Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts
Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Antara Chew Mei Fun dan Teresa Kok


Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.  Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak 'sukar' akibat kegagalan mengenepikan Dato' Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk 'memasarkan' dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya. 

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional. 

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.  Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi. 

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti. 

PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN. 

Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi 'memberi harapan' kepada Kristian mengenai isu kalimah 'Allah' dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah 'Allah' di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu. 

Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor 'kaum' tetap menghantui PRK ini. 

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah 'heroin paling bijak' dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.  

Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin. 

Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya. 

Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu. 

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini: 

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia? 

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?  

Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme? 

Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan 'perkauman' sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin? 

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman. 

Laporan Asal: TaipingMali


RMK: Umum mengetahui undi dari pengundi Cina memang memainkan peranan besar dalam PRK Kajang yang bakal berlangsung bulan depan. Berjayakah Anwar mengekalkan kerusi PKR dan seterusnya menjadi MB Selangor baru? Atau adakah akan berlaku "The Bradley Effect" dan memenangkan Datin Paduka Chew Mei Fun? Sama-sama kita tunggu dan lihat kebijaksanaan pengundi DUN Kajang.

Friday, 8 November 2013

Laporan Polis Terhadap Isu Provokasi Memperlahankan Azan di Puchong

Pada kira-kira 5.30 petang tadi bertempat di Balai Polis Puchong Jaya, beberapa NGO Islam sekitar kawasan Puchong telah tampil membuat laporan polis berkenaan isu provokasi memperlahankan azan di sebuah surau di Taman Puchong Prima. Berikut merupakan beberapa gambar dari lokasi.









RMK: Hairan. Sebelum ini kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tiada masalah rakyat bukan Islam bertoleransi dengan laungan azan. Tetapi bermula beberapa tahun lepas, setelah kita menyaksikan kebangkitan pembangkang yang diketuai oleh DAP, dapat dilihat beberapa golongan mula menunjukkan taring dan berani mempersoalkan kenapa laungan azan perlu begitu kuat. Bermula dengan kejadian pada September 2008 di mana Teresa Kok (EXCO Selangor, Ahli parlimen Kinrara dan ADUN Seputeh pada waktu itu) yang mengarahkan sebuah surau di Puchong memperlahanlan laungan azannya, dan selepas itu terdapat beberapa kes seperti itu berulang di kawasan lain. Sehinggalah kes yang terbaru di surau Taman Puchong Prima ini. Mana perginya sikap toleransi antara kaum dan agama di negara kita? Adakah keadaan serta ketegangan ini disebabkan provokasi pihak tertentu untuk kepentingan politik dan kuasa mereka? Fikir-fikirkan.


Thursday, 27 June 2013

TERESA KOK TAK SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

alt
KUALA LUMPUR 26 Jun - [KEMASKINI] Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa di hadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
 
alt

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.
 
alt

Teresa menfailkan kes saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok.


RMK: So, finally, pengakuan dari mulutnya sendiri. sekarang sudah terang lagi bersuluh pendirian perempuan ni. Nak biarkan saja ke? PAS kata apa? Senyap je?





Friday, 19 April 2013

Hangat #PRU13: Senarai Penuh Calon DAP Selangor. Mana Perginya Teresa Kok dan Ronnie Liu?? #GE13 #TolakPR


EXCO Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.


Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan EXCO Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.


Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:


PARLIMEN

1. Serdang – Ong Kian Ming

2. Puchong – Gobind Singh Deo

3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua

4. Klang – Charles Santiago


DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Sekinchan – Ng Suee Lim

2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong

3. Teratai – Tiew Way Keng

4. Kinrara – Ng Sze Han

5. Kampung Tunku – Lau Weng San

6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin

7. Balakong – Ng Tien Chee

8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah

9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan

10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran

11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim

12.Pandamaran – Tan Pok Shyong

13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman

14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng

15. Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan

Wednesday, 17 April 2013

[Video] PANAS! SKANDAL TERESA KOK DIDEDAHKAN BEKAS PEMBANTU PERIBADINYA SENDIRI #GE13 #PRU13 #TolakPR


Biadap.

RUPANYA selama memerintah kerajaan Selangor dalam 5 tahun ini, pelbagai rompakan telah dilakukan oleh puak pakatan haram ini. Khalid ternyata hanyalah sebagai boneka kepada DAP untuk menyembunyikan segala perilaku rompak, samun dan rampas harta rakyat negeri Selangor.

Berita gempar yang baru disampaikan tentang Teresa Kok berkenaan salah laku dengan mengambil deposit bernilai RM5000 untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal di Selangor. Tony Tan turut mendedahkan yang Teresa Kok juga menaikkan harga lesen tapak pasar malam MPAJ dari RM48 setahun kepada RM298 kepada rakyat Selangor yang hendak berniaga. Satu lagi isu tentang kepincangan Teresa Kok ini adalah dengan menaikkan denda pengubahsuaian kedai dari RM3000 kepada RM12000 bagi satu-satu kesalahan. 

Apa lagi yang boleh kita harapkan dari kerajaan seperti ini? Sudah 5 tahun rakyat Selangor dibelenggu dengan pelbagai masalah rakyat yang tidak pernah diselesaikan. Tukar kerajaan Selangor sebelum terlambat. 


Saksikan juga pendedahan yang dibongkarkan oleh bekas pemandu peribadi Teresa Kok ini. 



RMK: Kebelakangan ni banyak pula pendedahan terhadap si Teresa Kok ni. Sebelum ini berkenaan projek RM 1 bilion yang beliau 'settle' dalam masa 8 hari [baca sini]. Tak sangka selama ni dia berlakon saja yang lebih. Memang tak boleh harap. Nak undi lagi orang macam ni? 5 tahun kena tipu beb.

Wednesday, 10 April 2013

GEMPAR! TERESA KOK SECARA SENYAP KAUTIM PROJEK 1 BILION DALAM MASA LAPAN HARI

Biadap.


Sebelum ini RMK pernah post entri yang menunjukkan bahawa EXCO Selangor, Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Teresa Kok adalah individu yang bermasalah. Lihatlah dalam satu ayat yang RMK tulis tadi, berapa banyak jawatan besar yang dipegangnya. Itu belum termasuk jawatannya dalam DAP. Anda boleh lihat entri-entri ini:


Nampaknya isu berkenaan Teresa Kok ini adalah lebih daripada apa yang telah kita tahu sebelum ini. Berikut merupakan pendedahan tergempar daripada blogger Sel13.com. Sila teruskan pembacaan:
Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.
Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?
Projek ‘direct nego’ yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.
Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.
Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.
Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, “we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.
ys-1
ys-2
Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.
Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI) kepada syarikat berkenaan  yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?
Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.
Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.
Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.
Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vihicle’ oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet.
ys-3
ys-4
RMK: Rakyat Selangor tolong fikir banyak kali sebelum membuang undi PRU13 ini.

Tuesday, 2 April 2013

Isu #LahadDatu: GILIRAN TERESA KOK HINA PERAJURIT NEGARA!




Tak habis-habis puak pemimpin Pakatan menghina pahlawan-pahlawan negara! Teresa Kok kini mengikuti jejak langkah Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota keselamatan yag terkorban di Lahad Datu!

Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok berkata bahawa perajurit yang terkorban di Sabah “dimangsakan.”

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Sudahlah tidak faham Bahasa Melayu sebaliknya, ego dan bercakap besar pulak... kononnya dia pun faham.  Keluarga Polis telah dimangsakan?









RMK: Nampak tak, si Teresa ni dah silap cakap lepas tu nak pusing kata dia pun tau bahasa Melayu. Memang dasar spinner! Jangan ingat rakyat lupa kau pernah mempertikaikan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda di Seputeh. 
 


Thursday, 21 February 2013

Teresa Kok TAMAK! Pegang Banyak Jawatan Tapi Tak Mampu Deliver! EPIC FAIL.





Teresa Kok, Ahli parlimen Seputeh (merangkap ADUN Kinrara) didesak meletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP didakwa gagal melaksanakan tugas dan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.  Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.

Ramai yang menentang Teresa Kok yang menimbulkan banyak masalah di Selangor dan menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak. 

Teresa Kok tidak layak jadi pengerusi DAP Selangor kerana beliau mengakibatkan DAP berpecah hingga akar umbi. Ini menyebabkan DAP semakin tidak sekutu dan menimbulkan perpecahan parti.

Pada konvensyen DAP 2010, Teresa hanya dapat 437 undi drpd 803, hampir separuh tak undi beliau. Ini jelas menunjukkan kepimpinan beliau ditolak.

Walaupun,Teresa merupakan pengerusi DAP Selangor namun sampai sekarang tiada seorang pun Ketua Komuniti India daripada ahli DAP. Persoalkan kenapa Teresa tidak mendesak MB utk lantik ahli DAP sebagai Ketua Komuniti India. Ini jelas menunjukkan beliau meminggirkan kaum India.

Selain itu, dalam Kongres DAP Kebangsaan yg lalu, Teresa hanya mendapat no ke 18, hampir separuh tidak memilih beliau, tetapi Lim Guan Eng tetap lantik beliau sebagai Naib Pengerusi, tak malu kah Teresa?

Bukan setakat itu sahaja, malah penduduk Kinrara pun menolak Teresa. Beliau gagal  berkhidmat dengan baik kerana memegang banyak jawatan.

Pada  2011 di Sg Pelek, Sepang, Teresa mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India. 

Teresa Kok bersikap rasis hanya mengambil berat kaum Cina sahaja.



RMK: Ada sumber yang boleh dipercayai kata, di Kinrara, Teresa Kok ambil kredit daripada apa yang orang lain buat, dan bukannya atas hasil usahanya sendiri. Memang dasar komunis!

Monday, 1 October 2012

KISAH SEDIH TERESA KOK DAN 'SLEEPING PARTNER'-NYA



Sedih sungguh bila kita baca apa yang ditulis oleh Teresa Kok tentang kehilangan 'teddy bear'nya yang telah dilelong dengan harga RM10 ribu dan teddy bear berkenaan akhirnya berpindah kepada Judy Tong yang merupakan SALAH SEORANG AHLI JEMAAH GEREJA DUMC.




Menurut Teresa Kok, itulah kali pertama dia bertemu dengan Judy Tong walaupun Judy Tong merupakan 'peminat' setianya dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Anda ingat lagi kontroversi DUMC dan pembabitan Teresa Kok yang begitu lantang mengutuk serbuan yang dilakukan oleh JAIS, sekaligus membongkar salah satu kes pemurtadan dan pengkristianisasi membabitkan DUMC yang didalangi sepenuhnya oleh kaum DAP?

Sekarang, Teresa Kok yang juga merupakan salah seorang jemaah DUMC, mengatakan dia tidak mengenali Judy Tong?

Maksudnya?

Maksudnya adalah Teresa Kok adalah seorang pembohong walaupun agama yang dianutinya tidak membenarkan dia bercakap bohong, berkhianat mahupun menjadi munafik yang menghalalkan cara bagi mencapai matlamat.

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat yang menerima bantuan dari dana asing, bukanlah semiskin seperti yang mahu ditonjolkan oleh para pemimpin kumpulan berkenaan. Dana asing yang masuk menerusi pelbagai agensi, mahupun secara langsung menerusi tangan Anwar Ibrahim dan PKR seringkali digunakan untuk mencipta pelbagai program dan majlis yang akan mencetuskan kegelisahan dan kekacauan di negara ini.

DUMC sendiri tidak pernah menafikan tentang sumbangan tenaga dan wang ringgit dari pihak asing bagi mengembangkan aktiviti mereka, terutama di kalangan umat Islam terutama sekali selepas Pakatan Rakyat 'berjaya' mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA.

Menggunakan sentimen melankolik seperti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bagi tujuan mengutip dana pilihanraya, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah taktik bagi mewujudkan sense of belonging terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sendiri tidak memerlukan bantuan atau dana daripada rakyat awam.

Bayangkanlah pula seandainya UMNO dan Barisan Nasional pula menggunakan taktik dan cara sebegitu, pasti kita akan dapat melihat dan mendengar pelbagai tahap cemuhan dan makian yang dilemparkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Teresa Kok sekadar menjual teddy bearnya yang bernilai RM10,000 kepada peminatnya sendiri. Bagaimana dengan hasil kerjanya kepada rakyat yang telah melantiknya sebagai wakil? Adakah nilai kerjanya jauh lebih tinggi dan boleh dihormati, atau sekadar ia menambahkan perisa kejahatan dan kepura-puraan dalam Pakatan Rakyat?


[Sumber]