Monday, 30 July 2012

31 Julai Hari Pahlawan


PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)

Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah dan penuh pengorbanan.



Inilah barisan pahlawan-pahlawan PDRM yang diberikan penganugerahan di atas khidmat bakti dan jasa yang telah ditaburkan kepada negara dan tanah air. - Sumber



Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.




SELAMAT HARI PAHLAWAN 2012!

Fakta Penting Krisis Air Lembah Klang


  • Sejak 1 Januari 2005, operasi perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur (Lembah Kelang), dan Putrajaya diuruskan oleh syarikat konsesi membabitkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium Abbas Sendirian Berhad, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sendirian Berhad, dan Puncak Niaga Sendirian Berhad.
  • National Water Resources Study (NWRS) dan SYABAS menyatakan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Lembah Kelang pada 2013 kerana simpanan air untuk kegunaan penduduk Lembah Kelang semakin kritikal ekoran permintaan penggunaan yang semakin meningkat.
  • Catatan penggunaan meter air domestik di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bagi tempoh Januari 2009 hingga Ogos 2009 ialah sebanyak 216 liter per kapita sehari.
  • Sebagai perbandingan, rakyat Singapura yang sangat sensitif dengan penggunaan air menggunakan155 liter sehari, manakala Thailand 90 liter sehari, Afrika 50 liter sehari, dan India 100 liter sehari.
  • Setakat ini, kapasiti penghasilan air terawat di Selangor berjumlah 4326 juta liter sehari. Menjelang 2012, peningkatan permintaan bekalan air terawat di Lembah Kelang diunjurkan meningkat kepada 4625 juta liter sehari. Hal ini bermakna, terdapat peningkatan permintaan sebanyak 6.9 peratus atau bersamaan 299 juta liter sehari.
  • Kerajaan Persekutuan di bawah pelan penstrukturan industri air di Selangor mahu berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor untuk menhadapi krisis air di Lembah Kelang.
  • Projek bekalan air mentah ini hanya berjalan lancar jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan mengikut perancangan.
  • Kerajaan Negeri Selangor melengah-lengah rundingan penstrukturan ini kerana berpendapat bahawa amaran krisis air di Lembah Kelang hanyalah propaganda Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa sebenarnya bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019 kerana masih terdapat pelbagai sumber air yang lain seperti air bawah tanah dan air tadahan hujan.

Yang kat atas ni sumber dari Dewan Masyarakat.

Tengok poin yang akhir:
"Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa sebenarnya bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019 kerana masih terdapat pelbagai sumber air yang lain seperti bawah tanah dan air tadahan hujan."



Kerajaan Negeri Selangor kata bekalan air cukup sampai 2019, jadi.... 












Baca lagi di sini.
So siapa yang menipu sekarang? Tepuk dada, tanya selera.

Tuesday, 24 July 2012

Simbol Kempen Selangor Shines - Bukti Pakatan Rakyat Diresapi Komunis


Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah dikeluarkan kepada setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan penggunaan logo Selangor Shines.

Logo itu diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 meluluskan penggunaan logo tersebut bagi sempena Kempen Tahun Melawat Selangor 2011.

Surat itu berikut:




Bahasa pun bukan bahasa kebangsaan tetapi Inggeris. Kemudian itu, perhati betul2 logo itu. Serupa tidak dengan berikut:


Ingat pesanan sini dan fikirkan mereka ini ...



Baca sepenuhnya di blog Gelombang Wangsa Maju sini

sumber:  http://theunspinners.blogspot.com

Monday, 23 July 2012

PAKATAN PUTAR ALAM MAIN WAYANG LAGI.. PENYERAHAN MEMORANDUM AMK SELANGOR KEPADA SYABAS




4 helai mukasurat Memorandum AMK Kepada SYABAS

Pada hari ini, 23 Julai 2012, lebih kurang jam 12 tengahari, pihak Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor telah berbondong-bondong membanjiri perkarangan Wisma Rozali bagi memyerahkan Memorandum kepada Tan Sri Rozali Bin Ismail (Pengerusi Eksekutif SYABAS) bagi membantah cadangan SYABAS untuk program catuan air dan menggesa agar SYABAS membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih  (step in) di dalam operasi dan pengurusan air SYABAS di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Antara perkara yang terkandung di dalam Memorandum itu ialah :

1. Bantahan cadangan catuan air oleh SYABAS
2. Desakan menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Negeri Selangor
3. Perkhidmatan SYABAS yang tidak memuaskan.
4. Kedudukan kewangan SYABAS membimbangkan.
5. Kerajaan Negeri Selangor lebih cekap mengendalikan operasi air terawat.
6. Berhenti mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor
7. Menolak Projek Langat 2
** Nak hantar Memorandum bagai.. Mengada lebih lah AMK!! 

Tak per.. SYABAS, hang x perlu catu air.. Nanti MB ngan EXCO dia buleh amek air mentah tu buat    kegunaan harian bila bekalan air terawat dah abeh.. Biar Ronie Liew buktikan dulu, badan dia elok
mandi air lombong.. Putar alam x abeh!! Orang cerita air terawat, dia sibuk cerita bekalan air..
Hairan ekk... Sibuk kata SYABAS gagal itu.. Gagal ini.. Padahal, siapa yang mengarahkan supaya SYABAS menghentikan kerja-kerja penggantian paip yang dikatakan sudah lama dan berkarat tuh? Bukankah Kerajaan Negeri Selangor ker yang mendesak SYABAS melalui SPAN supaya menghentikan Projek CAPEX SYABAS pada Julai 2008?? Semata-mata sebab beli bekalan paip dari Indonesia?? Hang saja carik pasal supaya SYABAS tak buleh buat kerja dia kan??..

SYABAS dah hantar 48 pucuk surat, nak maklumkan kat  hang (Kerajaan Negeri) yang air terawat  dah kritikal.. dah nak abeh.. Pasai apa hangpa sengap ja??.. Laa nie, nak salahkan SYABAS plak?? 
Jangan main wayang laaa...  

Kalau nak cerita satu hari pun tak abis pasal Pakatan Putar Alam nie..  Yang penting, apa2 pun perkara tak elok yang jadi kat Selangor nie..  semua salah orang lain.. Bukan salah depa walaupun depa yang duk tadbir kerajaan Selangor pada hari ini..

Sekian, terima kasih!

KRISIS AIR SELANGOR.. ALAHAI KHALID..


Alahai Khalid.. Khalid.. Isu sampah pun x abis lagi, nie ada hati nak uruskan air pulak.. Dah la tak paham isu.. Orang cerita pasal bekalan air bersih, ko plak cerita pasal sumber bekalan air.. Kata tokoh korporat yang punya segala ilmu mentadbir??.. Sifir mudah pun tak bole nak paham, ape citer??

Dorang nie tak belajar dari pengalaman ker?.. Bukan Kedah dulu pernah ada krisis air cam nie ker?.. Sebab nak tunjuk pandai sangat.. buat keja sambil lewa.. last2, semua kilang kat Kulim Hi-Tech Park tu bermasalah nak teruskan operasi sebab kekurangan bekalan air bersih.. Khabarnya para pelabur pun tutup kilang.. 

So, sekarang Selangor pun bakal jadi cam tu kot kalau kerajaan negeri still berkeras nak pertahankan ego politik dia, tak nak terima cadangan penyelesaian daripada kerajaan pusat.. Dulu belagak, tolak usul kerajaan pusat pasal Loji Rawatan Sungai Langat 2.. Ha, sekarang ape dah jadi.. Salahkan SYABAS pulak dah.. Dia yang kelam kabut, tenggelam timbul.. salah semua pas kat orang lain.. Dia tak salah.. Huhu.. Dasar Putar Alam kan.. harussss lahhh..

Pakcik Khalid.. Isu skarang bukan bekalan sumber air mentah lah pakcik.. tapi sumber bekalan air terawat yang kami semua nak guna untuk teruskan kelangsungan hidup.. Ape yang pakcik fikir dalam kepala pakcik tu??.. Lambat lagi nak pegi Putrajaya tu.. Uruskan keperluan kami, rakyat Selangor ni dulu.. Ada hati nak pindah 'istana Putrajaya'.. Rumah sendiri pun x siap, ada hati nak urus umah orang.. 
Sumber Gambar :http://diaridrsepet.blogspot.com

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH


HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


sumber : http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php

Thursday, 19 July 2012

Tanah Bawah Air : Kerajaan Selangor PAKATAN HARAM Penipu!!??





Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah permukaan air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.

Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.

Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lama Talam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa  kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.

Rujukan boleh dilihat di:-  


Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.

Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku – kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.

Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.

Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?

Penulis tidak nampak mengapa tidak boleh.  Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelumnya, kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan, alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu – penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.

Itu menjadikan dalam tempoh dua minggu ini saja, Pakatan Rakyat ‘tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah’ sebanyak dua kali.

Kali pertama kerana ‘menjual’ nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air, kali kedua apabila semalam portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad (baca sini)– fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Rakyat dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya, memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Duduk ditempat paling di atas, sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008, boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari ‘kepintaran’ Khalid Ibrahim.

Dan itu baru satu, dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu, antaranya air.

Source : GPRS

Beli Aset Melebihi Harga Pasaran Semasa – Rakyat Selangor Mahu Penjelasan



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini menyelar sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mahu menjelaskan isu pembelian aset Talam Corporation yang didakwa dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran semasa.
Menurut beliau, biarpun isu ini sudah dua kali diutarakan oleh BN Selangor, namun tiada sebarang penjelasan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperjelaskan perkara ini.
“Rakyat Selangor mahu tahu, mengapa kerajaan Selangor membuat transaksi pembelian yang berlebihan dari harga pasaran. Sebagai contoh, tanah UNISEL yang berkeluasan 400 hektar, dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dengan jumlah RM 181 juta, sedangkan penilaian yang telah dibuat harga semasanya hanyalah berjumlah RM 139 juta sahaja.
“Jadi lebihan belian yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah berjumlah RM42 juta. Persoalannya, ke manakah pergi 42 juta lebihan itu? Ini yang rakyat Selangor mahu tahu. Mengapa tanah tersebut dibeli lebih dari harga pasaran dan ke mana duit itu pergi?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Begitu juga dengan satu transaksi pembelian tanah di Danau Putra. Jelas beliau, tanah tersebut mempunyai empat plot dan tiga plot telah dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga sebanyak RM15 sekaki, manakala satu plot lagi telah dilelong oleh kerajaan.
“Harga plot tanah itu telah dilelong oleh bank itu hanya sebanyak RM5 sekaki mengikut harga pasaran semasa. Ini bermakna, ada lebihan pembelian sebanyak RM10 sekaki bagi tiga plot tanah yang telah dibeli oleh kerajaan Selangor. Dan inilah yang rakyat Selangor mahu tahu, mengapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh kerajaan, yang menggunakan wang rakyat dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran semasa?,” ujarnya lagi.
Selain itu juga tambah beliau, UNISEL kini terhutang beratus juta berdasarkan laporan audit lengkap yang telah dilakukan terhadap institusi pengajian tersebut.
“Ini tidak pernah berlaku semasa Selangor dibawah pentadbiran BN. Di sini jelas, ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan UNISEL terpaksa menanggung hutang beratus juta. Ini juga merupakan salah satu isu yang sepatutnya diberi penjelasan oleh kerajaan kepada rakyat di negeri ini.
“Bahkan, Yayasan Selangor yang dulunya mempunyai skim pinjaman kepada anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, kini sudah menghentikan skim pinjaman tersebut sejak Selangor berada di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang.
“Jelas rakyat Selangor kehilangan banyak kemudahan selepas Pakatan Pembangkang memerintah. Perkara ini tidak patut berlaku dan ia tidak akan berlaku sekiranya Selangor masih di bawah pentadbiran BN,” akhiri beliau. -MediaUMNO
.........................................................................................................................................................................


Wednesday, 18 July 2012

HATYAI SELANGOR??? PAS BUAT APE??



Muka Depan Akhbar Kosmo, 18 Julai 2012 : Hatyai Selangor Digempur???..

20 pelacur warga asing ditahan di Puchong ketika melayan pelanggan. Mereka dikatakan menawarkan khidmat urut badan ke badan dan mandi buih ditahan dalam satu serbuan besar-besaran di Puchong.
Bacaan lanjut, klik sini

Alahaiii.. Negara berkebajikan macamana yang Pakatan Putar Alam duk canang-canangkan nieh?! Takkan Negara Berkebajikan sosial dan seks plak?! Hari tu kes promosi arak sempena Ramadhan.. PAS diam jer macam dah x der mulut.. Awattt??? Macam dah kena jahit mulut tu.. Nie kes pelacur plak.. Takkan wakil-wakil rakyat PAS nie tak tau kot??.. Bukan semua PBT duduk bawah pentadbiran kerajaan negeri ker?.. Ker "buat-buat" tak tahu??..  Dulu ada la jugak Hassan Ali duk bising-bising.. Dia "banyak cakap sangat", hangpa 'buang' dia.. Laa nie, perjuangan Islam tang mana hang duk buat nie??? Mai habaq sket!

Tolong la wahai Pakatan Putar Alam.. Kalau bab mengutuk, mengata kerajaan sedia, hang bukan main terer.. tapi hang pun sama ja pun.. Bukan hebat mana pun.. Kalau kerajaan tu semua salah.. Polis salah.. SPRM salah.. SPR salah.. Raja ngan Sultan pun salah!! Hang betui sangat ka?? Nie dah duk tangkap pelacur nie sat lagi hang PUTAR ALAM la cakap Polis ngan Kastam yang bawak masuk.. Hakkkk tuihhh.. Jemu la ngan bohong-bohong hangpa nie.. Kami pun ada otak.. Buleh pikiaq sendiri.. Simpan laa angan-angan duk nak pi Putrajaya tu.. Hangpa semua x ke mana pun.. Lagi melingkup ada laa.. Muak lah! 


Monday, 16 July 2012

Kisah Sebenar: Detik Sebelum Kejadian Amuk Di Putrajaya




KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu,  menggemparkan   negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk dengan menggunakan pedang samurai. Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut. Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami.
Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri. Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya. Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook. Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.
Baca lagi,  klik sini

SUMBER :  http://www.xlupa.com



Thursday, 12 July 2012

Welcome Rozaimi to RED GIANTS!!



SELAMAT DATANG ROZAIMI KE RED GIANTS! SEMOGA DAPAT BANTU RED GIANTS JULANG PIALA MALAYSIA SEASON NI!! 

alang-alang pstu main utk selangor fc terus hehe

Tuesday, 10 July 2012

DSAI hentam DAP dan PAS??????!!!




Salinan Talking Point Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah di dalam Sidang Medianya Semalam


Satu sidang media telah diadakan di PJU semalam (9 Julai 2012) oleh Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah berkenaan pendedahan satu salinan video.. Salinan video itu didakwa dirakam secara rakaman amatur menggunakan telefon bimbit.. Di dalam rakaman itu, DSAI didakwa telah mengutuk DAP dan PAS dalam satu mesyuarat PKR sebelum PRU-12.. Zamil juga mendakwa akan mendedahkan rakaman video berkenaan sedikit masa lagi..

Di dalam sidang media tersebut, Zamil telah mendedahkan perangai buruk Azmin, Saifudin, dan Mahfuz selain mendesak Dato' Murad memperjelaskan isu seludup sejumlah besar wang ke luar negara pada sekitar tahun 90-an serta mendedahkan siapa yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.. Beliau turut mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan yang beliau telah menerima wang sogokan daripada UMNO untuk memujuk MP PKR keluar parti.. Beliau juga bersedia untuk bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaaan tersebut.

Jadi, mari kita tunggu, ape sebenarnya yang dikutuk oleh Ketua Pakatan Putar Alam ini terhadap ahli pakatannya yang nampak bukan main baik lagi sekarang.. Maklumlah.. bersama-sama nak 'menuju ke Putrajaya'.. Nanti jangan ade yang melompat pulak bile dah dengar ape si Anwar tu kutuk ye.. hehehe.. paham-paham jer lah.. putar alam kann.. depan cakap lain.. belakang pulak cakap lain..