Rakyat yang
diketuai oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Disember
2012 yang mengadakan demonstrasi di Putrajaya? Jika lupa, ikuti klip video di bawah ini.
PKR mendakwa 300,000 masyarakat India di Negara ini tidak
mempunyai Mykad. Maka berhimpunlah kira-kira 300 penyokong PKR, tetapi adakah mereka yang hadir warganegara Malaysia
keturunan India?
TIDAK.
Mereka yang hadir sebahagian besarnya merupakan warganegara
India yang berada di negara ini sama ada bekerja secara sah atau sebaliknya.
Tetapi PKR mendesak supaya mereka ini diberikan Mykad terlebih dahulu barulah
disiasat samada mereka warganegara ataupun tidak.
Ada Mykad bermakna bolehlah mengundi. Adakah mereka ini yang
didakwa oleh Pakatan Rakyat sebagai 'pengundi hantu'?
Adakah ini merupakan satu konspirasi PR bersama pihak asing untuk memastikan
proses pilihanraya pada 5 Mei ini gagal, seterusnya membolehkan campur tangan
kuasa asing menjajah negara ini atas tiket kononnya untuk mententeramkan
keadaan huru-hara di Malaysia?
Modus operandi mereka mudah, seperti mana PKR Selangor
merancang mewujudkan satu pasukan pemantau yang diberi nama MATA.
Pasukan ini
diwujudkan untuk memantau pengundi-pengundi yang mempunyai wajah seperti warga
Pakistan dan Bangladesh yang hadir mengundi dalam PRU13. Mungkinkah individu
berkenaan dirancang oleh PR untuk datang ke tempat mengundi sebagai pengundi,
hakikatnya ia hanya lakonan sahaja?
Apa yang akan berlaku, PR yang menempatkan antara empat dan
lima orang sebagai pemerhati akan menahan atau memeriksa mana-mana individu kononnya disyaki
dan seterusnya akan menghalang orang disyaki dari mengundi.
Apa yang akan berlaku selepas itu? Lakonan babak seterusnya
iaitu berlaku pertengkaran dan mungkin bergaduh.
Apakah persespsi masyarakat yang datang mengundi. Lebih
teruk lagi media asing akan dijemput ke lokasi berkenaan untuk merakam lakonan
PR dan menyebarkan di media bahawa proses pilihanraya di Negara ini tidak
telus. Kroni-kroni PR di luar Negara pun akan melobi supaya campurtangan asing dalam
proses pilihanraya.
Sekiranya PKR dengan
pasukan 'MATA', manakala PAS pula dengan Skuad Keselamatan Pas Selangor
(SKEPS).
Apa tugas SKEPS, sama juga seperti MATA tajaan PKR Selangor
iaitu mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri. Pencetus huru-hara.
DAP pula ada ke? Sebenarnya PKR dan PAS mengikut arahan dari 'big brothers’ mereka iaitu DAP
yang terlebih dahulu mewujudkan, malahan kewujudan skuad tajaan DAP 'dihalalkan' dari segi undang-undang. Bukan itu sahaja, kerajaan DAP Pulau
Pinang menaja segalanya dengan
menggunakan peruntukkan kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Memahami scenario yang berlaku, menunjukkan bahawa DAP telah
merancang segalanya untuk PR termasuklah apa yang didedahkan oleh bekas
pemimpin tertinggi DAP selama ini.
Bagaimanapun, diharapkan
Polis Diraja Malaysia tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) semasa PRU13 sekiranya berlaku ancaman atau perkara yang tidak diingini.
Di bawah akta tersebut, polis berhak menahan suspek selama
29 hari sebelum dibicara atau dibebaskan, walaupun secara asasnya PDRM akan menggunakan Akta
Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan berkaitan sepanjang pilihan raya.
Sudah tiba masanya penguatkuasaan undang-undang dilakukan
demi memastikan kestabilan dan keamanan negara ini terjamin.
Jangan dibiarkan virus sedemikian menular. Kesannya Negara
akan bergolak dan keamanan yang dikecapi selama ini musnah dalam sekelip mata.
Renung-renungkan.
Anonymous22 March 2022 at 18:16
ReplyDeleteSila kongsi dan majukan kepada semua rakan-rakan
Kami ingin memaklumkan kepada semua tentang YIP KUM FOOK, presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK tidak pernah memalukan orang ramai tentang beliau selalu berbohong, menipu, menghina ajaran Buddha, dll.
Baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang perwatakannya, sebelum ini dia seorang pemandu lori yang menghantar perabot ke mana-mana, kemudian dia belajar kursus undang-undang di beberapa universiti tetapi kita tidak tahu dia belajar kursus atau tidak kerana dia tidak tahu undang-undang, dia menipu orang. dimana - mana. dan bagaimana peguam boleh menipu orang tanpa rasa takut pada undang-undang
Harap semua orang harus mengambil berat tentang nama ini YIP KUM FOOK (PEGUAM ATAU MCA GOMBAK PENGERUSI DAN PRESIDEN KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI), juga perlu dikongsi dan dimajukan kepada semua. Jika tersilap langkah, anda akan kehilangan segala-galanya, lelaki atau YIP KUM FOOK ini sangat bahaya dan anaknya (YIP JIUN HANN) juga yang paling bahaya.
Oleh KOK MENG, KEPONG