Thursday 18 October 2012

[GAMBAR] BUKTI POLIS MALAYSIA ZALIM?!



17 Oktober 2012.

Muka hadapan Utusan Malaysia 17 Oktober 2012

Korang semua dah dapatkan surat khabar Utusan Malaysia hari ni? Rugi kalau tak baca paper Utusan ni. Inilah paper orang Melayu yang dari dulu sampai sekarang memberikan laporan yang benar dan tepat. (Itu kata-kata orang UMNO).


Bukan isu itu yang nak aku ulaskan. Nak aku bincangkan dalam tulisan aku hari ni. Tapi perkara nak aku ulaskan,  yang membuatkan aku tertarik adalah pada gambar yang ditengah-tengah tu. Korang nampak tak? Gambar apa yang di tengah tu?

Pada yang tak beli paper tu, aku citer sikit pasal gambar tu. Seorang polis terlantar di tengah jalanraya akibat dilanggar oleh penjenayah. Dan dua orang rakan setugas sedang memberikan pertolongan cemas.

Pertama sekali aku nak tanya pada diri aku dan korang semua. Kalaulah, yang terbaring tu diri kita sendiri, ataupun ayah kita, ataupun abang atau adik kita, ataupun saudara mara kita, ataupun sahabatbaik kita, ataupun yang ada kena mengena dengan kita. Soalan pertama: Apa rasa diri kita waktu tu? Kedua: Apa tindakan yang kita nak buat? Ketiga: Korang buat soalan sendiri.

"Polis Malaysia zalim. Polis Malaysia memang jahat. Sapa yang jadi polis semuanya anjing kerajaan. Dubuk-dubuk ni semuanya menyusahkan rakyat. Polis Malaysia ni kuat makan rasuah." Korang pernah dengar tak ayat-ayat macam ni? Kalau korang tak pernah dengar, aku pernah dengar.

Pada yang keluarkan ayat-ayat di atas ni. Cuba kau pikir balik bila kau yang terlantar seperti yang berada dalam gambar tu? Kau pikirlah sendiri. Adakah ayat-ayat zalim, jahat, rasuah, anjing, dubuk dan sebagainya akan keluar dari mulut kau? Korang yang lain pun pikirlah jugak. Jangan nak sedap dengar jer cerita aku ni.

Orang yang menjaga tepi kain orang. Sibuk hal salah laku orang. Memberikan khidmat pertolongan 24 jam sehari. Kes-kes ragut dibantunya. Kes-kes samun pun panggil polis. Kes-kes pergaduhan pun reportkan polis. Kes kemalangan juga polis yang uruskan. Kes pecah amanah, kes rogol, kes dadah, kes kelab malam dan berbagai kes melibatkan jenayah berat mahupun ringan. Polis juga yang tolong siasat. Kan zalim polis ni? Tak jahat ker polis? Jahat ler tu.

Cuba kalau polis ni tak bantu waktu tu. Barulah polis ni baik! Tak jahat! Polis Malaysia ni terbaik sebab tidak memperdulikan hal orang awam!

Tepuk dada tanya iman. Aku sebagai rakyat Malaysia sangat menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh seluruh anggota PDRM selama ini. Bukan sahaja PDRM malah ATM, TUDM, BOMBA, TLDM dan badan beruniform yang lain, yang selama ini telah menghambakan diri untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia.

Jangan kita melihat dengan sebelah mata, menilai orang dari luaran, samakan kucing dengan harimau. Berfikirlah dengan rasional, menilailah dengan kebijaksanaan, berkatalah dengan ikhlas dan jujur.

Zalim di mata tetapi tidak di hati. Salam 1Malaysia.




Beberapa gambar polis yang cedera ketika menjalankan tugas untuk rakyat dan negara:








Dan yang paling menarik:









Respect the PDRM. Say NO to Pakatan Rakyat!






2 comments:

  1. Polis ni berbakti untuk negara, menjaga keamanan negara. Bukan macam PKR kata jadi balaci kerajaan! jangan tuduh polis sebarangan! Polis ni berkhidmat setiap masa untuk tanah air tercinta!

    ReplyDelete
  2. Nak lihat kecederaan/kematian/kesengsaraan anggota polis kerana mempertahankan kedaulatan dan menjaga keamanan rakyat dan negara ini? Logon keFACEBOOK PDRM dan klik Galeri. Kecederaan yang dialami sewaktu menangani himpunan BERSIH tidak ada apa apa. sikit saja. Jangankan FRU, PORU pun Bukit Aman tidak gunakan sepenuhnya. Orang orang yang tidak sukakan polis dan sentiasa anggap anggota polis seperti anjing dan dubuk harus hati hati dengan perbuatan dan tindakan.

    ReplyDelete