Monday 22 April 2013

GEMPAR! UPDATE #LAHADDATU!: RAKYAT DESAK TUBUH RCI SIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU! #GE13 #PRU13

Isu pencerobohan dan keganasan Lahad Datu Februari dan Mac lepas kelihatan seperti sedikit dilupakan kerana fokus banyak diberikan kepada PRU13 yang bakal berlangsung. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia sebenarnya tidak akan membiarkan insiden tersebut berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila kejadian itu merupakan isu serius yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. 10 nyawa perajurit negara telah terkorban dalam insiden ini demi mempertahankan negara. Sesungguhnya pengobanan mereka tidak ternilai harganya. Kejadian tersebut sememangnya menggemparkan dan menggegarkan negara.

Dalam kita bersedih dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika Ops Daulat masih berlangsung, terdapat desas-desus di kalnagan kita yang mengatakan bahawa terdapat kisah tersirat di sebalik berlakunya insiden Lahad Datu ini. Ada yang berkata bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan politik dan PRU13. Ada juga yang berkata kejadian pencerobohan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hanya untuk memenuhi kemahuan politik yang rakus. Ya, banyak persoalan yang timbul. Belum ada jawapannya. Apa yang pasti, rakyat tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.

Rakyat tidak lupa.

Bukti? Berikut merupakan situasi di Sri Muda, Shah Alam petang tadi:







Penduduk Sri Muda menurunkan tandatangan tanda setuju. Rakyat mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk mengetahui siapa dalang pencerobohan dan keganasan Lahad Datu! Rakyat mahukan penjelasan terhadap insiden yang telah memberikan impak yang besar tehadap diri mereka dan juga negara.

Secara peribadi, RMK setuju dengan rakyat Sri Muda ini. Anda bagaimana?

1 comment:

  1. DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

    ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

    YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

    Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

    Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

    DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

    Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete