Showing posts with label Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Rakyat. Show all posts

Friday 10 January 2014

MB Selangor Tak Telus?? Rakyat bantah pembinaan gereja di Tanjung Karang

TANJUNG KARANG 9 Jan - Kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.


Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut.



"Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini.



"Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini.


Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Sumber











Monday 2 December 2013

Benarkah Kerajaan Selangor Guna Duit Kerajaan Persekutuan Untuk Bayar Gaji MB?

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sering mendabik dada bahawa mereka berjaya mengumpul rizab yang tinggi.

Oleh sebab itu, Kerajaan Selangor dianggap berjaya. Maka gaji MB dan kuncu-kuncunya perlu dinaikkan.

Tahukah anda bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri menggunakan dana Kerajaan persekutuan untuk meningkatkan rizab negeri?

Tak percaya? Ini buktinya.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disalurkan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang dan tidak semestinya perlu dihabiskan mengikut jangka masa tertentu.

"Kita boleh memasukkan lebihan peruntukkan ini ke dalam tabung penyelenggaraan jalan, ia boleh. Jika ia tak habis (digunakan) ia boleh dimasukkan dan boleh digunakan pada tahun hadapan.

"Atau boleh juga dimasukkan atau disimpan sebagai rizab negeri dan boleh juga digunakan pada masa hadapan. Jadi duit itu ada, tak hilang. Maknanya kegunaannya akan dipantau," jelasnya ketika sesi pertanyaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

MARRIS merupakan peruntukkan penyelenggaraan tahunan jalan raya bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di setiap negeri.

Sebelum ini, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (Pakatan) didakwa menyalahgunakan peruntukkan MARRIS berjumlah RM320 juta untuk dijadikan simpanan dan membayar gaji pekerja serta perkara lain yang tidak sepatutnya dibelanjakan.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcphnbg==

Jika anda ke Selangor, anda akan lihat begitu banyak jalan rosak.


Jika masih tidak percaya, Kerajaan Selangor pernah ditegur dalam Laporan Audit Negara tahun 2011 bahawa Kerajaan Negeri gagal membelanjakan peruntukkan MARRIS seperti mana yang ditetapkan.

Klik untuk besarkan imej


Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Selangor ms 32-33
Jadi sepatutnya Kerajaan Negeri membelanjakan pendapatan termasuk dana dari Kerajaan Pusat untuk tujuan pembangunan. Bukannya simpan dalam rizab. Bila rizab dah penuh, gunakan alasan tersebut untuk menaikkan gaji Menteri Besar.

*Punya bakhil. Dah ada peruntukkan pun tak nak dibelanjakan untuk kesenangan rakyat (jalan raya dibaiki). Haji Bakhil pun boleh kalah macam ni!

RMK : Skg dah nampak da yang rizab yg dikecoh-kecohkan masa sblm PRU13 dulu berbillion-billion tu tujuan utk isi poket sendiri je.. sampah-sampah xnak kutip, rumput taknak potong, jalan rosak xbaiki..puihhhhh

kredit : http://mymassa.blogspot.com/2013/11/benarkah-kerajaan-selangor-guna-duit.html

Monday 30 July 2012

31 Julai Hari Pahlawan


PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)

Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah dan penuh pengorbanan.



Inilah barisan pahlawan-pahlawan PDRM yang diberikan penganugerahan di atas khidmat bakti dan jasa yang telah ditaburkan kepada negara dan tanah air. - Sumber



Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.




SELAMAT HARI PAHLAWAN 2012!

Thursday 19 July 2012

Beli Aset Melebihi Harga Pasaran Semasa – Rakyat Selangor Mahu Penjelasan



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu menjelaskan isu pembelian aset Talam Corporation yang didakwa dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran semasa.
Menurut beliau, biarpun isu ini sudah dua kali diutarakan oleh BN Selangor, namun tiada sebarang penjelasan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperjelaskan perkara ini.
“Rakyat Selangor mahu tahu, mengapa kerajaan Selangor membuat transaksi pembelian yang berlebihan dari harga pasaran. Sebagai contoh, tanah UNISEL yang berkeluasan 400 hektar, dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dengan jumlah RM 181 juta, sedangkan penilaian yang telah dibuat harga semasanya hanyalah berjumlah RM 139 juta sahaja.
“Jadi lebihan belian yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah berjumlah RM42 juta. Persoalannya, ke manakah pergi 42 juta lebihan itu? Ini yang rakyat Selangor mahu tahu. Mengapa tanah tersebut dibeli lebih dari harga pasaran dan ke mana duit itu pergi?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan satu transaksi pembelian tanah di Danau Putra. Jelas beliau, tanah tersebut mempunyai empat plot dan tiga plot telah dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga sebanyak RM15 sekaki, manakala satu plot lagi telah dilelong oleh kerajaan.
“Harga plot tanah itu telah dilelong oleh bank itu hanya sebanyak RM5 sekaki mengikut harga pasaran semasa. Ini bermakna, ada lebihan pembelian sebanyak RM10 sekaki bagi tiga plot tanah yang telah dibeli oleh kerajaan Selangor. Dan inilah yang rakyat Selangor mahu tahu, mengapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh kerajaan, yang menggunakan wang rakyat dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa?,” ujarnya lagi.
Selain itu juga tambah beliau, UNISEL kini terhutang beratus juta berdasarkan laporan audit lengkap yang telah dilakukan terhadap institusi pengajian tersebut.
“Ini tidak pernah berlaku semasa Selangor dibawah pentadbiran BN. Di sini jelas, ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan UNISEL terpaksa menanggung hutang beratus juta. Ini juga merupakan salah satu isu yang sepatutnya diberi penjelasan oleh kerajaan kepada rakyat di negeri ini.
“Bahkan, Yayasan Selangor yang dulunya mempunyai skim pinjaman kepada anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, kini sudah menghentikan skim pinjaman tersebut sejak Selangor berada di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang.
“Jelas rakyat Selangor kehilangan banyak kemudahan selepas Pakatan Pembangkang memerintah. Perkara ini tidak patut berlaku dan ia tidak akan berlaku sekiranya Selangor masih di bawah pentadbiran BN,” akhiri beliau. -MediaUMNO
.........................................................................................................................................................................