Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Tuesday 30 April 2013

PANAS #GE13: BEKAS PEMIMPIN PEMUDA DAP BONGKAR AGENDA KEJI DAP #PRU13 #TolakPR

Para pembaca, luangkan sedikit masa untuk melihat video di bawah. Bagi RMK, perkara ini penting untuk semua tahu. Tengok dahulu, kemudian terpulang kepada anda untuk menilaikannya. 


Semoga bermanfaat untuk semua.

Friday 26 April 2013

#GE13: Timbalan Pengerusi DAP Penipu - Jenice Lee #PRU13 #TolakPR



Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.
Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.
Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Jenice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Jenice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Jenice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas.
Alasan Jenice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.
Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Jenice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.
Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Jenice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.
Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Jenice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Jenice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.
Kata Jenice, beliau tidak pernah menyalahguna wang atau kuasa ketika menjalankan tugasnya dan beliau percaya bahawa tidak mustahil tindakan DAP menggugurkan dan kemudian memecatnya adalah berpunca dari kesungguhannya membela rakyat kawasannya tanpa mengira kaum.
Menurut Jenice, beliau agak lantang dalam memperjuangkan suara kaum India di kawasannya dan itu mungkin merupakan pencetus perasaan tidak senang kepimpinan terhadap dirinya. Malah, Janice juga tidak ragu-ragu untuk mempersoalkan isu pemilihan CEC dan cara DAP menanganinya dengan ROS.
Beliau mengingatkan kepimpinan DAP agar membersihkan diri dahulu sebelum menuduh orang lain.
Kita hormati pendirian Jenice dan amat berharap agar mempunyai pembangkang yang matang dan rasional seperti beliau untuk sama-sama memakmurkan negara ini. Malangnya, orang seperti Jenice tidak boleh bertahan lama dalam parti pembangkang yang sedia ada kerana parti pembangkang di Malaysia tidak suka kepada perwatakan pemimpin yang matang, bersih dan lantang.
Parti PKR dikuasai oleh keluarga Anwar yang turut berpegang kepada pendekatan yang sama iaitu kuku besi sehingga habis lintang pukang jadinya pemilihan parti dan pencalonan kerusi. Parti PAS pula dikuasai oleh pendita-pendita yang ketinggalan di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Manakala DAP, seperti yang baru disedari oleh Jenice, adalah parti keluarga Lim yang bertaraf tokong yang membawa semangat keCinaan yang amat kuat sehingga menolak apa saja yang berbaur perpaduan kaum. Ini adalah hakikat yang telah pun diketahui umum sejak azali lagi. Justeru, kita agak hairan juga kenapa Jenice mengambil masa yang agak lama untuk menyedarinya.
Apapun, nasib baiklah nama Jenice digugurkan, kalau tidak tentu beliau masih lagi melihat DAP sebagai parti yang sempurna.

[Sumber]

Sunday 21 April 2013

#GE13: Jenice Lee Kecewa dengan Kronisme DAP

Sidang media Jenice Lee di pusat penamaan calon Parlimen Pandan pada 20 April 2013



Penyandang kerusi DUN Teratai, Jenice Lee yang menyerahkan borang untuk bertanding sebagai calon Bebas mendakwa DAP mengamalkan sikap kronisme dalam pemilihan calon.

Beliau menyifatkan keputusan DAP meletakkan calon 'bidan terjun' di kerusi Teratai sebagai menguntungkan sesetengah pihak berbanding dirinya yang telah lima tahun berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.

Katanya pemilihan muka baru di DUN Teratai bukan berdasarkan amalan meritokrasi. Justeru jelas Jenice, keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan sebagai bantahan terhadap calon parti.

Lebih mengecewakan katanya, apabila beliau pernah menyuarakan bantahan terhadap calon berkenaan namun tidak dilayan.

"Perlu tanya orang atasan, sebab mereka lebih memihak kepada kroni daripada orang yang ada gerak kerja, rekod yang baik.

"Meeting, SMS tak ada orang jawab, call tak ada orang jawab, pergi jumpa tak jawab, sampai dah keluar surat khabar dia jumpa saya tapi tak cakap apa-apa," kata beliau kepada Antarapos.

Pada 15 Mac lalu, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Jenice bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang melibatkan peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011.

Kerusi DUN Teratai menyaksikan pertembungan lima penjuru, tiga daripadanya calon Bebas.

Selain calon BN, Liew Pok Boon dan calon dari DAP, Tiew Way Keng, tiga calon Bebas lain turut dinamakan sebagai calon, penyandang DUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha menggunakan lambang pokok, Lim Ah Chai dengan logo kunci dan Chin Kok Keong pula logo bunga.


[Sumber]

Saturday 20 April 2013

Panas! Update #GE13: Penyandang DUN Teratai Jenice Lee Bertanding Bebas kerana Merajuk

Jenice Lee bercakap kepada media di pusat penamaan calon Parlimen Pandan pagi tadi

Jenice Lee

Daripada maklumat yang RMK terima dari lapangan, Jenice Lee kecewa dengan pimpinan DAP kerana tidak meletakannya untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Teratai yang dimenanginya pada PRU12 2008. DAP sebaliknya memberikan kepercayaan kepada muka baru, Tiew Way Keng bagi menggantikan Jenice.

Tiew Way Keng

Jenice akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas. Ini menjadikan perebutan kerusi DUN Teratai melibatkan 5 penjuru. 


*Senarai calon Parlimen Pandan serta DUN Teratai dan DUN Chempaka akan dikemaskini.

Friday 19 April 2013

Hangat #PRU13: Senarai Penuh Calon DAP Selangor. Mana Perginya Teresa Kok dan Ronnie Liu?? #GE13 #TolakPR


EXCO Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.


Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan EXCO Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.


Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:


PARLIMEN

1. Serdang – Ong Kian Ming

2. Puchong – Gobind Singh Deo

3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua

4. Klang – Charles Santiago


DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Sekinchan – Ng Suee Lim

2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong

3. Teratai – Tiew Way Keng

4. Kinrara – Ng Sze Han

5. Kampung Tunku – Lau Weng San

6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin

7. Balakong – Ng Tien Chee

8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah

9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan

10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran

11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim

12.Pandamaran – Tan Pok Shyong

13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman

14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng

15. Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan

Wednesday 17 April 2013

[Video] PANAS! SKANDAL TERESA KOK DIDEDAHKAN BEKAS PEMBANTU PERIBADINYA SENDIRI #GE13 #PRU13 #TolakPR


Biadap.

RUPANYA selama memerintah kerajaan Selangor dalam 5 tahun ini, pelbagai rompakan telah dilakukan oleh puak pakatan haram ini. Khalid ternyata hanyalah sebagai boneka kepada DAP untuk menyembunyikan segala perilaku rompak, samun dan rampas harta rakyat negeri Selangor.

Berita gempar yang baru disampaikan tentang Teresa Kok berkenaan salah laku dengan mengambil deposit bernilai RM5000 untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal di Selangor. Tony Tan turut mendedahkan yang Teresa Kok juga menaikkan harga lesen tapak pasar malam MPAJ dari RM48 setahun kepada RM298 kepada rakyat Selangor yang hendak berniaga. Satu lagi isu tentang kepincangan Teresa Kok ini adalah dengan menaikkan denda pengubahsuaian kedai dari RM3000 kepada RM12000 bagi satu-satu kesalahan. 

Apa lagi yang boleh kita harapkan dari kerajaan seperti ini? Sudah 5 tahun rakyat Selangor dibelenggu dengan pelbagai masalah rakyat yang tidak pernah diselesaikan. Tukar kerajaan Selangor sebelum terlambat. 


Saksikan juga pendedahan yang dibongkarkan oleh bekas pemandu peribadi Teresa Kok ini. 



RMK: Kebelakangan ni banyak pula pendedahan terhadap si Teresa Kok ni. Sebelum ini berkenaan projek RM 1 bilion yang beliau 'settle' dalam masa 8 hari [baca sini]. Tak sangka selama ni dia berlakon saja yang lebih. Memang tak boleh harap. Nak undi lagi orang macam ni? 5 tahun kena tipu beb.

Thursday 11 April 2013

GEMPAR! PEMBANGKANG TUBUHKAN PASUKAN SULIT KHAS UNTUK CETUSKAN HURU-HARA PADA HARI MENGUNDI? MENGAPA? #GE13 #PRU13




MASIH lagi ingat apa yang dilakukan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Disember 2012 yang mengadakan demonstrasi di Putrajaya? Jika lupa, ikuti klip video di bawah ini.




PKR mendakwa 300,000 masyarakat India di Negara ini tidak mempunyai Mykad. Maka berhimpunlah kira-kira 300 penyokong PKR, tetapi adakah mereka yang hadir warganegara Malaysia keturunan India?

TIDAK.

Mereka yang hadir sebahagian besarnya merupakan warganegara India yang berada di negara ini sama ada bekerja secara sah atau sebaliknya. Tetapi PKR mendesak supaya mereka ini diberikan Mykad terlebih dahulu barulah disiasat samada mereka warganegara ataupun tidak.

Ada Mykad bermakna bolehlah mengundi. Adakah mereka ini yang didakwa oleh Pakatan Rakyat sebagai 'pengundi hantu'?

Adakah ini merupakan satu konspirasi PR bersama pihak asing untuk memastikan proses pilihanraya pada 5 Mei ini gagal, seterusnya membolehkan campur tangan kuasa asing menjajah negara ini atas tiket kononnya untuk mententeramkan keadaan huru-hara di Malaysia?

Modus operandi mereka mudah, seperti mana PKR Selangor merancang mewujudkan satu pasukan pemantau yang diberi nama MATA.

Pasukan ini diwujudkan untuk memantau pengundi-pengundi yang mempunyai wajah seperti warga Pakistan dan Bangladesh yang hadir mengundi dalam PRU13. Mungkinkah individu berkenaan dirancang oleh PR untuk datang ke tempat mengundi sebagai pengundi, hakikatnya ia hanya lakonan sahaja?

Apa yang akan berlaku, PR yang menempatkan antara empat dan lima orang sebagai pemerhati akan menahan atau memeriksa mana-mana individu kononnya disyaki dan seterusnya akan menghalang orang disyaki dari mengundi.

Apa yang akan berlaku selepas itu? Lakonan babak seterusnya iaitu berlaku pertengkaran dan mungkin bergaduh.

Apakah persespsi masyarakat yang datang mengundi. Lebih teruk lagi media asing akan dijemput ke lokasi berkenaan untuk merakam lakonan PR dan menyebarkan di media bahawa proses pilihanraya di Negara ini tidak telus. Kroni-kroni PR di luar Negara pun akan melobi supaya campurtangan asing dalam proses pilihanraya.

Sekiranya PKR dengan pasukan 'MATA', manakala PAS pula dengan Skuad Keselamatan Pas Selangor (SKEPS).


Apa tugas SKEPS, sama juga seperti MATA tajaan PKR Selangor iaitu mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri. Pencetus huru-hara.

DAP pula ada ke? Sebenarnya PKR dan PAS mengikut  arahan dari 'big brothers’ mereka iaitu DAP yang terlebih dahulu mewujudkan, malahan kewujudan skuad tajaan DAP 'dihalalkan' dari segi undang-undang. Bukan itu sahaja, kerajaan DAP Pulau Pinang menaja segalanya dengan menggunakan peruntukkan kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memahami scenario yang berlaku, menunjukkan bahawa DAP telah merancang segalanya untuk PR termasuklah apa yang didedahkan oleh bekas pemimpin tertinggi DAP selama ini.



Bagaimanapun, diharapkan  Polis Diraja Malaysia tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) semasa PRU13 sekiranya berlaku ancaman atau perkara yang tidak diingini.

Di bawah akta tersebut, polis berhak menahan suspek selama 29 hari sebelum dibicara atau dibebaskan, walaupun  secara asasnya PDRM akan menggunakan Akta Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan berkaitan sepanjang pilihan raya.

Sudah tiba masanya penguatkuasaan undang-undang dilakukan demi memastikan kestabilan dan keamanan negara ini terjamin.

Jangan dibiarkan virus sedemikian menular. Kesannya Negara akan bergolak dan keamanan yang dikecapi selama ini musnah dalam sekelip mata.

Renung-renungkan.

Tuesday 2 April 2013

Isu #LahadDatu: GILIRAN TERESA KOK HINA PERAJURIT NEGARA!




Tak habis-habis puak pemimpin Pakatan menghina pahlawan-pahlawan negara! Teresa Kok kini mengikuti jejak langkah Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota keselamatan yag terkorban di Lahad Datu!

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok berkata bahawa perajurit yang terkorban di Sabah “dimangsakan.”

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Sudahlah tidak faham Bahasa Melayu sebaliknya, ego dan bercakap besar pulak... kononnya dia pun faham.  Keluarga Polis telah dimangsakan?









RMK: Nampak tak, si Teresa ni dah silap cakap lepas tu nak pusing kata dia pun tau bahasa Melayu. Memang dasar spinner! Jangan ingat rakyat lupa kau pernah mempertikaikan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda di Seputeh. 
 


Friday 29 March 2013

Keajaiban Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang! #savepenang #ubahpenang #tolakPR


Syarikat Hanya Wujud Selepas Tender Ditutup, Pengerusi Adalah Penjenayah
 

Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat kritikan hebat dari berbagai pihak.  Projek-projek tersebut, termasuklah Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km., Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.
Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif untuk kesejahteraan rakyat.   Terutamanya apabila merujuk kepada projek terowong bawah laut yang dilihat sebagai ‘redundant’ atau berulang, kerana ia membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi siap.
Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan projek-projek ini seperti berikut:
1.      CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
  • ·BUCG: Beijing Urban Construction Group – 10%
  • ·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd – 10%
§  Davy – 5%
§  Leslie&Co – 5%
  • ·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) – 10%
  • ·ZC-CRC: Zenith Construction Sdn Bhd JV with China Railway Construction Ltd (CRCL) – 70%
§  Pinny – 5%
§  Jimmy & Party – 10%
§  Terry – 3%
§  TBD – 2%

Blog DAP Insider membayangkan nama-nama ringkas yang digunakan merupakan ‘kod panggilan’ bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka.  Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa ‘Annie & Party’ bermaksud Anwar dan PKR, manakala ‘Davy’ ialah ‘Daddy’ atau Lim Kit Siang sendiri.

Tindakan Lim Guan Eng memberi ‘habuan’ kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua orang tahu bahawa slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ DAP hanyalah alat pemasaran yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk memperbodohkan penyokong mereka.

Namun, apa yang mengejutkan ialah ‘tahap’ korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.

Mana tidaknya, jika syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.

Perkara ini didedahkan oleh blog Stop The Lies pada 16 Mac lalu.

Jika pendedahan ini benar, kita agak ‘kagum’ memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan?   Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?

Jika CZB hanya bertindak sebagai orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender ditutup?

Apa yang lebih ‘menakutkan’ ialah Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun 1994.

Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had berjumlah RM127 juta.  Zarul secara peribadi telah didapati bersalah memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta lagi kepada pelanggan RMB.

Selain soal kredibiliti syarikat yang menerima projek dan pemberian tender yang tidak telus, termasuk amalan kronisme dan nepotisme, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah soal kesannya kepada rakyat memandangkan CZB akan turut menerima bayaran dalam bentuk ambil-alih tanah seluas 44.51 hektar atau 110 ekar di Tanjung Pinang.

Bukankah tindakan seperti ini perlu melalui proses kajian dan analisa yang mendalam bagi memastikan pembayar cukai tidak perlu menanggung kerugian sekiranya projek tidak mampu dilaksanakan sepertimana sepatutnya?
Kita tahu yang Lim Guan Eng punya kuasa Veto, tetapi kita tidak pula tahu yang beliau turut mempunyai kuasa ajaib yang sehebat itu.   Harap, beliau juga dapat menggunakan kuasa ajaib itu untuk menyelamatkan keadaan termasuk nyawa manusia sekiranya terowong bawah lautnya mengalami masalah akibat melantik syarikat kontraktor yang tidak meragukan.

LIM GUAN ENG BAWA PULAU PINANG KARAM KE LAUT! #savepenang #ubahpenang #tolakPR

Bukan, ini bukan cerita mengenai kerajaan Pulau Pinang yang sibuk nak buat projek mega terowong bawah laut yang RM6.3 bilion itu. Cerita terowong RMK akan kupas dalam entri yang lain. Entri ini adalah mengenai penipuan yang dicanang selama Lim Guan Eng dan DAP memerintah Pulau Pinang sejak lima tahun yang lalu.



Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri itu bertambah teruk, dengan kesesakan lalu lintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Ramai percaya Lim Guan Eng berjaya kurangkan hutang negeri. Namun, ramai yang tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. Hakikat yang semua orang perlu tahu adalah Pulau Pinang mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng!


Baca artikel ini selanjutnya [di sini].


'Pembaharuan' yang dibawa Lim Guan Eng dan DAP hanya menguntungkan golongan yang berpendapatan tinggi tanpa menghiraukan kebajikan rakyat golongan pertengahan, apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah. Tertekan dengan kesempitan hidup, tidak hairanlah apabila masyarakat Pulau Pinang mula menyuarakan protes!


Salah siapa?

Kebajikan rakyat negeri pun tak terjaga, lagi kau nak buat projek mega terowong tu. RM6.3 bilion tu kalau baiki infrastruktur awam ke, buat rumah kos rendah ke, sekolah ke, hospital ke? Kan lebih baik? Nampak sangat keangkuhan kau DAP Lim Guan Eng.



Tuesday 26 March 2013

VIDEO PENDEDAHAN! 10 Taktik Jahat Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13!

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian. Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar. Katanya,Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang. Dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung. Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah. Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan,ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar. Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikkan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil. Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amat rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13. Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful. Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II,Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi Allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “,MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia,Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun,Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunjukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU,SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini.

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara. Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU13 nanti. Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ”wallahi,wabillahi,watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)





Sumber: Badut Rakyat

Tuesday 26 February 2013

GEMPAR! Calon Menteri Besar Selangor Baru dari DAP: ZAIRIL KHIR JOHARI @ CHRISTOPHER ROSS LIM!


MALAYSIA akan bertukar menjadi Negara REPUBLIK sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan Pusat dari Barisan Nasional. 

Adakah ia kenyataan RETORIK atau REALITI?

[Sumber: DAP Insider]

Memperhalusi kenyataan yang tersirat iaitu DAP akan mencalonkan Zairil Khir Johari @ Christoper Ross Lim sebagai Menteri Besar Salangor sekiranya Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya jelas menterjemahkan 'grand design' DAP yang mahu menerapkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu setiap warganegara ini adalah sama rata.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 19 Februari 2012 yang menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya orang Melayu dengan disambut kenyataan oleh Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau pada 17 April 2012 iaitu jawatan Menteri Besar tidak semestinya orang Islam dilengkapi dengan kenyataan DAP bahawa Zairil akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor mengesahkan ‘grand design’ DAP ke arah Negara Republik. 



Siapa Zairil? Seorang anak Cina yang diambil anak angkat oleh keluarga Melayu lalu di Islamkan dengan menukarkan nama dari Christopher Ross Lim kepada Zairil Khir Johari.

Adakah Zairil seorang Melayu?

TIDAK sama sekali. Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang Melayu di bawah Perkara 160 (2) iaitu orang Melayu mestilah menganut agama Islam, lazim bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan darah keturunan dari salah seorang ibu atau bapanya keturunan Melayu.

Adakah Zairil lengkap syarat berkenaan? TIDAK.

Zairil bukan berketurunan Melayu walaupun dibela oleh keluarga angkatnya orang Melayu. Ini bermakna Zairil adalah berketurunan Cina. Ini tidak akan sama sekali mengubah statusnya sebagai seorang Cina.

"...keangkuhan Lim Guan Eng yang begitu percaya bahawa DAP akan memenangi semua  kerusi mereka dalam PRU13 yang akan datang. Keyakinan itu bersandarkan kepada PRU12 yang lepas bahawa DAP akan berjaya mengekalkan kerusi mereka yang lalu iaitu 13 kerusi dan tambahan  3 kerusi DUN-  N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek and N46 Pelabuhan Klang, oleh itu mereka meramalkan jumlah kerusi DUN milik mereka dalah 16 kerusi. Manakala PKR pula diramal akan kehilangan 5 kerusi DUN. Ini bermakna kerusi PKR akan berkurangan  dari  14  ke  9 kerusi sahaja.  Guan Eng juga meramalkan PAS juga akan kehilangan  3 kerusi  dari  8 yang akan menyebabkan PAS hanya menang  5 kerusi DUN .

Bagi Guan Eng, pakatan haram akan terus meneraju Selangor dengan 30 kerusi  (DAP-16, PKR-9 and PAS-5) vs BN  yang hanya akan memenangi  26 kerusi.   

Oleh kerana bagi Guan Eng DAP yang mempunyai kerusi terbanyak maka mereka berhak dilantik sebagai Menteri Besar. Menurut mereka yang begitu angkuh ini, sekiranya PAS dan PKR(14) bergabung pun tidak mampu mengatasi bilangan kerusi DAP iaitu 16 DUN. 

Lim Guan Eng telah belajar dari pengalamannya yang lepas di Perak  apabila mereka terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun mereka telah memenangi kerusi terbanyak kerana syarat untuk menjadi Menteri Besar haruslah Melayu.  Kit Siang dan Guann Eng terlalu kecewa apabila  Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.
3
Namun kali ini DAP telah bersedia, Guan Eng telah menyediakan calon Melayu DAP  di Selangor dengan hasrat untuk melantiknya sebagai Menteri Besar  apabila DAP memenangi kerusi terbanyak.  Zairil Khir Johari akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor  apabila DAP menang besar dan pakatan haram memerintah. 

Karpal Singh telah memberikan nasihat guamannya bahawa Zairil ialah seorang Melayu mengikut perlembagaan dan berhak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut Perlembagaan Negeri selangor. Oleh itu Zairil akan bertanding di kerusi  Bukit Gasing yang telah kosong berikutan dengan kematian  Edward Lee Poh Lin. Walaupun anak Edward, Simon Lee telah menjalankan tugas ayahnya dengan baik agar dapat bertanding dikerusi tersebut namun Guan Eng telah menetapkan akan meletakkan Zairil untuk bertanding di Bukit Gasing. 

DAP  mahu memonopoli  kekayaan dan pendapatan  Selangor dengan meletakkan Zairil  sebagai  MB kerana  Guan Eng boleh mengawal dan memanipulasi Zairildan memastikan akan mengikut katanya. Zairil Khir Johari merupakan anak emas  Lim Guan Eng .  Zairil sebenarnya dalam dilema dan kontroversi mengenai identitinya. Latarbelakangnya dipersoalkan. Dia menamakan dirinya Zairil Khir Johari bukan Zairil bin Khir Johari but Zairil Khir Johari. Ianya memberikan impak yang besar kerana perbezaan itu- Zairil Khir Johari bukan  Zairil BIN Khir Johari. 


Walaupun bekas naib presiden DAP  Tunku Aziz telah menuduh  Zairil bukan merupakan anak kepada  Khir Johari, iaitu pembantu politik kepada Ketua Menteri  Penang ,mereka tidak berani menyaman  Tunku Aziz untuk membersihkan nama Zairil. 

Zairil hanya mampu berkata bahawa dia tahu siapa bapanya. Banyak blog telah menyatakan bahawa  Zairil sebenarnya  Christopher Ross Lim yang dilahirkan  Hawaii dan bapanya merupakan  Howard Lim dari  Singapore. Ibu Zairil adalah  Christine Lim alias Rose Christine Lim Abdullah alias Christine Khir Johari.  Dia merupakan sekretari kepada arwah  Khir Johari. 

Zairil dilahirkan pada  17 Oct 1982 tetapi ibunya hanya berkahwin dengan  Khir Johari pada  February 1996 , oleh itu adalah mustahil Zairil itu anak kepada  Khir Johari  berdasarkan kiraan tarikh. Zairil @ Christopher Ross Lim merupakan anak kepada  Howard Lim seperti yang tercatit dalam surat beranak nya dari Hawaii atau adakah  Christine mempunyai hubungan sulit dengan  Khir Johari  dan melahirkan anak sewaktu dia masih berkahwin dengan Howard Lim dan apabila  Zairil dilahirkan maka dia telah didaftarkan sebagai anak kepada suaminya  Howard Lim.
Walaupun siapa bapa  Zairil, dia memiliki bapa anagkat yang amat berkuasal “godfather” iiaitu Lim Guan Eng yang akan memastikan Zairil  mempunyai masa depan yang cerah sebagai Menteri Besar Selangor." -kupasan dari SelangorDaily


Sekiranya Zairil dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, bermakna kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menjadi kenyataan.

Apabila ini berlaku, bermakna catatan sejarah terukir iaitu seorang Cina menjawat jawatan Menteri Besar di sebuah negeri di mana ketua utama negeri berkenaan ialah seorang Sultan.

Cita-cita DAP sebenarnya mendapat restu dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS Kelantan bersedia meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bagi membenarkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar Kelantan. Kenyataan ini dilafazkan selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di Kota Bharu pada 27 Disember 2009.



Siapa sebenarnya yang hendak menghancurkan Islam dan orang Melayu di Negara ini?

DAP atau parti yang bertopengkan ISLAM?

Di Singapura, Perdana Menteri Singapura menegaskan bahawa sungguhpun perlembagaan republik berkenaan mengiktiraf orang Melayu sebagai pribumi, tetapi PAP iaitu abang kepada DAP akan memastikan bahawa orang Melayu tidak akan sama sekali menjawat jawatan tertinggi di Singapura.

 

Tetapi di negara ini, orang Melayu yang menyokong PAS sanggup mengadaikan maruah dan akidah umat Islam demi untuk mencapai cita-cita ke PUTRAJAYA.


RENUNGKANLAH DENGAN IMAN.