Showing posts with label rakyatmerahkuning. Show all posts
Showing posts with label rakyatmerahkuning. Show all posts

Thursday 2 August 2012

Bantahan Tazkirah Berunsur Politik Di Masjid Dan Surau



Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

 Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

"Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah," tegasnya.


- Bernama

Wednesday 1 August 2012

RAFIZI RAMLI DITAHAN SEBAB TAK PUASA KE???


Melalui "Tweet" Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli difahamkan telah ditahan oleh pihak polis dan kini ditahan di Balai Polis Hulu Kelang. Beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pukul 10.00 pagi ini. Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh Bank Negara untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


Thursday 19 July 2012

Tanah Bawah Air : Kerajaan Selangor PAKATAN HARAM Penipu!!??





Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah permukaan air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.

Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.

Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lama Talam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa  kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.

Rujukan boleh dilihat di:-  


Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.

Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku – kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.

Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.

Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?

Penulis tidak nampak mengapa tidak boleh.  Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelumnya, kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan, alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu – penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.

Itu menjadikan dalam tempoh dua minggu ini saja, Pakatan Rakyat ‘tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah’ sebanyak dua kali.

Kali pertama kerana ‘menjual’ nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air, kali kedua apabila semalam portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad (baca sini)– fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Rakyat dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya, memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Duduk ditempat paling di atas, sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008, boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari ‘kepintaran’ Khalid Ibrahim.

Dan itu baru satu, dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu, antaranya air.

Source : GPRS