Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Friday 5 April 2013

Terharu! PAS AMAT BERSUNGGUH-SUNGGUH PERJUANGKAN PENDIDIKAN PERCUMA!

Suatu hari di Puncak Alam, Kuala Selangor, sedang RMK berjalan-jalan, terjumpa satu benda menarik.


Oh, dah mula kempen rupanya PAS kawasan ni. Gigih ya perjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat. Memang terbaik.



Tapi...



Tiba-tiba RMK tergerak hati untuk membandingkan...

Yuran Tadika PASTI (PAS):

Pendaftaran (RM30) + Yuran Tahunan (RM70) + Yuran Bulanan (RM120) = RM220


Yuran Tabika KEMAS (Kerajaan Barisan Nasional):
 MENGIKUT KEMAMPUAN IBU BAPA



Inilah negara berkebajikan versi PAS. Letak yuran tadika tinggi, kemudian sibuk perjuangkan pendidikan percuma.

Monday 1 April 2013

FAKTA-FAKTA YANG MENJATUHKAN AIR MUKA RAFIZI RAMLI (PART II)




Selepas menyumbang tangan dalam membantu rakan admin yang lain dalam menjawab video pertama dan kedua Rafizi dalam ruang lingkup harga minyak dan turunkan harga kereta, maka dengan ini, saya rasa sudah terpanggil untuk mencoret sedikit catatan saya mengenai isu pendidikan percuma yang diadaptasikan dalam video. 

Pertama, saya ingin mengulas mengenai kenyataan Rafizi bahawa IPT di negara kita ini dengan dakwaan bahawa pendidikan tinggi di negara kita diswastakan… diswastakan… benarkah kenyataan ini wahai abang Rafizi? You… eh saya bukan anwar, kamu tahu tak yang subsidi yang disalurkan oleh kerajaan dalam pendidikan tinggi awam di Malaysia mencecah 95 peratus? 

Terus, di mana dakwaan Rafizi mengatakan bahawa pendidikan tinggi untuk mengkayakan kroni? 400, 000 orang penuntut di IPTA itu siapa? Siapakah yang dibantu oleh kerajaan BN? Kronikah? Hebat… jadi ternyata kroni yang selama ini diperkatakan oleh abam Rafizi merupakan rakyat. Dengar sini semua, kroni kerajaan BN ialah rakyat!!! 

Seterusnya Rafizi bercakap bahawa golongan muda terus terbeban dengan hutang? Saya mahu bertanya, apakah kerajaan sendiri yang mewajibkan pelajarnya meminjam? Kalau tahu terbeban dengan hutang, bukankah konsep PTPTN sekarang ini seperti biasiswa? Di mana anda harus score 3.5 ke atas manakala segala yang anda pelajari itu ialah percuma. Ya, anda mahukan sesuatu yang percuma, namun tiada wang. Boleh… bayar “percuma” itu melalui PEMBELAJARAN. 

Seterusnya, Rafizi mengatakan IPT ini untuk golongan kaya? Eh…. Sekejap. IPTA dan Poli yang diwujudkan oleh kerajaan kebanyakannya daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan miskin? Terutama UiTM yang ditubuhkan untuk membantu orang Melayu dan bumiputera. Persepsi apakah ini yang cuba ditaburkan?

Kemasukan universiti melalui kewangan bukan akedemik? Wah… hebatnya Malaysia. Tahukah anda bahawa antara syarat-syarat untuk memasuki universiti di Malaysia sangat ketat? Saya ambil contoh kerana kenyataan Rafizi ini sangat umum dan bersifat persepsi. 

Untuk mengambil jurusan undang2 di UiTM, program asasi telah disediakan manakala mereka yang mengambil program asasi ini hanyalah pelajar cemerlang dan tidaklah pelajar yang kaya raya. Selalunya terdiri daripada pelajar straight A. Terus, kerana kecemerlangan yang diperlukan, kerajaan telah membantu mereka lagi kerana merit yang diterima oleh mereka. Antaranya ialah:

Elaun Wang Saku (RM1250.00 /semester)
Yuran Pengajian (RM360.00 /semester)
Yuran Kolej (RM350.00 /semester)
Tiket Kapal Terbang (Pelajar Sabah/Sarawak) Sekali Sepanjang Pengajian (Pergi/Balik)

Bagaimana Rafizi boleh mengatakan bahawa kemasukan universiti di Malaysia ini hanyalah berdasarkan kewangan? Memang kaki putar betul budak PONDAN ni!!!

Seterusnya, saya sudah meneliti segala formula yang digariskan oleh RAFIZI yang digunakan oleh Rafizi. Saya tidak nampak di mana nama “PENDIDIKAN PERCUMA” yang diperkatakan oleh Rafizi kalau IPTS masih ada dan tabungan pinjaman disediakan. 

Anda bising jumlah hutang PTPTN yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, tetapi cadangan anda selepas penghapusan PTPTN ialah mewujudkan tabung pinjaman pula untuk mereka yang ke IPTS. Seolah-olah seperti anda membawa seseorang keluar dari mulut buaya, dengan menunjukkan jalan ke arah mulut harimau… mungkin dalam bab ini hanya putar belit si PONDAN hebat sahaja.

Hey abam Rafizi, meh dengar sini. Anda bercakap mengenai KOS 6 Billion yang akan ditanggung oleh kerajaan, dan penyokong anda bertepuk tangan teruja. Sekejap… walaupun saya masih khuatir bagaimana anda mendapat angka 6Billion itu kerana langsung tidak disediakan, maka saya bersangka baik untuk mengatakan bahawa jumlah itu benar. TETAPI…

Rafizi hanya bercakap mengenai KOS PENGHAPUSAN… bukannya KOS PENGURUSAN. Ya, mungkin kos penghapusan setiap tahun hanya 6BILLION, tetapi tidak KOS PENGURUSAN.

Kenapa Rafizi tidak bercakap kos MEMBAYAR PENSYARAH, KOS MAINTENANCE, KOS MEMBAYAR KERUGIAN APABILA SETIAP PELAJAR MASUK PERCUMA, KOS BIL AIR DAN ELETRIK, KOS PROMOSI, KOS MENYERTAI KARNIVAL, dan pelbagai KOS PENGURUSAN yang lain yang saya jangka boleh mencecah PULUHAN BILLION. 

Dan kena ingat… jumlah ini akan bertambah apabila MASA BERTAMBAH. Ini sering dengan FAKTOR POPULASI MANUSIA BERTAMBAH, HARGA ELETRIK DAN AIR MENINGKAT, KENAIKAN HARGA MINYAK dan sebagainya… KENAPA RAFIZI DIAM MENGENAINYA? KENAPA!!!??? 

Seterusnya RAFIZI membangkitkan kenapa KERAJAAN mampu membayar untuk kos seperti MRT yang berjumlah puluhan BILLION sedangkan untuk kos PENDIDIKAN PERCUMA tidak mampu? Dengar sini, kos untuk permintaan MRT hanya statik untuk waktu pembinaan itu, dan apabila MRT sudah siap, segala kos pembinaan itu akan DIJANA KEMBALI MELALUI PENGIKLANAN DI SETIAP STESEN MRT, DI SETIAP TREN (DALAM ATAU LUAR) juga RAFIZI lupa bahawa KOS PEMBINAAN MRT akan DIJANA MELALUI PEMBAYARAN TIKET OLEH RAKYAT! Maka, KERAJAAN rela mengambil risiko membina MRT kerana pulangan keuntungan KEPADA NEGARA BERLIPAT KALI GANDA!

Ini ialah ASAS DALAM EKONOMI DAN PERNIAGAAN. Rafizi TAK NAMPAK KE? Ohh, saya lupa guru anda ialah PAKAR EKONOMI YANG CUMA BERLULUSAN SASTERA aje… hehehe… 



RMK: Rafizi Ramli ni dah dilatih oleh Anwar Ibrahim untuk jadi spinner agaknya. Tu yang dok putar alam tak habih-habih! Nak tunjuk hero tapi kantoi sentiasa.


Saturday 15 September 2012

LEPAS UNISEL, KUIS PLAK?? PENDIDIKAN PERCUMA PADIA. PETUIHH!




Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan yang semakin tenat.

Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan UNISEL.

Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu.

Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan.

Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.

Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan percuma.

- fuckatan rakyat ni mcm x peduli je psl pendidikan..die nk sume bdak2 jd politician kot..tarik student gi demo sane-sini je..