Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan
laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti
Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran
berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan
operasi asrama pelajar.
Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang
hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.
Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga
menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus
tadbir kerajaan PKR Selangor.
Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh
gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa
bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan
yang semakin tenat.
Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan
kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang
mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan
UNISEL.
Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga
jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu.
Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman
telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu
pendidikan.
Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak
pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku
keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.
Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti
UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk
menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan
percuma.
- fuckatan rakyat ni mcm x peduli je psl pendidikan..die nk sume bdak2 jd politician kot..tarik student gi demo sane-sini je..