Friday 19 July 2013

DAP BERJAYA JADIKAN PAS PARTI DAYUS

Dalam isu kalimah ALLAH, pujian harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji akan mempertahan serta melindungi Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan.

Pendirian tegas beliau bukanlah sekadar untuk meraih populariti atau menyedapkan hati umat Islam tetapi adalah komitmen berterusan bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Duta vatican City, Archbishop Joseph Marino telah mengundang kecaman dan kutukan keras dari pelbagai pertubuhan Islam dan Melayu di negara ini sejak kontroversi itu tercetus beberapa hari lalu.

Namun dalam kemarahan umat Islam yang diluahkan dalam setiap ruang media, satu perkara yang amat mengejutkan ialah sikap pihak pembangkang khususnya Pas yang terus membisu hingga ke hari ini.

Tidak sepatah bantahan pun telah dikeluarkan oleh Pas setakatnya untuk mengecam kenyataan ketua biskop itu.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sikap Pas amat dikesali malah seharusnya turut dikutuk seprrti juga komen Archibishop Marino.

Ini kerana Pas sepatutnya menjadi badan politik pertama di kalangan organisasi siasah pembangkang yang menyuarakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai campurtangan pihak asing dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak wakil Paus Francis I itu.

Tetapi Pas memilih untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh ketika Islam berdepan dengan ancaman pihak luar.

Parti itu nampaknya telah hilang semangat untuk mempertahankan Islam akibat persekongkolannya dengan Dap dan PKR.

Pas lebih rela melawan calon Islam daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut daripada menentang pihak Kristian untuk mempermainkan agama.

Sememangnya sikap pas itu telah mengesahkan tanggapan umat Islam bahawa parti itu telah menjual maruahnya kepada Dap.

Tidak salah kalau umat Islam melabel Pas sebagai keldai tunggangan Dap kerana itulah hakikatnya.

Pas telah hilang legitimasi untuk bercakap bagi pihak Islam kerana demi kepentingan politik, agama pun sanggup dikorbankan dan dibiarkan untuk diperlecehkan oleh orang kafir.

Sejak berada dalam pakatan pembangkang apakah sumbangan parti itu kepada pembangunan syiar Islam di negara itu.

Tidak kedengaran pendapat-pendapat bernas serta pandangan yang lahir daripada pemikiran tinggi pemimpin-pemimpin Pas.

Yang keluar dari mulut mereka hanya cacian, cercaan dan maki hamun terhadap saudara seagama yang berlainan ideologi politik.

Dalam PRU13, Dap menggunakan peluang untuk mendapat undi Melayu sehingga parti rasis itu muncul sebagai parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen berbannding Pas dan PKR.

Jika ini masih belum dapat membuka mata dan minda pemimpin Pas bahawa mereka telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti Cina perkauman itu, eloklah bubar sahaja Pas.

Ini kerana kewujudan Pas hanya memecah-belahkan umat Islam dan tidak menyumbang sedikit pun kepada pembangunan minda serta memperkukuhkan status agama di negara ini.

Semakin lama Pas berada bersama-sama Dap dan PKR, semakin parah perpaduan umat Islam yang dilihat semakin longgar.

Kekalahan Anwar Ibrahim untuk membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang sepatutnya menjadi pengajaran kepada pas untuk menilai semula kedudukan dan kepentingannya berdamping dengan dua sekutunya itu.

Sudah tiba masanya Pas membersihkan parti itu daripada anasir dan elemen Anwarinas yang menghalang parti itu untuk merealisasikan potensinya sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam.

Dalam kedudukan sekarang Pas hanya menjadi perkakas kepada Anwar untuk mempergunakan parti itu untuk kepentingannya.

Anwar telah menumpulkan ketajaman perjuangan Pas sehingga sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata untuk mengambil hati Dap.

Di mana maruah dan integriti Pas sehingga dap berjaya menjadikannya sebagai parti yang bacul dan dayus!
[Sumber]

No comments:

Post a Comment