Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Monday 20 January 2014

Isu Giat MARA Selayang - Hanya UMNO Yang Pertahan Hak Melayu!



LAWATAN PEMUDA UMNO KE GIATMARA SELAYANG

Pada 20 Januari 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Negeri Selangor telah melawat Giatmara Selayang untuk menyelami permasalahan di pusat latihan tersebut. 

Antara kenamaan yang hadir adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Biro Pendidikan Tinggi), Zainuri Zakaria (Ketua Pemuda Umno Selangor), Mohd Nazri Mohd Amin (Ketua Pemuda Umno Selayang), Dato Mohd Nasir Ibrahim (Timbalan Ketua Umno Bahagian Selayang) dan Hasnal Rezua Merican (Naib Ketua Umno Bahagian Selayang / Peguam).





Zainuri Zakaria menyatakan pendirian Pemuda Umno Malaysia dan Selangor untuk mempertahankan Giatmara Selayang yang banyak membela pelajar (tercicir PMR dan SPM) agar dikekalkan di lokasi sedia ada.

Giatmara Selayang merupakan tempat pelajar menimba ilmu kemahiran secara percuma. Kerajaan Selangor tiada sebab untuk mengusir Giatmara Selayang kerana PR selalu melaungkan kebajikan rakyat dalam ceramah mereka.

Isu mengosongkan Giatmara menjelaskan pemimpin PR Selangor tidak sepakat dalam membuat keputusan kerana kenyataan yang dikeluarkan exco (arahan mengosongkan) dan MB (dikaji semula) bercanggah satu sama lain.

Beliau turut menyelar tindakan Zaidy Abd Talib (Adun Taman Templer) yang melawat Giatmara Selayang selepas isu meletus seumpama mahu 'menyucikan' isu dgn datang melawat hanya nak mengaburi mata masyarakat. Jika kerajaan Selangor ikhlas mahu membantu Giatmara, pusat latihan itu harus diberi kebenaran menduduki tanpa syarat.





Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyatakan isu ini perlu diberi perhatian kerana Mara sejak mutakhir ini menjadi sasaran kerajaan Selangor seperti isu UiTM Serendah. Giatmara yang wujud 20 tahun secara konsisten dan lokasi sekarang bersesuaian kerana pusat latihan sediakan asrama kepada pelatih (tumpuan kepada penduduk setempat).

Sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu ia dipindahkan apa tawaran kerajaan negeri berikan (tapak) kerana surat mengatakan ia perlu dikosongkan tanpa ganti rugi. Percanggahan kenyataan antara exco dan MB yang jelas kepincangan pentadbiran pentadbiran Selangor.

Kenyataan MB memberi pengiktirafan dgn mengatakan perlu penambahbaikan prasarana sedangkan exco yang datang bukan sahaja tidak menyebut perkara tersebut malah serah surat mengosongkan pula yang diserahkan.




Hasnal Rezua Merican pula menyatakan Umno akan mengkaji daripada sudut perundangan dan fakta untuk mempertahankan Giatmara Selayang.

Giatmara ini ditubuhkan atas kebenaran oleh kerajaan Selangor secara percuma (bukan TOL atau sewaan). Surat yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (arahan mengosongkan) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab yang mendakwa menduduki tanpa kebenaran sedangkan ada kontrak yang sah.

Beliau berpendirian bahawa Giatmara menduduki tanah tersebut secara sah berdasarkan 'common law'.





RMK: Nah, sudah terbukti jelas dan terang. Selepas UiTM dan PKNS, kini GiatMARA pula diserang pentadbiran PR Selangor. Apakah ada agenda tersembunyi yang terang-terangan menyerang satu persatu aset Melayu Bumiputera di negeri Selangor? Apa dah jadi dengan PAS dan PKR? Masih buta atau sengaja membutakan diri? Mana pergi janji-janji pilihanraya kononnya hak Melayu Bumiputera akan sentiasa dijaga?

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Friday 17 January 2014

Swasta ambil alih tapak GiatMara - Khalid Ibrahim


SHAH ALAM 15 Jan. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor merancang untuk menyerahkan tapak pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru kepada syarikat swasta.

Menurut beliau, penyerahan tanah kepada syarikat swasta merupakan salah satu daripada dua pilihan oleh kerajaan negeri di sebalik arahan kepada pihak pengurusan pusat di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan untuk mengosongkan premis itu sehingga akhir tahun ini.

Katanya, satu lagi pilihan adalah membenarkan GiatMara di Taman Selayang Baru terus beroperasi di tapak sama dengan syarat pengurusan pusat latihan tersebut memperbaiki kemudahan serta operasi mereka.

"Kalau GiatMara perbaiki operasinya dan menggunakan tanah tersebut dengan baik, mereka boleh teruskan. Kalau tidak boleh, mereka boleh beralih ke tempat lain supaya kerajaan negeri dapat memperbaikinya semula.

"Pada masa sama, ada syarikat lain yang mahu menjadikan pusat latihan itu (tapak GiatMara Taman Selayang Baru) mampu menyediakan kemahiran yang lebih tinggi kepada anak-anak muda dengan kemahiran lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus Pusat GiatMara di Taman Selayang Baru untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran.
Kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Tambah Abdul Khalid, syarikat swasta terbabit inginkan lokasi tersebut untuk dijadikan pusat latihan memperbaiki peralatan berkaitan industri penerbangan.

Mengulas lanjut mengenai arahan berkenaan, beliau memberitahu, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau serta membuat laporan mengenai tanah-tanah milik kerajaan negeri.
Beliau menambah, dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang, kerajaan negeri perlu menyediakan maklumat akaun yang disatukan mengenai bentuk penerimaan dan bayaran daripada harta-harta yang dimiliki mengikut sistem perakaunan negara.

"Kita lihat GiatMara ini dibina di atas tanah lapang milik kerajaan negeri. Mulanya dibina sebagai dewan orang ramai dan akhirnya dijadikan bengkel pusat latihan.

"Sebab itu pentadbir tanah (Pengawai Daerah Gombak) diminta untuk melihat bangunan (GiatMara) tersebut. Jika didapati tidak selaras dengan kehendak kerajaan negeri, kita minta pihak pengurusan pusat itu mengosongkan tapak berkenaan tetapi notis kita beri dalam tempoh satu tahun (untuk mengosongkan tapak).

"Kalau dia (pengurusan GiatMara Taman Selayang Baru) tidak mahu terus berada di tapak tersebut, mereka boleh mengosongkannya tapi kalau nak duduk di situ, kerajaan negeri akan ambil alih dan perbaiki," ujarnya.


Laporan Asal: Utusan Malaysia 


Thursday 9 January 2014

MB Selangor Luluskan Projek Pembinaan Gereja Di Kawasan Majoriti Islam??


Apa nak jadi di Selangor ni? Belum habis lagi isu penyalahgunaan kalimah Allah di Selangor, kini timbul satu lagi isu baru iaitu projek pembinaan gereja di Tanjong Karang.

FYI.. Tanjong Karang yang merupakan sebuah mukim dan pekan penanaman padi yang terletak di utara negeri Selangor dalam daerah Kuala Selangor. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri Kedah. Taburan penduduk di Tanjung Karang (mengikut data oleh Jabatan Perangkaan Negara, 2010) adalah seperti berikut:

Mukim
Melayu & Bumi
Cina
India
Lain²
Jumlah
Tanjung Karang
26,642
2,888
709
30
30,269
(data oleh Jabatan Perangkaan Negara, 2010)

Dari statistik ini kita boleh lihat lebih 88% (26,642 orang melayu) daripada penduduk Tanjung Karang adalah orang beragama Islam. Persoalannya sekarang macam mana projek ini boleh diluluskan? Siapa yg meluluskannya? ni kawasan yang majoriti besarnya adalah orang Islam kot..Berapa ramai je penganut agama Kristian di pekan Tanjung Karang? Tak buat study dulu ke tempat ni wajar dibuat gereja ke tak?

Apakah tindakan MB Selangor? Orang2 PAS x nasihatkan MB ke? Ada 4 orang pemimpin PAS Exco Selangor kan? Sallehin Mukhyi Exco Hal Ehwal Islam xkomen ape2? Semua dah kenyang so tutup mulut je ke? Kalo ni pon jawab ‘tak tahu’ jugak baik turun je la dari wakil rakyat...

Dalam zaman ketelusan yang diwar-warkan sangat skg ni, MB Selangor dah ambil kira sensitiviti penduduk setempat ke atau blasah je? Dgr2 org2 Tanjung Karang sendiri mengeluh dgn projek ni. Yer la, kawasan ni majoriti orang Islam kan. Mesti MB tak amik port pendapat orang2 Tanjung Karang. Kalo tak mesti x diluluskan pnye la. Mane ketelusan kerajaan negeri?

Haihh..kang kalo siap betul-betul gereja ni nanti jangan terkejut la kalo tibe2 Bible Bahasa Melayu tersebar luas kat pekan Tanjung Karang.