Showing posts with label kerajaan selangor. Show all posts
Showing posts with label kerajaan selangor. Show all posts

Friday 14 February 2014

Majlis Perbandaran Kajang Beri Alasan Tiada Duit Urus Sampah

MPKj KATA TAKDE DUIT NAK URUS SAMPAH

TAKDE DUIT!

KAH KAH KAH KAH KAH

MASIHKAH ANDA INGAT BERITA INI


KAH KAH KAH KAH

MASIHKAH ANDA INGAT VIDEO INI



KAH KAH KAH!

TIBA TIBA DAH TAKDE DUIT?

MASUK POKET SENDIRI?
MASUK POKET KRONI?
MASUK TABUNG PARTI?
MASUK KE PRK KAJANG?

"MERAKYATKAN EKONOMI" LAH SANGAT

KAH KAH KAH!

Monday 20 January 2014

Isu Giat MARA Selayang - Hanya UMNO Yang Pertahan Hak Melayu!



LAWATAN PEMUDA UMNO KE GIATMARA SELAYANG

Pada 20 Januari 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Negeri Selangor telah melawat Giatmara Selayang untuk menyelami permasalahan di pusat latihan tersebut. 

Antara kenamaan yang hadir adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Biro Pendidikan Tinggi), Zainuri Zakaria (Ketua Pemuda Umno Selangor), Mohd Nazri Mohd Amin (Ketua Pemuda Umno Selayang), Dato Mohd Nasir Ibrahim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Selayang) dan Hasnal Rezua Merican (Naib Ketua Umno Bahagian Selayang / Peguam).





Zainuri Zakaria menyatakan pendirian Pemuda Umno Malaysia dan Selangor untuk mempertahankan Giatmara Selayang yang banyak membela pelajar (tercicir PMR dan SPM) agar dikekalkan di lokasi sedia ada.

Giatmara Selayang merupakan tempat pelajar menimba ilmu kemahiran secara percuma. Kerajaan Selangor tiada sebab untuk mengusir Giatmara Selayang kerana PR selalu melaungkan kebajikan rakyat dalam ceramah mereka.

Isu mengosongkan Giatmara menjelaskan pemimpin PR Selangor tidak sepakat dalam membuat keputusan kerana kenyataan yang dikeluarkan exco (arahan mengosongkan) dan MB (dikaji semula) bercanggah satu sama lain.

Beliau turut menyelar tindakan Zaidy Abd Talib (Adun Taman Templer) yang melawat Giatmara Selayang selepas isu meletus seumpama mahu 'menyucikan' isu dgn datang melawat hanya nak mengaburi mata masyarakat. Jika kerajaan Selangor ikhlas mahu membantu Giatmara, pusat latihan itu harus diberi kebenaran menduduki tanpa syarat.





Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyatakan isu ini perlu diberi perhatian kerana Mara sejak mutakhir ini menjadi sasaran kerajaan Selangor seperti isu UiTM Serendah. Giatmara yang wujud 20 tahun secara konsisten dan lokasi sekarang bersesuaian kerana pusat latihan sediakan asrama kepada pelatih (tumpuan kepada penduduk setempat).

Sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu ia dipindahkan apa tawaran kerajaan negeri berikan (tapak) kerana surat mengatakan ia perlu dikosongkan tanpa ganti rugi. Percanggahan kenyataan antara exco dan MB yang jelas kepincangan pentadbiran pentadbiran Selangor.

Kenyataan MB memberi pengiktirafan dgn mengatakan perlu penambahbaikan prasarana sedangkan exco yang datang bukan sahaja tidak menyebut perkara tersebut malah serah surat mengosongkan pula yang diserahkan.




Hasnal Rezua Merican pula menyatakan Umno akan mengkaji daripada sudut perundangan dan fakta untuk mempertahankan Giatmara Selayang.

Giatmara ini ditubuhkan atas kebenaran oleh kerajaan Selangor secara percuma (bukan TOL atau sewaan). Surat yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (arahan mengosongkan) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab yang mendakwa menduduki tanpa kebenaran sedangkan ada kontrak yang sah.

Beliau berpendirian bahawa Giatmara menduduki tanah tersebut secara sah berdasarkan 'common law'.





RMK: Nah, sudah terbukti jelas dan terang. Selepas UiTM dan PKNS, kini GiatMARA pula diserang pentadbiran PR Selangor. Apakah ada agenda tersembunyi yang terang-terangan menyerang satu persatu aset Melayu Bumiputera di negeri Selangor? Apa dah jadi dengan PAS dan PKR? Masih buta atau sengaja membutakan diri? Mana pergi janji-janji pilihanraya kononnya hak Melayu Bumiputera akan sentiasa dijaga?

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Thursday 16 January 2014

Semua GiatMara di Selangor ditutup?




TANJUNG MALIM 15 Jan. - Semua pusat latihan GiatMara di Selangor dipercayai akan mengalami nasib yang sama seperti GiatMara Selayang Baru dan GiatMara Sabak Bernam yang diarah tutup oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada akhir tahun ini.

Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri terbabit untuk menutup semua pusat latihan di bawah kelolaan Mara itu menjelang akhir tahun ini.

"Kami dapat tahu bukan hanya pusat latihan GiatMara seperti dilaporkan media akan ditutup, bakal ada tempat lain dan berkemungkinan di seluruh negeri Selangor.

"Kami kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Mereka tidak sewajarnya menganggu GiatMara memandangkan pusat latihan itu merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar miskin," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Kepemimpinan Siswa Institusi Pendidikan Mara (IPMa) kali ke-2 di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Kanan Pendidikan Tinggi Mara, Datuk Abdul Rahim Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-tech Mara, Profesor Dr. Azali Mohamed.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Selangor didakwa bertindak mengarahkan pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada Pengurus pusat latihan di bawah Mara itu yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.

Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan tersebut untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Nazir yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan.

"Isu ini tidak wajar dipolitikkan kerana ia membabitkan pendidikan dan tindakan kerajaan negeri adalah melampau. Sebelum ini Mara mungkin boleh bertolak-ansur dalam isu-isu yang sensitif, tetapi jika membabitkan pelajar Mara, saya tidak rasa kami perlu bertolak ansur," jelas beliau.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, selain pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru, Selangor yang diarahkan tutup, dua lagi pusat latihan GiatMara yang turut menerima notis sama.

Katanya, salah satu pusat latihan itu adalah di Sabak Bernam dan sebuah lagi pusat latihan GiatMara akan didedahkan kemudian.

Sehubungan itu, kata beliau, pentadbiran GiatMara akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan langkah yang harus diambil bagi mempertahankan pusat-pusat latihan berkenaan di Selangor.

Laporan Asal: Utusan Malaysia 


Saturday 11 January 2014

Majlis Agama Islam Selangor Tolak SOP Kerajaan Negeri!

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menolak pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri berhubung proses penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab sebagai badan penguat kuasa hal ehwal agama mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan atau pemeriksaan tanpa perlu merujuk kepada ahli exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Mais ingin menegaskan bahawa Jais tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ini akan mengganggu proses penyiasatan yang hendak dilakukan.

“Bagaimanapun tindakan pihak Jais ini dilakukan setelah pihak Mais mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan Mais agar Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor,” katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai pengenalan SOP baharu yang berkuat kuasa pada Rabu agar Jais perlu merujuk kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebelum membuat serbuan pasa masa akan datang.

SOP baharu itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.

Pada 2 Januari lalu, Jais merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan yang dilakukan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad Adzib menegaskan, tindakan Jais melakukan pemeriksaan ke atas PBM bukan kerana cetakan bible dalam Bahasa Melayu seperti yang diperdebatkan oleh banyak pihak.

“Mais menegaskan bahawa tindakan Jais adalah atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988.

“Malangnya tindakan ini digambarkan seolah-olah JAIS melakukan pemeriksaan adalah semata-mata kerana cetakan bible berkenaan dibuat dalam versi Bahasa Melayu.

“Tindakan pihak- pihak berkenaan amat dikesali kerana mereka telah membuat kenyataan tanpa menyemak fakta yang sebenar. Ini menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan pihak Jais,” katanya. - mstar

Saturday 6 April 2013

Panas! VIDEO GONCANG YANG MEMALUKAN KHALID IBRAHIM TERSEBAR!



MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun mendapatkan perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 4 April 2013.

Apakah Khalid berpeluang untuk mempertahankan kerusi MB Selangor untuk penggal yang berikutnya?

Kini telah mula tersebar video goncang yang amat memalukan Khalid Ibrahim.

Malu berganda untuk Khalid, video tersebut ditaja oleh sebuah syarikat yang Kerajaan Negeri Selangor sendiri punya pegangan 30% saham di dalamnya.




RMK: Kerajaan Selangor dalang penipuan terbesar terhadap rakyat negeri ini.

Friday 5 April 2013

Rasuah Rakyat?: Kerajaan Selangor Jilat Ludah Sendiri!

Puak-puak pakatan ni memang double standard!



Bila PM Najib bagi BR1M, mereka kata itu rasuah kepada rakyat untuk pancing undi. Tapi bila Khalid Ibrahim pula bagi RM300 untuk kakitangan kerajaan negeri, dia kata 'penghargaan'.

Lawak pulak RMK dengar.


Oi Khalid, tunaikan dulu janji-janji kau nak buat itu ini kat Selangor ni.


Oh, lupa.


Thursday 4 April 2013

[Video] Eksklusif! Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor @Khalid_Ibrahim Seleweng Kuasa dan Wang Parti!


PUTRAJAYA, 4 April  - Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.
“Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.
“Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.
Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.
“Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa,” katanya. - Umno-online

\
Penyelewengan demi penyelewengan telah terbongkar oleh pihak dari dalam parti PKR sendiri. Kali ini melibatkan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang dikatakan telah menyalahguna kuasa dan wang dari dalam cabang PKR Kuala Selangor. Ahli PKR yang berjuang berhabis-habisan demi parti sangat kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang menghina dan menidakkan perjuangan mereka.


Kredit: Lensa Kini

RMK: Alahai Khalid. Dah tau nak kalah ke dalam PRU13 ni? Sebelum kalah songlap duit dulu, tak gitu? Kih kih kih..

RM 3 Juta Geran Selangorku Dikeluarkan untuk Projek yang Tidak Dilaksanakan #PRU13 #GE13


Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan.
Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
klang_gate_02Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa.
Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti.
Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri.
Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00.
Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan.
Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan.
Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.
IMG_1162
IMG_1160
IMG_1161

Wednesday 3 April 2013

Parlimen Bubar Baru Kerajaan Selangor Nak Tunai Janji? Tak Cukup Pulak Tu! @DrSitiMariah #ManifestoBukanJanji



Apabila Parlimen dibubarkan hari ini, ramai pula ADUN-ADUN Pakatan Haram Selangor yang cuba mengiklankan bahawa mereka telah sedaya upaya untuk menunaikan "manifesto bukan janji" Kerajaan Selangor. Salah seorang daripadanya adalah Dr Siti Mariah. Setelah 5 tahun memerintah, baru teringat "manifesto bukan janji" iaitu memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah. 

Kenapa di dalam baucer di bawah nilainya hanya RM35? Bukankah manifesto kata amaunnya adalah RM50 sebulan bagi seorang pelajar pra sekolah? Berapa orang pelajar tadika di seluruh Selangor yang mendapat baucer sebegini? Kenapakah selepas 5 tahun memerintah, baru hari ini baru teringat hendak memberikan baucer? Adakah ini sekadar melepaskan batuk di tangga?


[Sumber]



RMK: Kerajaan Selangor dah cuak la tu haha.


Monday 18 March 2013

Woii Kerajaan Selangor, KENAPA BINA RUMAH GUNA POLISTERIN??



Penduduk Kampung Bunga Raya di Subang mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor yang menaikkan harga rumah kos rendah mereka serta mendakwa bahan yang digunakan tidak berkualiti.
Lebih 100 penduduk kampung itu bersama badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) berhimpun untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kerajaan negeri gabungan PKR-DAP-PAS dalam meluluskan projek berkenaan di sini Ahad.
Presiden Nadi Rakyat M.Barath berkata penduduk kampung itu sebelum ini ditawar RM35,000 seunit untuk membeli rumah kos rendah semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri.

Projek itu bagaimanapun terbengkalai dan diambil alih syarikat pemaju baharu pada 2010, dan rumah kos murah berkenaan ditawar semula kepada pembeli pada harga antara RM42,000 dan RM62,000 seunit, katanya kepada pemberita di tapak projek rumah kos murah tersebut di Jalan Pluto U5/139 Seksyen U5.
Beliau mendakwa penduduk mendapat maklumat polistrin diguna sebagai bahan binaan, termasuk dinding rumah pangsapuri yang dibina atas tanah kerajaan itu, dan ini menimbulkan rasa curiga penduduk berkaitan kualiti rumah tersebut.
Barath berkata penduduk amat bimbang berkaitan keselamatan projek perumahan itu dan mahu kerajaan negeri Selangor memberhentikannya serta-merta.
Sementara itu, Setiausaha Nadi Rakyat P.Balan berkata pihaknya menghantar satu memorandum berkaitan perkara berkenaan kepada kerajaan negeri pada 10 Mei tahun lepas, dan sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.
Beliau berkata pihaknya akan membawa kes itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan penyelesaian.
Seorang penduduk R.Pathmanathan, 46, berkata beliau tinggal di kampung itu sejak 19 tahun lepas dan amat kecewa dengan layanan kerajaan negeri dalam menangani masalah perumahan mereka sehingga terpaksa meminta bantuan NGO untuk menyelesaikannya. -Bernama

Kredit: Talk With Hand

Saturday 16 February 2013

WAJIB BACA: Krisis Air Di Selangor - Tuduhan & Jawapan

*klik untuk imej lebih besar.















Segala tuduhan sudah dijawab. Hah apa lagi yang kerajaan Pakatan Selangor nak tuduh? Tak usah lagi nak alih isu dan menyeksa rakyat, kami rakyat Selangor sudah muak dengan alasan basi kamu!





Thursday 13 December 2012

KHALID IBRAHIM SENTAP DAP AKUI PAKATAN RAKYAT GAGAL TADBIR SELANGOR




Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yang dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bayi-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak? 

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.



*RMK: Well said. Rakyat Selangor, buka mata anda dan buat keputusan bijak dalam PRU13 nanti.

Wednesday 21 November 2012

KANTOI!! KERAJAAN SELANGOR PUTAR BELIT MAKLUMAT UNTUK KABURI MATA RAKYAT!






SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor didakwa memberi maklumat palsu dan mengelirukan mengenai stastistik rumah kos rendah yang telah dibina sepanjang pemerintahan Pakatan Haram di Selangor.

Pembongkaran oleh Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi pada sidang media semalam, jelas membuktikan terdapat manupulasi angka dalam statistik yang dibekalkan oleh kerajaan Selangor ketika jawapan bertulis di sidang DUN dan iklan yang dikeluarkan pada 30 Oktober dalam akhbar Sinar Harian.

Budiman turut mempersoalkan, statistik mana yang harus diterima pakai? Di manakah lokasi sebenar perumahan ini? Apakah justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menentukan jumlah rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakah pemaju yang membina rumah tersebut?

Ternyata angka-angka yang dikeluarkan kerajaan Selangor hanya untuk mengaburi mata rakyat dan kononnya mereka selama ini berusaha menyediakan rumah mampu milik kepada  anak muda di Selangor.

Berikut adalah jadual perbandingan statistik:





*RMK: Jadi yang mana satu statistik betul? Kau pusing sana sini supaya kau nampak bagus? Supaya kau nampak macam penyelamat rakyat? Putar belit fakta memang kerja Pakatan Haram.

Tuesday 16 October 2012

KETUA AUDIT NEGARA AJAR KERAJAAN SELANGOR CARA URUS TAWAS!!


Berikut merupakan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan TAWAS.



1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebanyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.


Dr Mohamad Khir Toyo
15 Oktober 2012



Laporan Audit: Skim TAWAS gagal daftar 80% kelahiran baru

hare on facebookShare on twitterShare on emailShare on print

pada 15-10-2012 08:10 



Post Pic
SHAH ALAM: Skim TAWAS yang diperkenal oleh kerajaan negeri Selangor, sejak tahun 2008 gagal mendaftar lebih 80 peratus daripada kelahiran baru di negeri itu yang dijanjikan skim simpanan RM1,500.

Laporan terbaru Ketua Audit Negara mendedahkan TAWAS hanya berjaya mendaftar 60,972 daripada 313,706 kelahiran anak Selangor di antara tahun 2008 hingga 2011.

“Ini menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah kelahiran yang dicatatkan tidak layak, tidak memohon atau tidak mengetahui mengenai TAWAS" menurut laporan itu.

“Liputan faedah program ini tidak menyeluruh iaitu hanya 19.4% anak kelahiran selangor telah diluluskan menjadi ahli TAWAS," menurut laporan itu yang diedarkan hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambri Buang berkata kerajaan Selangor membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Beliau juga menegur kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana gagal melaksanakan aktiviti pelaburan bagi pembiayaan pengurusan skim TAWAS yang dirancang sebelum ini.

Menurut laporan itu sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS juga lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) adalah tidak lengkap. - AntaraPos


*Apa sebenarnya motif TAWAS / YAWAS diwujudkan? Adakah benar ingin menjamin masa depan anak kelahiran Selangor, atau ada agenda tersembunyi? Kos penyelenggaraan selama 3 tahun sebanyak RM 4.5 juta untuk menguruskan pelaburan sebanyak RM 1.18 juta. Mengapa jumlah yang begitu besar? Siapa yang dapat untung? Dan banyak kelemahan yang dikesan Jabatan Audit dalam skim ini seperti yang dapat dilaporkan dalam LKAN. Kerajaan Selangor, mohon penjelasan.