Ketika Pakatan Rakyat menang besar
tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan
negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat
kepada rakyat.
Pada peringkat awal, pembangkang
mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada
prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi
langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.
Kononnya pentadbiran di bawah Barisan
Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan
kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.
Maka Pakatan Rakyat Selangor
mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka
jauh lebih baik daripada BN.
Semasa kempen PRU ke-12
bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di
peti undi.
Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan
Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.
Setelah hampir lima tahun masa
berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di
bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di
lupakan.
Daripada berpuluh-puluh janji dalam
manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima
peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5
hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.
Contohnya skim air percuma sebanyak
20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter
individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya
mampu mengigit jari kempunan.
Begitu juga dengan janji perumahan
rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.
Malah apa ang berlaku ialah penjualan
secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah
yang dipegenag bagi pihak rakyat.
Bangunan-bangunan milik PKNS mahu
dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah
berpindah milik.
Syarikat milik penuh kerajaan negeri
juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah lebih menyedihkan Universiti
Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan
Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset
yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.
Mungkin setelah melihat kepincangan
dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker
Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan
Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada
pentadbiran negeri.
Sehingga kini kata Teng, Pakatan
Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yang
dahulunya dijanjikan.
Memang awalnya gendang dipalu dengan
hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan
Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah
Pakatan Rakyat.
Sasaran pertama Selcat ialah membawa
Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas
dakwaan penyelewengan dana.
Tindakan itu lebih bersifat politik
untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa
kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih
tanpa sebarang fungsi yang berkesan.
Segala penyelewengan yang dilakukan
oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di
tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua
Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.
Teng juga mengatakan jika wujud
indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan
kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan
gagal.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh
seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia
menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.
Realitinya pembangkang hanya berminat
untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh
mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.
Setelah mendapat mandat rakyat
selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi
tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga
dan kroni masing-masing.
Kakitangan anak syarikat kerajaan
negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji
minima RM1,500 sebulan.
Pakatan Rakyat juga menjanjikan
setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah
dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?
Begitu juga dengan ibu mengandung,
adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang
dijanjikan?
Sekiranya mampu bercakap, bayi-bayi
yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada
mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak
Selangor (Tawas)?
Di mana janji bantuan elaun RM75
sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan
kanak-kanak?
Di mana janji bantuan RM50 seorang
kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?
Apakah untung nasib golongan emas dan
ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri
Pakatan Rakyat?
Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu
antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana
cukai pintu telah dinaikkan.
Rakyat Selangor mempunyai seribu satu
persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN
bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen
dahulu.
PRU 13 kini menjelang tiba dan masih
belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.
No comments:
Post a Comment