EXCO Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.
Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.
Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.
DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.
Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan EXCO Selangor itu sendiri.
"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.
Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.
Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:
PARLIMEN
1. Serdang – Ong Kian Ming
2. Puchong – Gobind Singh Deo
3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua
4. Klang – Charles Santiago
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
1. Sekinchan – Ng Suee Lim
2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong
3. Teratai – Tiew Way Keng
4. Kinrara – Ng Sze Han
5. Kampung Tunku – Lau Weng San
6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin
7. Balakong – Ng Tien Chee
8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah
9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan
10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran
11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim
12.Pandamaran – Tan Pok Shyong
13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman
14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng
15. Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan
[Sumber]