Showing posts with label Aset. Show all posts
Showing posts with label Aset. Show all posts

Thursday 2 January 2014

Gaji Dah Naik Tp KPI X Capai Lagi Pon..

Tahun 2013 baru sahaja melabuh tirainya dan memberi laluan kepada tahun 2014. Macam-macam berlaku spjg tahun 2013 ni sehingga hari ke akhir tahun dgn himpunan RPDM31D di dataran merdeka pada mlm tahun baru yg dikatakan utk memprotes kpd Kerajaan BN ttg kenaikan harga barang2 dan menuntut janji-janji BN dlm manifestonya semasa PRU13 yg lepas.
Duk ckp psl janji-janji x dikota ni ade satu lg janji yg tak dikota tp oleh kerajaan negeri Selangor. Ingat lagi kes isu air negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor janji utk menyelesaikan isu penyatuan asset air Selangor dibawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) sblm hjg tahun 2013 tp ni da masuk 2014 tp x selesai lg pon..

  


 Ape kes? Gaji MB da naik, KPI x capai lg
 



Xde org nak gi berhimpun utk isu ni plak ke? 

Thursday 19 July 2012

Beli Aset Melebihi Harga Pasaran Semasa – Rakyat Selangor Mahu Penjelasan



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu menjelaskan isu pembelian aset Talam Corporation yang didakwa dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran semasa.
Menurut beliau, biarpun isu ini sudah dua kali diutarakan oleh BN Selangor, namun tiada sebarang penjelasan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperjelaskan perkara ini.
“Rakyat Selangor mahu tahu, mengapa kerajaan Selangor membuat transaksi pembelian yang berlebihan dari harga pasaran. Sebagai contoh, tanah UNISEL yang berkeluasan 400 hektar, dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dengan jumlah RM 181 juta, sedangkan penilaian yang telah dibuat harga semasanya hanyalah berjumlah RM 139 juta sahaja.
“Jadi lebihan belian yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah berjumlah RM42 juta. Persoalannya, ke manakah pergi 42 juta lebihan itu? Ini yang rakyat Selangor mahu tahu. Mengapa tanah tersebut dibeli lebih dari harga pasaran dan ke mana duit itu pergi?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan satu transaksi pembelian tanah di Danau Putra. Jelas beliau, tanah tersebut mempunyai empat plot dan tiga plot telah dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga sebanyak RM15 sekaki, manakala satu plot lagi telah dilelong oleh kerajaan.
“Harga plot tanah itu telah dilelong oleh bank itu hanya sebanyak RM5 sekaki mengikut harga pasaran semasa. Ini bermakna, ada lebihan pembelian sebanyak RM10 sekaki bagi tiga plot tanah yang telah dibeli oleh kerajaan Selangor. Dan inilah yang rakyat Selangor mahu tahu, mengapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh kerajaan, yang menggunakan wang rakyat dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa?,” ujarnya lagi.
Selain itu juga tambah beliau, UNISEL kini terhutang beratus juta berdasarkan laporan audit lengkap yang telah dilakukan terhadap institusi pengajian tersebut.
“Ini tidak pernah berlaku semasa Selangor dibawah pentadbiran BN. Di sini jelas, ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan UNISEL terpaksa menanggung hutang beratus juta. Ini juga merupakan salah satu isu yang sepatutnya diberi penjelasan oleh kerajaan kepada rakyat di negeri ini.
“Bahkan, Yayasan Selangor yang dulunya mempunyai skim pinjaman kepada anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, kini sudah menghentikan skim pinjaman tersebut sejak Selangor berada di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang.
“Jelas rakyat Selangor kehilangan banyak kemudahan selepas Pakatan Pembangkang memerintah. Perkara ini tidak patut berlaku dan ia tidak akan berlaku sekiranya Selangor masih di bawah pentadbiran BN,” akhiri beliau. -MediaUMNO
.........................................................................................................................................................................