Tuesday 3 April 2012

Tahniah PAS, Sebuah Gereja Di Kawasan Majoriti Melayu Islam



Penduduk Bandar Puncak Alam yang terletak di Kawasan Parlimen Kuala Selangor (Dr.Zulkifly Ahmad - PAS) yang mempunyai lebih 95% penduduk Melayu, tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sebuah mini Gereja (Chapel)  berhampiran dengan kawasan mereka.  Lokasi gereja berkenaan adalah di Jalan PPAJ 1/1, Bandar Puncak Alam. 

Apakah tujuan gereja ini dibina? 

Siapa pula yang membenarkan gereja tersebut beroperasi di kawasan majoriti Melayu Islam? 

Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini. Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah. Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan. Bahasa mudahnya, proses kristianisasi. Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan Ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama? 

Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan. Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS. Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.

Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC. PAS pula bersekongkol dengan Ambiga. Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dr Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden. 

Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman. Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. Wallahuallam!

Dikhabarkan 'khutbah' mereka akan dibuat dalam bahasa Malayu. Inilah jasa terbesar YB Zulkifly Ahmad, salah seorang daripada golongan pluralisme agama Anwarista, selama 4 tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Masa menang hari tu pun dia 'berkhutbah' di dalam gereja di Kuala Selangor. Elok sangatlah waktu nak kalah dalam PRU13 ini beliau memberikan 'khutbah' yang terakhir.. sebelum berambus.
Sumber: Ocean's 13.


Tahniah PAS. Inilah parti yang mendabik dada kononnya memperjuang Islam. Apa yang kita nampak hasil "perjuangan" PAS ialah pertambahan jumlah Gereja dan pertambahan jumlah umat Islam yang murtad. 

Tolak PAS! Tolak DAP! Tolak PKR!

Selamatkan Selangor!

1 comment:

  1. Sedih...mmg sedih..dah la tpt tu majoriti melayu, ada uitm pelajarnya melayu...ada pula gereja walaupun kecil...tapi nak buat macam mana dah itu kehendak majoriti penduduk di situ..semoga Allah buka mata hati orang melayu islam yg agama dan bangsa melayu sedang diserang dari pelbagai arah...

    ReplyDelete