Showing posts with label Zulkifli Noordin. Show all posts
Showing posts with label Zulkifli Noordin. Show all posts

Tuesday 4 February 2014

KONSPIRASI LUAR TABI'E


KONSPIRASI LUAR TABI'E







Siakap senohong gelama ikan duri, kuat bohong nak jadi Perdana Menteri!



18.08.2012, sebelum PRU-13: Saya akan pencen jika pembangkang tewas PRU-13 dan jadi
professor!
07.05.2013, selepas PRU-13: Saya tidak akan pencen. Pembangkang kalah kerana Bangla
dan blackout!

Sebelum PRK DUN N.25 Kajang:
27 Jan 2014 – Saya TIDAK akan bertanding dalam PRK Kajang
28 Jan 2014 – Saya diminta bertanding dalam PRK Kajang!

Selepas PRK Kajang
28 Januari 2014 – Saya umumkan bahawa Khalid akan terus menjadi Menteri
Besar!
Q: Selepas PRK Kajang! Siapa
MB baru?
Sendiri pun boleh jawab lah yop!!!
Salam 2 all.



Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!


SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR

Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.



Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.



Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.



Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!


Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!


TAN SRI KHALID PENGHALANG

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!

PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.

Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!



Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!

Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.

Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.

Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.



Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!

Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid! 


STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS 

Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.

Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!

Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO

Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.

Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP

Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID

Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!

Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.

Khalid sekarang ada beberapa opsyen:

1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!

2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;

3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;

4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau

5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.

Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!

Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.

Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.

Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014



***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman.

Sumber

Thursday 25 April 2013

Panas #GE13: REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR TENAT! @KhalidSamad PUNCANYA? #PRU13 #P108 #BN4ShahAlam



Peningkatan kes jenayah syariah di negeri Selangor wajar dilihat sebagai satu petunjuk daripada Allah s.w.t terhadap umatnya terutama rakyat Selangor.

Nampaknya, perubahan tampuk kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pakatan haram bukan sahaja gagal mengurangkan kadar jenayah, tetapi statistik menunjukkan peningkatan yang mendadak setiap tahun.

Oleh itu, pendedahan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin pakatan haram terutamanya Pas Selangor. 

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin selepas merasmikan Seminar "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah" berkata, sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun 2011.

Beliau berkata sepanjang tahun 2011 cuma 1,077 kes direkodkan.

Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012 jelasnya.

Menurut beliau lagi, kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang.

Ini membuktikan bahawa kes jenayah syariah di Selangor sudah ke tahap membimbangkan.

Penulis tidak lupa, dalam satu ceramah di Masjid Seksyen 16 Shah Alam, seorang ustaz yang diyakini adalah penyokong tegar PAS pernah bercakap dengan penuh semangat. 

"Masa depan umat Islam di Selangor terancam jika UMNO terus memerintah. Percayalah kepada parti Islam (PAS). Kami akan tegakkan DAULAH ISLAMIAH dengan menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan," katanya.

Untuk pengetahuan, ustaz itu bukan calang-calang orangnya. Beliau antara selebriti agama yang selalu muncul di kaca tv.

Namun, ketika Selangor diancam dengan peningkatan jenayah Syariah, ke mana hilangnya ustaz-ustaz ini??? Rumah urut?



[Sumber]

RMK: Macam mana ni PAS? Sebelum ni bangga sangat Shah Alam bebas kelab malam, bebas rumah urut, bebas panggung wayang. Tuduh UMNO tolak Islam bagai. Sekarang? Makanlah perkataan kau sendiri. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tahu tinggi rendah langit. Isu kalimah Allah pun, siapa yang kata orang bukan Islam pun boleh guna? UMNO atau PAS? Wahai pengundi Shah Alam, buatlah pilihan bijak. Tolak parti yang menggadaikan kesucian Islam demi memenuhi agenda politik mereka sendiri!

[GILA WAJIB TONTON] PART 1: @KhalidSamad PENGKHIANAT AGAMA ISLAM!!? #GE13 #PRU13 #BN4ShahAlam

Wajib tonton jika anda sayangkan Islam.



Wednesday 24 April 2013

Panas #GE13: Khalid Samad Hilang Suara Ketika Berceramah kerana Kecut Perut dengan Zul Noordin? #TolakPR #BetterNation



Akibat terlalu asyik memaki hamun dan menfitnah Zul Noordin. Khalid Samad tiba-tiba hilang suara dan tidak lagi menjerit-jerit dalam ceramahnya.

Itulah yang berlaku dalam ceramahnya malam tadi, namun tetap meneruskan ceramah sambil menyifatkan ketiadaan suara beliau adalah tanda kemenangan awalnya kerana beliau tidak perlu bercakap banyak untuk menghadapi Zul Noordin di Shah Alam.

Itulah gelagat Khalid Samad yang tidak pernah sedar diri dan masih berlagak sombong serta angkuh. Mungkin balasan tuhan kerana banyak makin hamun dan fitnah pemimpin Barisan Nasional (BN).

Semoga cepat sembuh wahai Khalid Samad, supaya Debat Perdana antara kamu dan Zul Noordin jadi kenyataan.




RMK: Zul Noordin gentleman dah minta maaf kepada kaum India atas keterlanjuran beliau 10 tahun dulu. Beliau dah sedar, kita semua boleh lupakan semua tu. Sekarang fokus adalah kepada mengalahkan Khalid Samad dan merampas kembali Shah Alam dari pakatan. Zul Noordin for Shah Alam! Khalid Samad dah gerun la tu. Hehehe.


BN for


Tuesday 23 April 2013

Panas #GE13: SOKONGAN LUAR BIASA PENGUNDI INDIA BUKTI ZUL NOORDIN MAMPU RAMPAS SHAH ALAM #SayangiSelangor



Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pengundi India di kawasan Parlimen Shah Alam sudah menerima dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri berkata ada di antara masyarakat India yang sampai telah mencium Zulkifli.

"Soal cakap 10 tahun dulu, Zukifli sudah meminta maaf dan orang India terima dan cium dia," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Seksyen 18 Timur di sini Isnin. Gambar Zulkifli dicium oleh seorang pemuda India pada hari penamaan calon tersebar luas apabila dimuatkan di facebook.

Turut mengiringi dalam lawatan Najib petang ini ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Zulkifli.

Pada 1 April, Zulkifli memohon maaf kepada penganut agama Hindu dan mengakui pernah membuat ucapan yang mempersenda agama itu tetapi beliau telah mengakui kesilapannya kerana ucapan itu telah dibuatnya 10 tahun lalu ketika beliau masih berada dalam PAS.

Najib berkata semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pekerja parti dalam jentera pilihan raya BN Shah Alam boleh membantu BN merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dan Batu Tiga dari tangan pembangkang.

Jentera BN perlu berusaha keras merampas kembali Selangor pada PRU13 dan ia adalah penting bagi BN kerana sebahagian besar kekayaan negara bertumpu di negeri itu.

"Kerajaan Selangor telah menghalang projek loji air Langat 2 dan kita akan menghadapi masalah air bersih jika kita tidak ambil alih Selangor ini.

"Demi perjuangan negara, kita akan berjuang habis-habisan," katanya disambut sorakan gemuruh oleh jentera BN Shah Alam.

Najib turut berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan Shah Alam dan akan memenuhi permintaan mereka.

Hujan lebat semasa lawatan Perdana Menteri tidak menghalang penduduk di Seksyen 18, daripada keluar beramai-ramai untuk mendekati dan beramah-mesra dengan Najib.

Sebahagian daripada mereka tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk mendengar sendiri ucapan dan nasihat Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor.

Seorang anggota Pergerakan Puteri Umno dari cawangan Seksyen 18 Timur, Nurul Aqmal Mohd Amin berkesempatan memotong kek sempena hari jadinya ke-25 sambil disaksikan Najib dan Rosmah pada acara itu.

Najib dan Rosmah turut menjamu selera bersama penduduk tempatan pada akhir lawatannya itu.

Pada sidang akhbar kemudiannya di sebuah hotel di sini, Najib berkata Zulkifli sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil, dan kuil di Shah Alam dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

"Berbanding dengan PR (pakatan pembangkang), mereka musnahkan tujuh kuil di Selangor, macam mana itu tidak jadi isu besar...tidakkah itu lebih serius, tamparan lebih hebat kepada penganut Hindu?," kata beliau.


Sunday 21 April 2013

#GE13: Zul Noordin Gentleman Dah Minta Maaf. 'Maha Hebat' yang Lain Bila Lagi?? #TolakPR #BetterNation

Bermula dari hari pertama nama Zulkifli Noordin dinaikkan sebagai calon rakan BN untuk Parlimen Shah Alam, puak-puak pakatan mula mengorek segala masa silam beliau untuk mencari poin untuk menjatuhkan beliau. Salah satu yang mereka kononnya berjaya temui adalah apabila Zul Noordin dikatakan telah menghina kaum India dan agama Hindu. 

Deii, itu cerita lama la. Masa tu Zul Noordin ahli PAS. Beliau pun dah sedar sekarang. Dah minta maaf pun atas kesilapan itu. So, no issue there. Everyone makes mistakes.

Tapi perkara yang menjadi isu di sini adalah puak penchacai pakatan hanya tahu mencari dan memperbesarkan kesilapan pihak lawan tanpa mencermin diri sendiri. Cuba fikirkan apa yang cuba disampaikan dalam grafik di bawah ini:



Bagaimana?

Tuesday 26 March 2013

VIDEO PENDEDAHAN! 10 Taktik Jahat Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13!

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian. Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar. Katanya,Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang. Dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung. Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah. Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan,ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar. Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikkan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil. Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amat rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13. Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful. Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II,Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi Allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “,MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia,Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun,Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunjukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU,SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini.

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 - Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara. Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU13 nanti. Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ”wallahi,wabillahi,watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)





Sumber: Badut Rakyat

Saturday 23 February 2013

Penangan Zul Noordin. GERUNLAH TENGOK!


Lagi gambar dikirimkan oleh rakan RMK. Kali ni dari program Debat Rakyat YB Zulkifli Noordin di Seksyen 9, Shah Alam yang baru sahaja tamat (22 Februari 2013). Khabarnya Dato' Hasan Ali yang sepatutnya hadir tidak dapat berbuat demikian atas masalah kesihatan. Beliau digantikan dengan Ustaz Norman Toha. RMK tak berniat nak cakap panjang. Tak sabar nak kongsikan gambar-gambar yang bakal membuat puak penchahai meroyan.





Ustaz Norman Toha

Bandingkan dengan kehadiran program pembangkang semalam [rujuk sini]. Teaser:



Anda sendiri nilaikan.

Serius, rakyat dah muak dengan  penipuan pembangkang. Mereka lebih berminat serta lebih terbuka menerima pendedahan dan penjelasan daripada pihak YB Zul Noordin yang pernah bekerja rapat dengan puak Pakatan Haram. Ternyata siri debat rakyat ini semakin mendapat sokongan padu rakyat. Semoga YB Zul dan rakan-rakan istiqamah dalam perjuangan ini.

Apa kata penchachai pembangkang?