Showing posts with label Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Perkasa. Show all posts

Wednesday 17 April 2013

DATO' SERI NAJIB SOKONG DAN BERI KEPERCAYAAN KEPADA PERKASA DI SHAH ALAM #PRU13 #GE13 #BetterNation

Datuk Zulkifli Noordin (tengah)

Pengerusi BN Selangor, Dato' Seri Najib telah memilih Datuk Zulkifli Noordin (DZN) yang juga Timbalan Presiden PERKASA untuk dicalonkan di Parlimen P108 Shah Alam. DZN yang sebelum ini Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu dipecat oleh PKR dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Bebas.

DZN merupakan calon tunggal BN atas tiket calon rakan BN (Friends of BN) walaupun bosnya di PERKASA Datuk Ibrahim Ali gagal untuk bertanding atas tiket tersebut di Parlimen Pasir Mas. Senario ini menggambarkan bahawa BN menerima NGO PERKASA untuk bersama-sama BN dalam PRU13.

DZN dijangka akan bersemuka dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad. Ini merupakan satu perlawanan dalam kategori heavyweight, ibarat buku bertemu ruas.

Adakah DZN akan terus menyerang Khalid Samad dengan isu skandal Mustafa Ali? Atau lebih fokus kepada isu kalimah Allah dan murtad? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Yang pasti, pertarungan di Parlimen Shah Alam semestinya menarik.

Sebelum itu, mari lihat penangan DZN [di sini].

Saturday 6 April 2013

PROGRAM PERHIMPUNAN SELAMATKAN SELANGOR DI SHAH ALAM BIKIN GEGAR PEMBANGKANG! LEBIH 13,000 HADIR!



Berikut adalah beberapa gambar sekitar program anjuran Perkasa ini. Antara tokoh-tokoh yang hadir adalah Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali; Koordinator Barisan Nasional Selangor, Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamed; Presiden JATI merangkap bekas EXCO kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali; Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor; dan Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid. Ummi Hafilda Ali juga turut hadir.

Antara speaker dalam program itu adalah Setiausaha JATI Selangor dan bekas Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Ustaz Norman Toha; Presiden Barisan Bersatu Nambikkai, Saudara B. Kalaivanar; Dato' Zulkifli Noordin; YDP Perkasa Selangor, Saudara Abu Bakar Yahya; Presiden Perkasa Malaysia, Dato' Ibrahim Ali;  Timbalan Pengerusi BN Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan yang paling utama, VVIP program ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penaung Perkasa Malaysia. Tun M hadir ditemani isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.


Dato' Ibrahim Ali



Dato' Hasan Ali
Makcik yang uzur ini juga sanggup datang semata-mata untuk melihat Tun M.
Ketibaan Tun M




Dato' Zulkifli Noordin






Daripada pemantauan RMK, semua yang hadir amat gembira berpeluang melihat Tun M secara dekat. Tidak kira umur mahupun lapisan masyarakat, yang tua mahupun yang muda, semuanya melihat Tun M sebagai seorang ikon dan negarawan hebat. Golongan pelajar universiti yang hadir pula menggelarkan Tun M 'awesome!'.

Pesan Tun M, rakyat Selangor, berhati-hati. Jangan termakan janji bulan bintang pembangkang lagi untuk PRU13 ini.


'Cukuplah lima tahun sengsara bersama pakatan'

Thursday 2 August 2012

Bantahan Tazkirah Berunsur Politik Di Masjid Dan Surau



Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

 Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

"Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah," tegasnya.


- Bernama