Showing posts with label azmin. Show all posts
Showing posts with label azmin. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

Lori Hantu:Majlis Perbandaran Selayang Tidur Ke? @AzminAli @MPSelayang



Perkara ini bukan perkara baharu kerana admin memang anak jati Gombak yang bermastautin di kawasan lori-lori ini keluar masuk. Puas kami adukan pada ADUN dan juga Ahli Parlimen kami yang sentiasa sibuk, YB Azmin Ali tapi tiada jawapan konkrit langsung. PBT lagilah diam membisu, mulut masing-masing macam kena kunci (dengan duit ke?). Puas juga kami tampal bunting dan kain rentang untuk bagi amaran pada PBT sekitar tahun 2011 supaya berhentikan kegiatan lori ini namun dah nak masuk 2016 masalah yang sam masih lagi berlaku. 

Mula-mula ingatkan lori-lori ni digunakan untuk kawasan pembinaan apartment berdekatan, tapi takkan sampai sekarang tak habis-habis keluar masuk? Apartment tu pun dah siap tersergam, tapi lambakan lori ini masih lagi kelihatan. Kami syak ada kena mengena dengan aktiviti angkut mengangkut pasir secara haram di kawasan berdekatan. 

Sudahlah bawa muatan batu dan pasir, habis jalan raya sentiasa berlubang dan rosak akibat dari lambakan lori ini. Bukan itu sahaja, kebanyakan lori yang keluar masuk dipandu laju sehingga membahayakan penduduk sekeliling terutamanya kanak-kanak yang menaiki basikal di waktu petang.

Kami paham Ahli Parlimen sibuk sebagai Menteri Besar, tapi dia sudah lupa ke ini merupakan kubu kuat beliau? Sebab undian dari sinilah beliau dapat jadi Ahli Parlimen sampai berpenggal-penggal. Takkan dah jadi MB lupa nak berkhidmat pada rakyat anda? Apa undian kami ni dah tak penting ke untuk beliau? Ziarah sini pun masa hari pilihanraya umum, habis mengundi batang hidung pun tak nampak!

Saturday, 8 February 2014

SENGKETA AZMIN-KHALID YANG DISEMBUNYIKAN SEMAKIN PARAH, TUNGGU MASA MELETOP


SEMAKIN FENIN
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya.



Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa, tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan.



"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan.



"Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.



Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.



Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.



Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.



Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.



Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.



Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.



Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.

Kredit- MyMassa

Tuesday, 10 July 2012

DSAI hentam DAP dan PAS??????!!!




Salinan Talking Point Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah di dalam Sidang Medianya Semalam


Satu sidang media telah diadakan di PJU semalam (9 Julai 2012) oleh Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah berkenaan pendedahan satu salinan video.. Salinan video itu didakwa dirakam secara rakaman amatur menggunakan telefon bimbit.. Di dalam rakaman itu, DSAI didakwa telah mengutuk DAP dan PAS dalam satu mesyuarat PKR sebelum PRU-12.. Zamil juga mendakwa akan mendedahkan rakaman video berkenaan sedikit masa lagi..

Di dalam sidang media tersebut, Zamil telah mendedahkan perangai buruk Azmin, Saifudin, dan Mahfuz selain mendesak Dato' Murad memperjelaskan isu seludup sejumlah besar wang ke luar negara pada sekitar tahun 90-an serta mendedahkan siapa yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.. Beliau turut mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan yang beliau telah menerima wang sogokan daripada UMNO untuk memujuk MP PKR keluar parti.. Beliau juga bersedia untuk bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaaan tersebut.

Jadi, mari kita tunggu, ape sebenarnya yang dikutuk oleh Ketua Pakatan Putar Alam ini terhadap ahli pakatannya yang nampak bukan main baik lagi sekarang.. Maklumlah.. bersama-sama nak 'menuju ke Putrajaya'.. Nanti jangan ade yang melompat pulak bile dah dengar ape si Anwar tu kutuk ye.. hehehe.. paham-paham jer lah.. putar alam kann.. depan cakap lain.. belakang pulak cakap lain..

Thursday, 21 June 2012

PKR : Makin lama makin kalut, makin melalut, serabut.. dan KUSUT!


Sinar Harian Edisi Khamis, 21 Jun 2012.. Muka depan.. Tajuk besar lagi.. Hahahaha... "RIBUT PEJABAT MB".. Hallo, PKR.. ape kes??

Semua gara-gara Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor, Khalid Gagap yang dikatakan telah mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR yang  bersetuju melantik si Tanggang Moden, Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya PKR selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.

Sekonyong-konyong nya, terpampang pulak kenyataan si Azmin Ali ni yang menafikan bahawasanya dia adalah merupakan dalang terhadap kempen tersebut.. Alahaii.. Kesian betul la aku tengok orang yang desprado giler kuasa nie.. Tak habis dengan putar alam.. berdolak-dalik.. sekarang dia bermuka-muka pulak.. Dasar musuh dalam selimut betul.. Kalau bukan kau, siapa pulak yang nak jadi dalang??.. Bukan si Faekah tu buat kenyataan pasal kau ker?

Rupanya banyak betul watak dan pelakon dalam PKR nie.. Tak payah susah-susah nak pegi audition.. Berlakon kat dalam parti jer pun dah cukup.. Maner tau, kalau kena gaya, bole dapat 'habuan yang besar' kan?.. Hahahaha.. Kesian.. Kesian..  Siap offer nak  jadi orang tengah bagai.. Ada ape-ape ker, Shuhaimi oiii.. Nak jadi hero kah??  Kak Zuraida pun ape kurangnya.. Watak heroin masih lagi kosong.. Bole la cuba nasib.. ;)

Friday, 15 June 2012

AMBIGA SAMAN BALAS KERAJAAN??



Berita Harian bertarikh 14 Jun 2012.. Ambiga yang nyanyuk nie nak saman kerajaan??.. Biar benar wehh.. Yang merosakan, menjahanamkan, mengotorkan, menyebabkan kerugian adalah puak-puak yang ikut demo "KOTOR 3.0" nie tapi masih ada hati lagi nak saman balas.. Nak saman kerajaan pulak tu.. Aduhaiii.. 

Agaknya Si Ambiga yang nyanyuk ni dah lupa mana asal usul dia agaknya.. Mungkin dia datang dari angkasa lepas dan 'terjatuh' kat bumi Malaysia nie.. Mungkin sebab tu dia rasa dia hebat dan tak perlu patuh kepada kedaulatan undang-undang negara ni..


Belajar tinggi-tinggi sampai jadi peguam, perkara asas Rukun Negara pun dia boleh lupa.. Kesian pada cikgu yang susah payah ajar dia masa sekolah dulu..





Pesan kepada Ambiga :
Agak-agak kau rasa tak boleh patuh undang-undang negara nie, pegi la berambus ke negara lain yang tak ada undang-undang dan buatlah sesuka hati kau.. Tak ada siapa yang nak saman.. Masalahnya, ada ke tempat / negara lain yang boleh terima perangai jelik macam kau nie??..
Dasar tak sedar dek untung!