Friday 26 April 2013

#GE13: Timbalan Pengerusi DAP Penipu - Jenice Lee #PRU13 #TolakPR



Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.
Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.
Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Jenice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Jenice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Jenice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas.
Alasan Jenice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.
Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Jenice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.
Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Jenice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.
Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Jenice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Jenice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.
Kata Jenice, beliau tidak pernah menyalahguna wang atau kuasa ketika menjalankan tugasnya dan beliau percaya bahawa tidak mustahil tindakan DAP menggugurkan dan kemudian memecatnya adalah berpunca dari kesungguhannya membela rakyat kawasannya tanpa mengira kaum.
Menurut Jenice, beliau agak lantang dalam memperjuangkan suara kaum India di kawasannya dan itu mungkin merupakan pencetus perasaan tidak senang kepimpinan terhadap dirinya. Malah, Janice juga tidak ragu-ragu untuk mempersoalkan isu pemilihan CEC dan cara DAP menanganinya dengan ROS.
Beliau mengingatkan kepimpinan DAP agar membersihkan diri dahulu sebelum menuduh orang lain.
Kita hormati pendirian Jenice dan amat berharap agar mempunyai pembangkang yang matang dan rasional seperti beliau untuk sama-sama memakmurkan negara ini. Malangnya, orang seperti Jenice tidak boleh bertahan lama dalam parti pembangkang yang sedia ada kerana parti pembangkang di Malaysia tidak suka kepada perwatakan pemimpin yang matang, bersih dan lantang.
Parti PKR dikuasai oleh keluarga Anwar yang turut berpegang kepada pendekatan yang sama iaitu kuku besi sehingga habis lintang pukang jadinya pemilihan parti dan pencalonan kerusi. Parti PAS pula dikuasai oleh pendita-pendita yang ketinggalan di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Manakala DAP, seperti yang baru disedari oleh Jenice, adalah parti keluarga Lim yang bertaraf tokong yang membawa semangat keCinaan yang amat kuat sehingga menolak apa saja yang berbaur perpaduan kaum. Ini adalah hakikat yang telah pun diketahui umum sejak azali lagi. Justeru, kita agak hairan juga kenapa Jenice mengambil masa yang agak lama untuk menyedarinya.
Apapun, nasib baiklah nama Jenice digugurkan, kalau tidak tentu beliau masih lagi melihat DAP sebagai parti yang sempurna.

[Sumber]

1 comment:

  1. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete