Sunday 28 April 2013

GEMPAR #GE13: BEKAS ISTERI DOLAH SANI BAKAL TURUN GELANGGANG MENEMPELAK 'AGENDA WANITA MALAYSIA' PAKATAN? #TolakPR #BetterNation #VoteForBN



Calon PKR bagi kerusi P.112 Kuala Langat, Abdullah Sani, bakal mendapat tentangan bukan dari calon lawan iaitu Kapten (B) Shaharudin Omar (BN) tetapi dari bekas isterinya sendiri, Halimah Mohd Sahat dalam kempen menuju hari pembuangan undi yang dijadualkan 5 haribulan hadapan.

Sebelum ini, Abdullah Sani telah menjalani kehidupan berkeluarga selama 27 tahun bersama Halimah dan dikurniakan enam anak dan seorang cucu. Walau bagaimana pun, Abdullah Sani telah menceraikan Halimah sekitar tahun 2012 setelah menikahi Faizah Ariffin yang juga merupakan 'orang kuat' Srikandi PKR.

Kisah tragis Halimah mendapat liputan luas dalam sebaran maya namun kurang mendapat pendedahan penduduk tempatan terutama yang tinggal di kawasan kampung seperti Sungai Buaya, Kg Sawah, Pulau Carey, Sijangkang, Bukit Kemandul dan lain-lain.

TMS terima maklumat dari sumber terdekat Halimah bahawa beliau telah menawarkan diri untuk memberi ceramah motivasi kepada kaum wanita Kuala Langat tentang agenda palsu Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuang dan membela nasib kaum wanita sedangkan ramai dari kalangan pemimpin pakatan terutama dari PKR sendiri menindas isteri mereka seperti ustaz Badrul Amin dan lain-lain.

Presiden PKR, Wan Azizah bukanlah contoh terbaik boleh diambil dari Pakatan Rakyat kerana beliau hanyalah satu kes dari berpuluh kes penganiayaan terhadap isteri yang diamalkan meluas oleh pemimpin pakatan.


Sumber: TMS

2 comments:

  1. Bekas ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham (tetapi melompat pada UMNO) pun ceraikan isteri dan kawin baru. Agak nya Pemimpin PKR ni amat suka menerokai hutan rimba baharu.

    ReplyDelete
  2. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete