Showing posts with label JAIS. Show all posts
Showing posts with label JAIS. Show all posts

Saturday 11 January 2014

Majlis Agama Islam Selangor Tolak SOP Kerajaan Negeri!

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menolak pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri berhubung proses penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab sebagai badan penguat kuasa hal ehwal agama mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan atau pemeriksaan tanpa perlu merujuk kepada ahli exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Mais ingin menegaskan bahawa Jais tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ini akan mengganggu proses penyiasatan yang hendak dilakukan.

“Bagaimanapun tindakan pihak Jais ini dilakukan setelah pihak Mais mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan Mais agar Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor,” katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai pengenalan SOP baharu yang berkuat kuasa pada Rabu agar Jais perlu merujuk kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebelum membuat serbuan pasa masa akan datang.

SOP baharu itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.

Pada 2 Januari lalu, Jais merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan yang dilakukan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad Adzib menegaskan, tindakan Jais melakukan pemeriksaan ke atas PBM bukan kerana cetakan bible dalam Bahasa Melayu seperti yang diperdebatkan oleh banyak pihak.

“Mais menegaskan bahawa tindakan Jais adalah atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988.

“Malangnya tindakan ini digambarkan seolah-olah JAIS melakukan pemeriksaan adalah semata-mata kerana cetakan bible berkenaan dibuat dalam versi Bahasa Melayu.

“Tindakan pihak- pihak berkenaan amat dikesali kerana mereka telah membuat kenyataan tanpa menyemak fakta yang sebenar. Ini menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan pihak Jais,” katanya. - mstar

Friday 10 January 2014

Lebih 200 ahli NGO berkumpul depan JAIS nyatakan sokongan

SHAH ALAM: Lebih 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NG0) Islam berkumpul di depan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berhampiran Masjid Negeri di sini, hari ini. 

Perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu adalah bagi menyatakan sokongan terhadap usaha JAIS bagi menegakkan syiar Islam di negeri berkenaan. 

Wednesday 8 January 2014

Rampas Injil Tidak Akan Berlaku Jika Pihak Kristian Ikut Undang-undang



Dalam memperkatakan mengenai tindakan JAIS merampas Injil berbahasa Melayu dan Iban di premis Bible Society of Malaysia baru-baru ini, kita wajar merujuk kepada Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada Orang Islam di Selangor. Untuk pengetahuan, enakmen tersebut yang menyatakan bahawa bukan Islam adalah dilarang menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk ‘Allah’, ‘Nabi’, ‘Injil’ dan InsyaAllah’, tidak pernah dimansuhkan.

Selain itu, kita juga wajar merujuk keputusan kes The Herald sebelum ini yang mana turut menghalang penggunaan nama Allah di dalamnya dan bahawa penggunaan nama Allah dalam aktiviti dan risalah keagamaan Kristian hanya dibolehkan di Sabah dan Sarawak.

Enakmen dan keputusan kes The Herald adalah selaras dengan amalan harian masyarakat Malaysia sejak azali lagi. Penganut Kristian tidak pernah mengalami masalah dengan amalan dan undang-undang ini dan umat Islam juga tidak ada masalah dengan penganut Kristian.

Bagaimanapun, pada hari ini beberapa pemimpin Kristian telah dengan sengaja ingin mengubah amalan tersebut sekali gus mencetuskan masalah dan ketegangan. Pemimpin agama Kristian akhir-akhir ini dilihat sengaja mencabar undang-undang di mana melalui BSM, mereka berdegil menggunakan kalimah Allah di dalam 320 Injil berbahasa Melayu dan Iban yang bakal diedarkan. Tindakan mereka pastinya menyentak kesabaran pihak berkuasa serta menimbulkan kemarahan umat Islam.

Lebih dari itu ia turut menimbulkan kehairanan di kalangan penganut Kristian sendiri yang rata-ratanya tidak pernah, tidak ingin dan tidak nampak apa-apa keperluan pun untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka. Peliknya, mereka juga enggan bersuara mempersoalkan tindakan pemimpin agama mereka.

Pemimpin Kristian ini mendapat pembelaan NGO yang memperjuangkan liberalisasi iaitu keterbukaan dan kebebasan tanpa had - meliputi agama dan perlakuan seks. NGO ini yang diwakili oleh Marina Mahathir yang juga mewakili Majlis Perundingan Perpaduan Negara telah bertindak menyertai penganut Kristian di gereja Our Lady of Lourdes, Klang bagi menyatakan sokongannya terhadap BSM dan juga kecamannya terhadap JAIS.

Marina menyatakan bahawa tindakan tegas JAIS ke atas pihak Kristian yang melanggar undang-undang adalah tidak adil atau bersifat membuli. Marina bagaimanapun langsung tidak membangkitkan soal kenapa perlunya Kristian merujuk kepada Tuhan mereka sebagai ‘Allah’ akhir-akhir ini.

Pendek kata, bagi Marina, Kristian punya hak untuk menggelar Tuhan mereka dengan apa jua nama termasuk nama Allah, biarpun sifat Tuhan agama Kristian langsung tidak menepati Allah yang Esa dan JAIS atau umat Islam tidak punya hak untuk mempersoalkannya.

Marina mahu agar rakyat melihat JAIS sebagai zalim dan kerajaan sebagai berat sebelah kepada Islam biarpun yang mula-mula mencabar Islam dan undang-undang adalah pihak Kristian.

Kita tertanya-tanya, inikah yang dipanggil ‘keadilan’ dalam kamus liberalisasi Marina, iaitu apa-apa yang bertentangan dengan Islam pastinya zalim, kejam, kolot dan salah? Sedarkah Marina bahawa penganut Kristian sendiri merasa pelik melihat gelagat Marina dan pemimpin Kristian yang gemar mencari masalah dengan umat Islam?

Marina terlalu angkuh dan tidak mampu membayangkan dirinya dari kaca mata orang. Di dalam dunia Marina yang sempit, beliau menyangkakan bahawa lebih seratus orang yang menyatakan sokongan kepadanya itu sebagai mewakili suara majoriti rakyat. Sedangkan, realitinya amatlah jauh dari yang disangkanya.

Pada hari ini, Marina memperlihatkan hipokrasi dirinya dan penentangannya terhadap Islam dengan jelas. Marina hidup di kalangan kelompok kecil kumpulan liberal yang berkiblatkan Barat. Marina mempunyai mentaliti dijajah yang kronik. Baginya, adat dan agama yang berkaitan bangsanya sendiri iaitu Melayu dan Islam adalah buruk dan memalukan.

Dari segi psikologi, Marina adalah contoh manusia yang mempunyai ‘inferiority complex’ yang rumit. Beliau angkuh dalam rasa rendah dirinya. Beliau memusuhi diri sendiri sebagai Melayu yang dilahirkan dalam keluarga beragama Islam. Oleh itu, Marina akan menyokong apa saja yang bertentangan dengan Melayu dan Islam. Sesiapa yang menunjukkan cara pemikiran yang berbeza darinya akan ditempelak sebagai kolot dan hanya dirinya sajalah yang bijak.

Jika ini tidak benar, maka Marina tentu dapat melihat dengan jelas bahawa isu JAIS merampas Injil dari Bible Society of Malaysia (BSM) tidak akan berlaku sekiranya BSM akur pada undang-undang dan hormat pada umat Islam. Malangnya, Marina tidak dapat melihat apa-apa lagi kerana telah dibutakan oleh keangkuhan dan kebodohan sendiri.

Friday 3 January 2014

Syaitan GHOST RIDER Kelihatan Di Selangor!!PANASS


Pada 27 Dis lepas, Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence  Andrew menerusi satu portal berita tempatan berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Lantaran dengan itu UMNO Bahagian K.Langat dgn kerjasama NGO-NGO K.Langat tlh mengadakan satu perarakan membantah penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja tersebut selepas solat jumaat hari ini di medan letak kereta MDK.Langat. Mereka kemudian telah berarak ke IPD K.Langat utk membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence  Andrew membabitkan isu kalimah ALLAH tersebut dan mendesak supaya Andrew untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam.








Semoga Paderi Andrew ni sedar kesalahan die, memohon maaf dan  tarik balik kenyataan die.. jangan cabar umat Islam.


Thursday 2 August 2012

Bantahan Tazkirah Berunsur Politik Di Masjid Dan Surau



Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.
Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

 Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

"Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah," tegasnya.


- Bernama