Aduh!Pening kepala bila melihat video ini yang dijumpai di Youtube. Wartawan telah menemubual beberapa pendemo Tabung Haji yang berlaku Jumaat lepas. Bila ditanya tentang fakta kes, rata-rata semua pun tidak faham dan hanya mencedok maklumat biased dari internet.
Yang paling kesian sekali sebab semua pendemo ni orang Islam dari PAS yang suka menentang tanpa ilmu di dada (dan di otak). Bila ditanya, terkial-kial nak jawab. Apa bukti dana awam digunakan untuk beli tanah di Tun Razak Exchange? Kita nak pegi haji pun disubsidi sebanyak lebih kurang RM9 ribu lebih, kebajikan dijaga selama sebulan lebih, dengan doktor dan jururawat yang dibawa khas dari Malaysia, ingat cukup sangatkah simpanan kita dalam Tabung Haji untuk beli tanah tu?
Ramai yang tak tahu tentang bisnes Tabung Haji yang merangkumi hartanah (TH Properties) dan macam-macam lagi. Korang ingat sesuka hati sahaja Tabung Haji nak beli tanah dan guna duit korang ke? Tolonglah berhenti jadi bodoh piang. Tanya sahaja straight pada Tabung Haji, mereka ada panel Syariah yang mengkaji sama ada pelaburan yang mahu dilaksanakan itu syariah compliant atau tidak. Ini main hentam keromo sahaja. Nampak sangat busuk hatinya walau kopiah tersemat di kepala.
Satu lagi bende senang nak tau Tabung Haji ni guna dana awam ke tak, silalah anda semua pergi ke kaunter Tabung Haji dan lihat sendiri sama ada baki simpanan anda kurang ke tidak? Senang kan?Kalau betullah rakyat ditipu Tabung Haji, takkanlah tiap-tiap tahung korang claim bonus dari TH kan?
Sumber video
No comments:
Post a Comment