Monday, 30 July 2012

31 Julai Hari Pahlawan


PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)

Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) merupakan anugerah Persekutuan yang tertinggi dan paling kanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah dan penuh pengorbanan.



Inilah barisan pahlawan-pahlawan PDRM yang diberikan penganugerahan di atas khidmat bakti dan jasa yang telah ditaburkan kepada negara dan tanah air. - Sumber



Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.




SELAMAT HARI PAHLAWAN 2012!

No comments:

Post a Comment