Showing posts with label ibrahim. Show all posts
Showing posts with label ibrahim. Show all posts

Friday 21 February 2014

Let The Killing Begin!

KEM ANWAR/AZMIN UNGKIT HUTANG USD18 JUTA MB KHALID, MSO KATA HUTANG SEBENAR RM80 JUTA | MyMassa


Kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menggunakan isu hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam Malaysia yang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta) untuk membunuh karier politiknya sebagai Menteri Besar Selangor.

The Malaysian Insider, 13 Februari lalu telah membuat laporan yang memetik sumber dalam PKR (tetapi tidak dinyatakan namanya, dipercayai dari sumber anti-Abdul Khalid) menyebut Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah

“Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

“Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor,” lapornya dalam artikel bertajuk “Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah.”

Namun, penulis pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO), menyebut hutang Abdul Khalid dengan Bank Islam lebih tinggi daripada itu, iaitu bernilai RM80 juta.

Menurut MSO, Anwar terpaksa membuat Projek Kajang itu disebabkan Abdul Khalid enggan letak jawatan di atas faktor hutang tersebut.

“Perkembangan dua tiga hari ini menjawab persoalan yang agak rumit ini. Perkembangan inilah maka bagi saya ia menyebabkan Khalid begitu liat untuk melepaskan jawatan MB Selangor sehingga terpaksa diadakan pilihan raya kecil Kajang dan mengorbankan banyak orang. Pilihan raya kecil ada penyembelihan untuk upacara penurunan takhta.

“Apakah perkembangan dan masalah yang memberati Khalid? Khalid dikatakan berhutang dengan Bank Islam sebanyak RM80 juta. Bank Islam bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimana pun perkembangan terbaru menunjukkan Bank berkenaan tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah akan diambil. Kenapa?

“Mungkin prosedur ini biasa saja. Ada kes yang sudah dibicara pun ditarik balik dan dibuat penyelesaian di luar mahkamah. Tetapi perkembangan di sebalik kes ini menarik dan sesuatu yang boleh difikirkan dan dikait dengan pendirian tegas Khalid mengenai politiknya yang enggan meletakkan jawatan MB. Kerana Khalid sudah menjadi orang politik mungkin penyelesaian secara politik dalam proses.

“Apakah penyelesaian hutang diluar mahkamah ini sudah dijadikan modal untuk menyelamatkan Khalid di samping itu ia memberi keuntungan politik kepada pihak lain? RM80 juta bukan satu nilai yang kecil. Kita memahami bagaimana kerencaman politik akan mengeksploitasikan apa-apa saja isu untuk mendapat keuntungan dan aset ini juga tidak akan terlepas dalam senario di Selangor.

“Bak harimau terhidu bau manusia tadi, apakah PKR dan khasnya Anwar sudah menghidu masalah Khalid ini dan ia harus diatasi segera,” dakwa MSO dalam artikel terbaru bertajuk “Betulkah Khalid ada hutang RM80 juta?.”

Dalam masa sama, MSO turut mengesahkan dakwaan berlaku grand design supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatan MB, namun perancangan itu dihalang oleh pimpinan tertinggi PAS.

Tindakan secara taktikal PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid Ibrahim dari kersi MB Selangor disebabkan MB itu berhadapan dengan beberapa masalah rumit, dua orang pemimpin tertinggi Pas pula berusaha untuk mengekalkan Khalid di kerusi itu. Perjumpaan dikatakan langsung dengan Khalid oleh dua orang pemimpin tertinggi Pas yang disertai sama oleh seorang pegawai politik.

“Pertemuan mereka dengan Khalid itu berlangsung sewaktu Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedang bersidang membincang pilihan raya kecil Kajang. Satu perbuatan yang cukup ironi sekali. Apakah ini sahabat yang dipercayai untuk memegang kunci peti harta Karun atau sahabat yang suka mempertahankan tindakan dengan membaca hadith dan ayat-ayat Quran? Atau sahabat seluar sekadar standard dalam bersaiz XXL?

“Tindakan untuk memecat Khalid sebagai MB tentu ada sebab musabab besar. Ia tidak akan dibuat kalau bukan ada sesuatu yang mendesak atau kalau atas maksud sekadar untuk memberi jawatan MB kepada Anwar Ibrahim. Seekor harimau tidak akan meninggal jauh kawasan yang dia sudah terhidu jebak manusia. Dia akan menunggu dan memburu makanannya itu. Apakah dalam hal ini PKR telah terhidu sesuatu mengenai Khalid Ibrahim?.”
Dakwa MSO, disebabkan rintangan PAS itu, Anwar telah menemui Muryidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

“Tokguru Nik Aziz mungkin sudah mengetahui lebih jauh daripada apa-apa yang sudah diketahui atau difahami oleh pemimpin Pas lain. Anwar sudah berjumpa degan Nik Aziz minggu lepas, di Kota Bharu.

“Walaupun ada usaha untuk mengagalkan pertemuan Anwar dengan Nik Aziz (dilakukan orang-orang tertentu, pengawal Pulau Melaka), tetapi pertemuan terjadi juga. Elok kalau pemimpin Pas termasuk dua orang bertemu Khalid itu berjumpa dengan Nik Aziz dan bertanya perihal pertemuan dia dengan Anwar.

“Rasanya Nik Aziz juga akan menjelaskannya dengan sejujur-jujurnya.”

MSO turut menimbulkan syak wasangka bahawa dua orang pimpinan PAS yang menyokong Abdul Khalid didakwanya lebih condong untuk melihat PAS berbaik dengan UMNO.

“Azmin sendiri faham akan hal ini sebab itu walaupun keputusan dibuat kerusi itu tidak diserahkan kepadanya, dia dapat menerimanya dengan baik. Bagi Azmin seperti juga sama dengan Anwar bukan jawatan itu, tetapi yang lebih penting agar kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak tergadai ditangan Khalid. Tetapi tentulah sebagai seorang politik Azmin seronok kalau diserahkan kepadanya.

“Saya mengira masalah dalaman ini yang perlahan-lahan mula terselak, kena difahami oleh dua pemimpin Pas yang mendatangi Khalid, meminta Khalid agar jangan berundur. Politik kena bijak dan mata politik juga kena mampu menyuluh ke dalam gelap malam. Dan selepas mereka menyedari hal ini maka akan hilang dan sirna niat busuk untuk menyusahkan Anwar Ibrahim. Melainkan mereka juga diam-diam setelah mendirikan sembahyang sunat selepas mengimani solat jemaah berdoa agar Pas akan dapat bersatu dengan Umno.

“Persoalan yang perlu ditimbulkan dalam kepala semua orang ialah kenapa Khalid liat untuk berundur walaupun berbagai tekanan sudah dilakukan? Kenapa, kenapa dan kenapa? Tentu ada sebab-sebab besar mengenainya. Kita tahu Khalid bukan seorang yang minat kepada politik. Dunia politik kepadanya seperti dunia rock kepada pemain mak yong. Tetapi kenapa dia menjadi minat kepada politik khasnya kedudukan sebagai MB? Sebab inilah kena dikaji.

“Kata orang kalau tidak ada mengada tempua takkan bersarang rendah. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Dalam hal ini tentu Khalid ada masalah besar yang sedang menimpanya dan terselindung dari pengetahuam umum. Masalah itu membabitkan peribadinya sebagai Khalid bukan sebagai MB.

“Kalau ia membabitkan MB, Khalid tidak perlu bersusah payah mempertahankan dirinya kerana MB akan dipertahankan oleh rakyat. Dapat difahamkan di sini bahawa Khalid sedang menggunakan jawatan MB itu untuk mempertahan dan menyelamatkan dirinya. Begitukah?

“Boleh jadi ada individu tertentu yang menjadi penasihat dan bomoh kepada Khalid. Setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar, mungkin Khalid mula memahami betapa jawatan dan kedudukan yang ada kepadanya itu boleh digunakan sebagai life boat kepada dirinya dan menyelesaikan masalah dihadapinya.”


RMK : makin dekat nk PRK ni jgn terkejut kalo makin ramai org2 puak deme ni saling bogel-membogel sesama sendiri..semua gile kuasa la katakan..

Saturday 8 February 2014

SENGKETA AZMIN-KHALID YANG DISEMBUNYIKAN SEMAKIN PARAH, TUNGGU MASA MELETOP


SEMAKIN FENIN
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya.



Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa, tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan.



"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan.



"Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.



Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.



Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.



Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.



Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.



Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.



Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.



Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.

Kredit- MyMassa

Monday 2 December 2013

Benarkah Kerajaan Selangor Guna Duit Kerajaan Persekutuan Untuk Bayar Gaji MB?

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sering mendabik dada bahawa mereka berjaya mengumpul rizab yang tinggi.

Oleh sebab itu, Kerajaan Selangor dianggap berjaya. Maka gaji MB dan kuncu-kuncunya perlu dinaikkan.

Tahukah anda bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri menggunakan dana Kerajaan persekutuan untuk meningkatkan rizab negeri?

Tak percaya? Ini buktinya.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disalurkan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang dan tidak semestinya perlu dihabiskan mengikut jangka masa tertentu.

"Kita boleh memasukkan lebihan peruntukkan ini ke dalam tabung penyelenggaraan jalan, ia boleh. Jika ia tak habis (digunakan) ia boleh dimasukkan dan boleh digunakan pada tahun hadapan.

"Atau boleh juga dimasukkan atau disimpan sebagai rizab negeri dan boleh juga digunakan pada masa hadapan. Jadi duit itu ada, tak hilang. Maknanya kegunaannya akan dipantau," jelasnya ketika sesi pertanyaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

MARRIS merupakan peruntukkan penyelenggaraan tahunan jalan raya bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di setiap negeri.

Sebelum ini, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (Pakatan) didakwa menyalahgunakan peruntukkan MARRIS berjumlah RM320 juta untuk dijadikan simpanan dan membayar gaji pekerja serta perkara lain yang tidak sepatutnya dibelanjakan.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcphnbg==

Jika anda ke Selangor, anda akan lihat begitu banyak jalan rosak.


Jika masih tidak percaya, Kerajaan Selangor pernah ditegur dalam Laporan Audit Negara tahun 2011 bahawa Kerajaan Negeri gagal membelanjakan peruntukkan MARRIS seperti mana yang ditetapkan.

Klik untuk besarkan imej


Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Selangor ms 32-33
Jadi sepatutnya Kerajaan Negeri membelanjakan pendapatan termasuk dana dari Kerajaan Pusat untuk tujuan pembangunan. Bukannya simpan dalam rizab. Bila rizab dah penuh, gunakan alasan tersebut untuk menaikkan gaji Menteri Besar.

*Punya bakhil. Dah ada peruntukkan pun tak nak dibelanjakan untuk kesenangan rakyat (jalan raya dibaiki). Haji Bakhil pun boleh kalah macam ni!

RMK : Skg dah nampak da yang rizab yg dikecoh-kecohkan masa sblm PRU13 dulu berbillion-billion tu tujuan utk isi poket sendiri je.. sampah-sampah xnak kutip, rumput taknak potong, jalan rosak xbaiki..puihhhhh

kredit : http://mymassa.blogspot.com/2013/11/benarkah-kerajaan-selangor-guna-duit.html

Wednesday 18 September 2013

Konflik pejabat MB Selangor makin parah?



Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah PR yang melewati penggal kedua dilaporkan kian berantakan.

Sebuah portal mesra BN melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar Selangor baru-baru ini memperli atau cuba mengaburi mata rakyat kerana tidak memasuki pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Saifuddin memberitahu media beliau sudah memulakan tugas di pejabatnya, yang menurut beliau serba lengkap dari segi kemudahan dan kakitangan.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru.

"Antara tugasan lain saya sebagai ketua staf pejabat kepada Tan Sri Khalid (Ibrahim), adalah berkenaan pembangunan desa, dari segi strukturnya saya akan berada dalam sekretariat dan unit perancangan ekonomi negeri,” katanya.

Bagaimanapun, sumber Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan bangunan SUK mempertikaikan dakwaan bahawa Saifuddin diberikan pejabat "cantik dan kakitangan berdedikasi", menurut portal berkenaan.

Sebaliknya menurut sumber itu, Saifuddin hanya diberikan  sebuah bilik tanpa kemudahan asas mahukan pasukan kakitangannya sendiri di tingkat 5, berhampiran Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

“Bilik berkenaan hanya dilengkapkan dengan sebuah meja dan kerusi. Sehingga hari ini tidak ada sebarang permintaan daripada pejabat Menteri Besar atau Datuk Saifuddin sendiri untuk mendapatkan sambungan telefon, komputer serta peralatan pejabat yang lain," kata sumber itu.

“Kami difahamkan, pejabat itu akan digunakan secara sementara, tetapi belum ada sebarang arahan untuk menyediakan bilik tetap seperti di tingkat 21,” kata sumber itu lagi.

Tingkat 20 dan 21 Bangunan SUK menempatkan pegawai-pegawai kanan Khalid termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dan Setiausaha Akhbarnya Arfa Aziz untuk menyenangkan mereka berurusan terus dengan Khalid.

Saifuddin nampaknya tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Malah menurut portal itu lagi, cubaan menghubungi Saifuddin di SUK mengesahkan kenyataan itu apabila telefonis SUK memaklumkan pemimpin kanan PKR itu tidak mempunyai talian langsung.

Khalid sebelum ini berkata, Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat kerana urusan kerja boleh dibereskan dengan komputer riba, justeru tidak perlu datang ke pejabat.

Kemelut mengenai kedudukan Saifuddin di pejabat Menteri Besar Selangor mendedahkan politik dalaman PKR yang masih panas, membabitkan Faekah, Khalid dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin "dihantar" bekerja di pejabat Khalid atas arahan Anwar, namun keputusan itu  tidak disenangi Faekah dan Khalid.

Justeru, Saifuddin dipinggirkan oleh kedua-dua mereka sehingga dinafikan kemudahan asas pejabat yang setara dengan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

Tuesday 10 July 2012

DSAI hentam DAP dan PAS??????!!!




Salinan Talking Point Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah di dalam Sidang Medianya Semalam


Satu sidang media telah diadakan di PJU semalam (9 Julai 2012) oleh Saudara Zamil Ibrahim, Presiden KITA Kedah berkenaan pendedahan satu salinan video.. Salinan video itu didakwa dirakam secara rakaman amatur menggunakan telefon bimbit.. Di dalam rakaman itu, DSAI didakwa telah mengutuk DAP dan PAS dalam satu mesyuarat PKR sebelum PRU-12.. Zamil juga mendakwa akan mendedahkan rakaman video berkenaan sedikit masa lagi..

Di dalam sidang media tersebut, Zamil telah mendedahkan perangai buruk Azmin, Saifudin, dan Mahfuz selain mendesak Dato' Murad memperjelaskan isu seludup sejumlah besar wang ke luar negara pada sekitar tahun 90-an serta mendedahkan siapa yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.. Beliau turut mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan yang beliau telah menerima wang sogokan daripada UMNO untuk memujuk MP PKR keluar parti.. Beliau juga bersedia untuk bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaaan tersebut.

Jadi, mari kita tunggu, ape sebenarnya yang dikutuk oleh Ketua Pakatan Putar Alam ini terhadap ahli pakatannya yang nampak bukan main baik lagi sekarang.. Maklumlah.. bersama-sama nak 'menuju ke Putrajaya'.. Nanti jangan ade yang melompat pulak bile dah dengar ape si Anwar tu kutuk ye.. hehehe.. paham-paham jer lah.. putar alam kann.. depan cakap lain.. belakang pulak cakap lain..