Sunday 28 April 2013

Panas #GE13: PAKATAN TAK JADI MANSUH TOL JIKA MENANG #TolakPR #VoteForBN #BetterNation



Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam. 

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan. 

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci. 

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat. 

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan. 

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. 

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’. 

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita. 

Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan. 

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri. 

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.



RMK: Tak terkejut pun sebenarnya bila pemimpin belah sana mula swing cakap mereka. Dah selalu sangat dah pun. Mula-mula A, lepas tu B. Biasalah, lidah bercabang. Cakap atau berjanji memang mudah. Bila tiba part pelaksanaan, FAIL! Tak taulah kenapa ada orang yang masih menyokong puak-puak ni lagi. Sedarlah sebelum terlambat. 



BN for


4 comments:

  1. Kami xharap pon toll dihapus.. Kami just harap korupsi dikurangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarangpun kerajaan dh buat beberapa mekanisme utk kurangkan dan membenteras rasuah..negeri2 di bwh pembangkang pun ada juga rasuah walaupun baru 5 thn perintah..ada jaminan ke rasuah dpt dihapuskan secara total kalau pihak pembangkang memerintah..setakat janji mulut je lebih baik tak payah..cubala bersikap rasional..mana ada negara di dunia skrg ini yg zero rasuah..ia tetap berlaku samada banyak atau kurang..di Malaysia buat masa ni masi terkawal dgn adanya mekanisme yg diwujudkan ditambah dgn adanya pembangkang yg prihatin dan ngo2 yg memantau..insyaALlah isu rasuah akan dpt diminimakan..

      Delete
  2. Apa-apa hal kita tangkap dulu pemimpin yang rasuah, sumbat dalam penjara. Hapuskan kroni. Biar dia orang jadi pelarian. Tangkap pembunuh antaltuya. Pasal harga kereta turun ke tidak, aku tak beli kereta baru pun. Selama ni perut kroni dah kenyang, masa untuk kembalikan hak rakyat. Moga pembalasan ke atas pemimpin yang pelahap bermula 6 mei ni. Kita tunggu dan lihat. Sumbat pemimpin yang korup termasuk pemimpin sabah sarawak. Jangan bagi lari.

    ReplyDelete
  3. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete