Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.
Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!
Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.
Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.
1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html
2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbezahttp://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html
3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html
4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expressionhttp://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html
5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html
6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html
7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html
8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html
9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html
Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.
Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.
Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?
Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.
Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.
Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.
Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.
Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?
Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.
Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...
Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?
Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.
Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.
Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".
Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.
Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.
Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan
p/s: sila share beramai-ramai termasuklah kepada mana-mana ustaz jika tidak yakin.
Sumber: MFC
Kepada semua penganut Buddha ...
ReplyDeleteYIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan para bhikkhu
Thanks
Ng, Kepong
DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
ReplyDeleteJurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa YIP KUM FOOK (PEGUAM DAN PRESIDEN SAMNAK SAMBODHI atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
If anyone receives or reads a message on the internet, please inform YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, and ask him to resign all positions at the Temple as soon as possible
ReplyDeleteWe Buddhists are too embarrassing and this YIP KUM FOOK is doing too many dirty things for our Buddhists, now the whole world knows what the problem is SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE but this YIP KUM FOOK still doesn’t feel anything
This YIP KUM FOOK but still don't know anything and still holds the position of president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, why! He doesn’t embarrass people, maybe he’s out of brain balance
YIP KUM FOOK is a lawyer, MCA Gombak, Datuk, President of Buddhist Temple etc. ... why did he do bad things and he is not loved and protect his family, in the future his family will suffer forever because they will face gossip people
By Buddhist Maha Vihara
(Buddhist Dhamma groups)
123, Jalan Berhala, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Share by Dr. Kevin