Tuesday 16 April 2013

BN ADA CALON SETARAF UNTUK MENENTANG KHALID IBRAHIM DI PELABUHAN KLANG #PRU13 #GE13 #BetterNation

Berikut merupakan keratan dari Sinar Harian pagi ini:




Di atas adalah kenyataan bongkak dari Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim mahu calon BN yang menentangnya berkedudukan setaraf dengan beliau. Persoalannya, mengapa beliau lari dari DUN Ijok yang dimenanginya dalam PRU12 2008? Adakah pengundi Ijok sudah menolak MB Selangor sehingga beliau terpaksa mencari 'kawasan selamat'? Mungkin Khalid Ibrahim telah meninggalkan 1001 masalah kepada penduduk Ijok sehingga menyebabkan beliau perlu mencari kawasan baru. Kemudian, berani pula beliau mengatakan dengan angkuh bahawa calon yang akan menentangnya kelak mesti setaraf.

Apa maksud setaraf? Tiada guna mempunyai ijazah yang berjela-jela tetapi isu air, isu pasir dan isu sampah pun tidak terurus. Itu belum masuk bab murtad dan isu kalimah Allah. Fikirkan sejenak.

Mari kita lihat pula calon BN yang bakal bertanding menentang Khalid Ibrahim untuk mengetahui sama ada beliau 'setaraf' dengan Khalid atau tidak.

Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin adalah anak kelahiran Pelabuhan Klang. Beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Klang dan mendapat pendidikan tertinggi di California State University, Amerika Syarikat dalam jurusan pentadbiran perniagaan.




Maka kita akan lihat pertembungan antara buku dengan ruas. Harus diingat belum ada dalam sejarah politik Malaysia seorang Menteri Besar lari dari kawasan asalnya dan mencari kawasan baru kecuali kawasan baru itu hasil daripada persempadanan semula.

Entah apa pula muslihat si Khalid Ibrahim ini.

1 comment:

  1. Dia lari ke Pelabuhan Kelang kerana India Ijok nak perambat dia. Tidak ada sejarah dalam Malaysia, MB sedang berucap disergah oleh kaum India.
    Khalid Ibrahim banyak melahirkan gangster India kerana dia jual Estate, kaum India tak tahu mana nak pergi. Taman Sentosa Kelang sebagai contoh.

    ReplyDelete