Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Wednesday 3 October 2012

KHALID IBRAHIM: HAK MELAYU TERGADAI. ADA AKU KISAH??


Khalid the Devil

Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.
Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.
Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.
Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (2 Oktober 2012), Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.
Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.
Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.
Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.
Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.
Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.
Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.
Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.
YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor. -Agenda Daily

Lagi kupasan di [sini]

Friday 28 September 2012

Adakah "Wang Perlindungan" Pusat Hiburan Menjadi Punca Kerajaan Selangor Tidak Dapat Membendung Industri Lendir ?




Aku kadang-kadang tak faham dengan si MB Selangor ni !!!

Si Khalid Flinstone ni dah la berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah profile yang dipegang pula adalah Exco Agama Islam.

Tak kan berkaitan dengan Agama ini rakyat pula kena mengajar si Gagap ni.

Baru-baru ini terbongkar kisah Industri Lendir yang terbaru di Selangor dalam wilayah Subang Jaya.

Premis ini menawarkan khidmat berpakej"butterfly" dan "booking".

Pakej "butterfly" ni bersifat sementara yang mana GRO butterfly akan berpindah-pindah bilik secara giliran melayan keghairahan pelanggan mereka di pusat hiburan sambil berkaraoke.

Bagi pelanggan yang kemaruk seks pula bolehlah booking GRO warga asing ni untuk berlendir selama 4 jam.

Pakej "butterfly" ni tidaklah mahal mana, hanya RM50 sahaja dan GRO ini akan menjadi peneman ringan-ringan buat beberapa minit.

Pakej "booking" pula dikenakan bayaran sebanyak RM300 sahaja dan buatlah apa pun selama 4 jam tu.

Yang paling best pula tu, pusat hiburan ni bukan tak pernah kena serbu malah dah beberapa kali diserbu dan yang terbaru diserbu pada 12 dan 14 September 2012 oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Namun, tahap kedegilan diorang ni memang melampau tahap maksima dan tidak pernah serik.

Menurut maklumat, pemilik asal premis ini telah menghentikan operasi lebih kurang 8 bulan lepas, namun pemilik kedua pula menyambung operasi industri lendir ini.

Menurut Ahmad Hasan, Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, berdasarkan maklumat dan aduan orang awam, premis ini dibuka semula selepas 2 kali diserbu.

12 wanita warga Vietnam dicekup awal pagi tadi dalam serbuan yang dilakukan.

“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.

Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.

Itu baru 1 kes, 1 premis di 1 kawasan... macam mana yang lain yang masih beroperasi dengan megah ???

Apa tindakan Khalid Gagap dalam membanteras industri lendir ni atau Khalid memang cukup berbangga menjana pendapatan negeri dengan hasil industri lendir ini ???

Kenapa pengusaha industri lendir sedikit pun tidak gentar dan bersikap liat walaupun dah kena'rush' ???

Satu amalan biasa bagi pusat-pusat hiburan untuk membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap kononnya melindungi premis dari di serbu D7 dan juga kakacauan.

Biasalah, kalau dah mabuk-mabuk pasti ada kes bergaduh berebut "pemuas lendir".

Apakah wang perlindungan dibayar kepada yang berkepentingan politik di Selangor atau apakah Kerajaan Selangor juga turut mempunyai "share"dalam wang perlindungan tersebut ???

Wang perlindungan bukan sikit dik non oiii...

Mengikut maklumat risikan aku, hampir berbelas ribu seminggu !!!

Pendapatan sesebuah pusat hiburan pula, boleh mencecah hampir RM1.5 juta untuk 2 malam (Jumaat dan Sabtu) bagi pusat hiburan bertaraf Club yang menyediakan khidmat "lendir"sebagai sampingan.

Apakah ini menjadi sebab musabab kenapa pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Selangor ???

Apakah ini menjadi sebab musabab kenapa susah sangat Pakatan Haram nak hentikan Industri Lendir di Selangor ???

Sebagai rakyat Selangor... apakah kita masih mahu bersubahat sama ???

Bagi yang bukan Islam mungkin perkara ini sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan harian mereka.

Bagi yang Islam... mampukah kita nak terus bersubahat walaupun kita telah mengetahuinya ???

Alamatnya, makin menularlah gejala sosial di Selangor dan silap haribulan boleh mengatasi Kelantan dalam rekod HIV/AIDS !!!

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Saturday 15 September 2012

LEPAS UNISEL, KUIS PLAK?? PENDIDIKAN PERCUMA PADIA. PETUIHH!




Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan yang semakin tenat.

Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan UNISEL.

Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu.

Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan.

Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.

Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan percuma.

- fuckatan rakyat ni mcm x peduli je psl pendidikan..die nk sume bdak2 jd politician kot..tarik student gi demo sane-sini je..

Friday 7 September 2012

'Hotstuff' Kantoi Menipu!


Ada orang kantoi!


Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Hotstuff Menteri Besar Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?


Banjir di Serdang Bukti Kerajaan Pakatan Haram Selangor GAGAL!!


Pada 6 September 2012 (Selasa) rakyat Selangor telah digemparkan dengan sebuah kejadian banjir kilat yang besar melibatkan kawasan sekitar Kajang, Serdang dan Seri Kembangan. Menurut penduduk tempatan, ini bukan kali pertama kawasan-kawasan ini dilanda banjir kilat. Namun, kejadian 6 September 2012 merupakan yang paling teruk kerana air naik dengan begitu cepat dan mencecah kedalaman 1 meter. Para pelajar dan guru di dua buah sekolah di Taman Seri Serdang pula terperangkap dalam sekolah disebabkan kenaikan air dan terpaksa menunggu bantuan pasukan keselamatan.

Kasihan, kanak-kanak menjadi mangsa

Jika dilihat kembali, sejak Pakatan Haram memerintah Selangor pada 2008 sehingga kini, terlalu banyak kes banjir telah berlaku. Pada tahun ini sahaja, kes yang besar termasuklah di Hulu Langat dan Ampang (8 Mac 2012), Sepang (April 2012), Klang (30 Mac 2012), Batang Kali, Hulu Selangor (7 Mei 2012) dan yang terbaru pada 6 September 2012 seperti yang dinyatakan tadi. Semua melibatkan mangsa yang begitu ramai.


Gagal senggara longkang, kutip sampah punca banjir - Pian Hon

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan supaya tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kejadian banjir kilat terburuk yang melanda Serdang dan Kajang kelmarin.

Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, sebaliknya kerajaan negeri perlu mengakui kesilapan sendiri kerana gagal menguruskan sistem saliran dan pengutipan sampah di kawasan terbabit yang sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya bencana itu.

Menurutnya, kawasan itu tidak pernah mengalami banjir ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tetapi berlaku ketika pentadbiran sekarang yang baru empat tahun memerintah.

"Sebelum ini, kerajaan BN telah berusaha mengatasi masalah banjir kilat terutama melibatkan kawasan Seri Kembangan melalui peruntukan sebanyak RM14 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja menaik taraf Sungai Kuyoh.
[Sumber]


Menurut penduduk tempatan lagi, punca kejadian banjir di Serdang ni adalah masalah sampah yang tidak dikutip.

Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor sepatutnya bertanggungjawab terhadap bencana ini kerana ianya berpunca daripada kegagalan syarikat kroni miliknya menguruskan sampah yang begitu membimbangkan di Selangor.

Kalau dah sampah pun dikutip seminggu sekali, tidak mustahil jika ia akan menyumbatkan longkang-longkang yang ada di sekitar pekan Serdang dan mendatangkan mudarat kepada penduduk sekitar.

Khalid Ibrahim harus bertanggungjawab!!

[Sumber]


*Kerajaan Pakatan Haram gelojoh sangat nak kumpul kekayaan. Kebajikan rakyat tak dijaga. Haram jadah!!

Friday 31 August 2012

Sambutan Merdeka Kerajaan Selangor HAMBAR DAN TERCEMAR!!


Semalam kami sempat singgah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk tinjau sambutan kemerdekaan anjuran Kerajaan Selangor ni. Berikut merupakan beberapa hasil pemerhatian kami.


Sambutan tak memberangsangkan daripada rakyat Selangor. Crowd juga tak terkawal dan kurang memberi perhatian kepada majlis. Yang dewasa sibuk bersembang, yang kanak-kanak pula sibuk bermain dan bergelak-ketawa.

Padang tak penuh, crowd pun melilau-lilau.
Hambar.

Crowd tak hiraukan ucapan Menteri Besar Khalid Ibrahim mahupun Anuwar si Penasihat Ekonomi Negeri bergaji RM 1.00 yang dibanggakan tu.

Khalid terbatuk-batuk masa ni sampai kena minum air. Orang ramai buat hal masing-masing.

Anuwar yang tak bersemangat dan kelihatan bosan sepanjang majlis.


Majlis turut dicemari unsur politik dan kepartian oleh hadirin yang taksub. Juga ada segelintir individu yang menunjukkan mereka bangga menyokong semangat BERSIH yang ganas tu. Lari jauh dari semangat kemerdekaan yang sebenar. 

Sekadar peringatan bahawa BERSIH itu ganas.

Pakcik yang sebelah kiri pakai kopiah PAS. Yang lain baju kuning simbolik kepada BERSIH.
Yang duduk sebelah kiri tu pakai baju BERSIH.
Gambaran lebih jelas.
Pakcik ni pula dengan bangganya tunjuk semangat kepartian, bukan semangat kemerdekaan.

Lagi baju BERSIH.

Penasihat Undang-undang PKR Latheefa Koya buat apa kat sini?
EXCO Selangor Xavier Jayakumar pun pakai kuning. Simbolik kepada BERSIH?
Kumpulan baju kuning lain.

Ketika perarakan motorsikal berkuasa tinggi, ada yang membawa bendera PAS. Tapi kami tak sempat tangkap gambarnya.


Cerita lain, ada juga individu berkelakuan tak sopan sepanjang majlis.

Anggota Penguatkuasa Kerajaan Negeri berdiri atas peti amplifier untuk melihat perarakan perbarisan.

Mat rempit bermaharajela.

Anuwar pula tak angkat tangan ketika ikrar Rukun Negara dilaungkan. Yang ni pun tak sempat snap gambar. 


Tapi yang pelik dan membingungkan orang ramai, tiada countdown ambang Merdeka. Sebaliknya Khalid melaungkan 'Merdeka' dengan lemah sebanyak tujuh kali pada jam 11.30 malam dan disambut dengan pertunjukkan bunga api dengan iringan lagu 'Keranamu Malaysia' dan 'Tanggal 31'. Ketika itu kelihatan orang ramai terpinga-pinga kerana countdown yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai.


Dan menjelang akhir program, seperti biasa, sampah ditinggalkan begitu sahaja setelah crowd mula beredar.

Sampah.
Lagi sampah.


Akhir sekali, sebagai penutup untuk malam tu, terkejut sekejap kami apabila lagu 'Gangnam Style' yang melampau popular dan kurang senonoh tu dimainkan pada akhir majlis. Memang tak hormat semangat kemerdekaan.

Pening sikit tengok video ni. Tapi dah macam clubbing je suasananya.

Kawan kami sempat rakam EXCO Elizabeth Wong tergedik-gedik menari Gangnam. Kalau dah dapat nanti kami share


Apa sebenarnya motif Kerajaan Selangor ni buat sambutan macam hampeh ni. Majlis ala kadar dan tiada semangat kemerdekaan. Liberal. Anjur majlis semata-mata nak show off kat Kerajaan Pusat ke? Nangis Allahyarham Tun Abdul Rahman kalau arwah tau ni.


Tuesday 28 August 2012

Isu Air Selangor: Kerajaan Khalid Ibrahim Putar Belit Lagi!

Ini risalah yang diberikan pada kami oleh sorang brader tu.

*Note kat bawah tu: 'Penerbitan Sekretariat Penerangan Kerajaan Negeri Selangor'



Dan menurut brader tu, risalah-risalah ni disebarkan dalam masjid ketika solat Jumaat. 

Kan Sultan Selangor dah bertitah jangan berpolitik di masjid? Derhaka??

Dahlah putar belit fakta, guna masjid pulak untuk sebarkan dakyah dan melanggar titah Tuanku. Tak hormat Islam, tak hormat Sultan! 

Macamanalah negeri ni kalau kerajaan Khalid Ibrahim ni berjaya perintah nanti. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Merah Kuning.

Tuesday 24 July 2012

Simbol Kempen Selangor Shines - Bukti Pakatan Rakyat Diresapi Komunis


Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah dikeluarkan kepada setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan penggunaan logo Selangor Shines.

Logo itu diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 meluluskan penggunaan logo tersebut bagi sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2011.

Surat itu berikut:




Bahasa pun bukan bahasa kebangsaan tetapi Inggeris. Kemudian itu, perhati betul2 logo itu. Serupa tidak dengan berikut:


Ingat pesanan sini dan fikirkan mereka ini ...



Baca sepenuhnya di blog Gelombang Wangsa Maju sini

sumber:  http://theunspinners.blogspot.com

Thursday 19 July 2012

Tanah Bawah Air : Kerajaan Selangor PAKATAN HARAM Penipu!!??





Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah permukaan air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.

Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.

Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lama Talam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa  kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.

Rujukan boleh dilihat di:-  


Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.

Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku – kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.

Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.

Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?

Penulis tidak nampak mengapa tidak boleh.  Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelumnya, kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan, alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu – penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.

Itu menjadikan dalam tempoh dua minggu ini saja, Pakatan Rakyat ‘tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah’ sebanyak dua kali.

Kali pertama kerana ‘menjual’ nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air, kali kedua apabila semalam portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad (baca sini)– fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Rakyat dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya, memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Duduk ditempat paling di atas, sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008, boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari ‘kepintaran’ Khalid Ibrahim.

Dan itu baru satu, dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu, antaranya air.

Source : GPRS

Beli Aset Melebihi Harga Pasaran Semasa – Rakyat Selangor Mahu Penjelasan



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu menjelaskan isu pembelian aset Talam Corporation yang didakwa dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran semasa.
Menurut beliau, biarpun isu ini sudah dua kali diutarakan oleh BN Selangor, namun tiada sebarang penjelasan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperjelaskan perkara ini.
“Rakyat Selangor mahu tahu, mengapa kerajaan Selangor membuat transaksi pembelian yang berlebihan dari harga pasaran. Sebagai contoh, tanah UNISEL yang berkeluasan 400 hektar, dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dengan jumlah RM 181 juta, sedangkan penilaian yang telah dibuat harga semasanya hanyalah berjumlah RM 139 juta sahaja.
“Jadi lebihan belian yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah berjumlah RM42 juta. Persoalannya, ke manakah pergi 42 juta lebihan itu? Ini yang rakyat Selangor mahu tahu. Mengapa tanah tersebut dibeli lebih dari harga pasaran dan ke mana duit itu pergi?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan satu transaksi pembelian tanah di Danau Putra. Jelas beliau, tanah tersebut mempunyai empat plot dan tiga plot telah dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga sebanyak RM15 sekaki, manakala satu plot lagi telah dilelong oleh kerajaan.
“Harga plot tanah itu telah dilelong oleh bank itu hanya sebanyak RM5 sekaki mengikut harga pasaran semasa. Ini bermakna, ada lebihan pembelian sebanyak RM10 sekaki bagi tiga plot tanah yang telah dibeli oleh kerajaan Selangor. Dan inilah yang rakyat Selangor mahu tahu, mengapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh kerajaan, yang menggunakan wang rakyat dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa?,” ujarnya lagi.
Selain itu juga tambah beliau, UNISEL kini terhutang beratus juta berdasarkan laporan audit lengkap yang telah dilakukan terhadap institusi pengajian tersebut.
“Ini tidak pernah berlaku semasa Selangor dibawah pentadbiran BN. Di sini jelas, ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan UNISEL terpaksa menanggung hutang beratus juta. Ini juga merupakan salah satu isu yang sepatutnya diberi penjelasan oleh kerajaan kepada rakyat di negeri ini.
“Bahkan, Yayasan Selangor yang dulunya mempunyai skim pinjaman kepada anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, kini sudah menghentikan skim pinjaman tersebut sejak Selangor berada di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang.
“Jelas rakyat Selangor kehilangan banyak kemudahan selepas Pakatan Pembangkang memerintah. Perkara ini tidak patut berlaku dan ia tidak akan berlaku sekiranya Selangor masih di bawah pentadbiran BN,” akhiri beliau. -MediaUMNO
.........................................................................................................................................................................