Berikut adalah beberapa gambar sekitar program anjuran Perkasa ini. Antara tokoh-tokoh yang hadir adalah Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali; Koordinator Barisan Nasional Selangor, Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamed; Presiden JATI merangkap bekas EXCO kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali; Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor; dan Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid. Ummi Hafilda Ali juga turut hadir.
Antara speaker dalam program itu adalah Setiausaha JATI Selangor dan bekas Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Ustaz Norman Toha; Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Saudara B. Kalaivanar; Dato' Zulkifli Noordin; YDP Perkasa Selangor, Saudara Abu Bakar Yahya; Presiden Perkasa Malaysia, Dato' Ibrahim Ali; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan yang paling utama, VVIP program ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penaung Perkasa Malaysia. Tun M hadir ditemani isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dato' Ibrahim Ali |
Dato' Hasan Ali |
Makcik yang uzur ini juga sanggup datang semata-mata untuk melihat Tun M. |
Ketibaan Tun M |
Dato' Zulkifli Noordin |
Daripada pemantauan RMK, semua yang hadir amat gembira berpeluang melihat Tun M secara dekat. Tidak kira umur mahupun lapisan masyarakat, yang tua mahupun yang muda, semuanya melihat Tun M sebagai seorang ikon dan negarawan hebat. Golongan pelajar universiti yang hadir pula menggelarkan Tun M 'awesome!'.
Pesan Tun M, rakyat Selangor, berhati-hati. Jangan termakan janji bulan bintang pembangkang lagi untuk PRU13 ini.
'Cukuplah lima tahun sengsara bersama pakatan'
power power, ramai saya tgk smlm
ReplyDelete