Friday 22 June 2012

Rafizi Letak Jawatan??


Rafizi letak jawatan dalam kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin PKR di negeri itu.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.
Beliau berkata,"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah".
"Saya tidak pernah tugas lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," tambahnya.
Peletakan jawatan Rafizi dikatakan menimbulkan pelbagai spekulasi memandangkan beberapa ahli PKR berpendapat ia mempunyai kaitan dengan perbalahan antara Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dengan beberapa pemimpin PKR negeri. - BERNAMA

PMK - Belum pun reda isu twitter tentang Faekah, Setpol Khalid Gagap, timbul pulak satu lagi isu lain.. Rafizi pulak umum meletak jawatan.. Makin lama, makin kusut.. makin serabut.. Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.. Kalau tak ada sebab musabab, takkan lah tiba2 mimpi nak letak jawatan??.. Semata-mata dia nak berehat sebab nak bulan puasa?? Logik kah?? Hahahaha.. Kelakar sungguh alasan itew.. Jom kita pakat tengok ramai-ramai.. lepas nie ape plak plot cerita Sinetron Parti Putar Alam nie.."Bangkai Gajah" tu besar.. sorok lah macam mane pun orang tau jugak..




1 comment:

  1. Tak sabar nak tangok si Gagap dengan si Tanggang Moden bersilat.. Hahahaha..

    Apa sudah jadi Anwar.. Depa duk berebut nie.. Belum pi Putrajaya dah berebut sakan.. Lingkup lah hang..

    ReplyDelete