Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Thursday 11 April 2013

Sikap Tak Tahu Malu Rafizi Ramli Tak Dapat Dibendung Lagi. Sungguh Kasihan. #PRU13 #GE13


Rafizi Ramli tak tau malu minta duit BR1M dari rakyat untuk tujuan kempen PKR.

GEMPAR! PEMBANGKANG TUBUHKAN PASUKAN SULIT KHAS UNTUK CETUSKAN HURU-HARA PADA HARI MENGUNDI? MENGAPA? #GE13 #PRU13




MASIH lagi ingat apa yang dilakukan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Disember 2012 yang mengadakan demonstrasi di Putrajaya? Jika lupa, ikuti klip video di bawah ini.




PKR mendakwa 300,000 masyarakat India di Negara ini tidak mempunyai Mykad. Maka berhimpunlah kira-kira 300 penyokong PKR, tetapi adakah mereka yang hadir warganegara Malaysia keturunan India?

TIDAK.

Mereka yang hadir sebahagian besarnya merupakan warganegara India yang berada di negara ini sama ada bekerja secara sah atau sebaliknya. Tetapi PKR mendesak supaya mereka ini diberikan Mykad terlebih dahulu barulah disiasat samada mereka warganegara ataupun tidak.

Ada Mykad bermakna bolehlah mengundi. Adakah mereka ini yang didakwa oleh Pakatan Rakyat sebagai 'pengundi hantu'?

Adakah ini merupakan satu konspirasi PR bersama pihak asing untuk memastikan proses pilihanraya pada 5 Mei ini gagal, seterusnya membolehkan campur tangan kuasa asing menjajah negara ini atas tiket kononnya untuk mententeramkan keadaan huru-hara di Malaysia?

Modus operandi mereka mudah, seperti mana PKR Selangor merancang mewujudkan satu pasukan pemantau yang diberi nama MATA.

Pasukan ini diwujudkan untuk memantau pengundi-pengundi yang mempunyai wajah seperti warga Pakistan dan Bangladesh yang hadir mengundi dalam PRU13. Mungkinkah individu berkenaan dirancang oleh PR untuk datang ke tempat mengundi sebagai pengundi, hakikatnya ia hanya lakonan sahaja?

Apa yang akan berlaku, PR yang menempatkan antara empat dan lima orang sebagai pemerhati akan menahan atau memeriksa mana-mana individu kononnya disyaki dan seterusnya akan menghalang orang disyaki dari mengundi.

Apa yang akan berlaku selepas itu? Lakonan babak seterusnya iaitu berlaku pertengkaran dan mungkin bergaduh.

Apakah persespsi masyarakat yang datang mengundi. Lebih teruk lagi media asing akan dijemput ke lokasi berkenaan untuk merakam lakonan PR dan menyebarkan di media bahawa proses pilihanraya di Negara ini tidak telus. Kroni-kroni PR di luar Negara pun akan melobi supaya campurtangan asing dalam proses pilihanraya.

Sekiranya PKR dengan pasukan 'MATA', manakala PAS pula dengan Skuad Keselamatan Pas Selangor (SKEPS).


Apa tugas SKEPS, sama juga seperti MATA tajaan PKR Selangor iaitu mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri. Pencetus huru-hara.

DAP pula ada ke? Sebenarnya PKR dan PAS mengikut  arahan dari 'big brothers’ mereka iaitu DAP yang terlebih dahulu mewujudkan, malahan kewujudan skuad tajaan DAP 'dihalalkan' dari segi undang-undang. Bukan itu sahaja, kerajaan DAP Pulau Pinang menaja segalanya dengan menggunakan peruntukkan kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memahami scenario yang berlaku, menunjukkan bahawa DAP telah merancang segalanya untuk PR termasuklah apa yang didedahkan oleh bekas pemimpin tertinggi DAP selama ini.



Bagaimanapun, diharapkan  Polis Diraja Malaysia tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) semasa PRU13 sekiranya berlaku ancaman atau perkara yang tidak diingini.

Di bawah akta tersebut, polis berhak menahan suspek selama 29 hari sebelum dibicara atau dibebaskan, walaupun  secara asasnya PDRM akan menggunakan Akta Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan berkaitan sepanjang pilihan raya.

Sudah tiba masanya penguatkuasaan undang-undang dilakukan demi memastikan kestabilan dan keamanan negara ini terjamin.

Jangan dibiarkan virus sedemikian menular. Kesannya Negara akan bergolak dan keamanan yang dikecapi selama ini musnah dalam sekelip mata.

Renung-renungkan.

Wednesday 10 April 2013

KHALID IBRAHIM MAHU SAMBUNG TIPU RAKYAT SELANGOR PENGGAL KEDUA




SHAH ALAM - Lima tahun mentadbir Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap diberikan satu lagi peluang untuk meneruskan kecemerlangan pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Bercakap dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Khalid mahu rakyat memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu penggal lagi supaya beliau boleh melaksanakan pemberian saham air kepada rakyat di negeri ini. - Sinar Harian

Selanjutnya [di sini].



Khalid, Khalid, Khalid.

Rakyat dah tak percayakan kamu. Tahukah kamu banyak lagi janji manismu yang tak tertunai di Selangor ni?


Sumber



Sedangkan janji PRU12 2008 pun tak tertunai. Bagi kami sebab kenapa perlu pilih kamu dan parti kamu dalam PRU ni?



Tuesday 9 April 2013

ANWAR IBRAHIM BERPELUH PKR GOMBAK LUMPUH APABILA 250 AHLI CABANG KELUAR PARTI! #TolakPR #GE13 #PRU13

Baru semalam kita dihidangkan dengan berita 300 ahli PKR Cabang Indera Mahkota, Kuantan Pahang keluar parti [baca sini].

Dan lagi berita menyedihkan buat puak-puak penchachai pakatan pembangkang adalah 250 ahli PKR cabang Gombak pula meninggalkan parti itu. RMK quote laporan dari Utusan Online:


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu. 
Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. 
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik. 
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri. 
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Rakan RMK sempat menyertai majlis pengisytiharan keluar parti PKR ini semalam. Di sini RMK kongsikan beberapa gambar.





Nampaknya, ahli-ahli PKR seluruh negara sudah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu. Apa tidaknya, sudah ramai pemimpin mereka yang dibelenggu dengan masalah moral. Anwar? Azmin? Dan bagaimana dengan yang terbaru Ketua Penerangan PKR Merbok yang kantoi melayan ghairah secara solo di hadapan laptop di pejabat PKR beliau? Jangan lupa Nik Nazmi ADUN Seri Setia juga baru sahaja kantoi (melalui sebuah rakaman sulit) menidakkan suara rakyat dan menggunakan kuasa veto dalam menentukan keputusan mesyuarat [baca sini]. Belum termasuk lagi perancangan keji mereka untuk mencetus kekecohan dan menghuru-harakan keadaan ketika hari mengundi nanti [baca sini]. Itu yang berjaya dikantoikan. Mesti ada lagi perancangan serupa lain yang kita tidak tahu. Ini semua petunjuk. PKR sudah hilang kredibiliti.

Dan daripada maklumat yang RMK dapat, ada satu lagi kumpulan yang akan mengumumkan keluar dari PKR menjelang hujung minggu ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat.



Monday 8 April 2013

PENDUDUK SIJANGKANG, KUALA LANGAT TOLAK ABDULLAH SANI #PRU13 #GE13

Sebelum ini RMK pernah post entri berkenaan dengan penyelewengan Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani [MP Kuala Langat Main Kotor]. Sekarang terbukti beliau semakin tidak diterima rakyat Kuala Langat.
Penuh hingga ke luar khemah

Dan Dr. Yunus, ADUN Sijangkang pasti tak senang duduk dibuatnya apabila mendapati hampir 1500 orang membanjiri padang awam di pekan Telok Panglima Garang pada petang ini (7 April 2013). Luar biasa sambutan yang diberikan. Bukti menunjukkan bahawa mereka semua MENOLAK pimpinan PAS di DUN Sijangkang juga MENOLAK pimpinan PR di Parlimen Kuala Langat.
Pemimpin yang senantiasa turun padang.

Pengerusi PEMUDA BN Kuala Langat


Angin perubahan semakin ketara.

Sunday 7 April 2013

GEMPAR! Video Rakaman Sulit Dedahkan Siapa Nik Nazmi Nik Ahmad Sebenarnya! Sila Tengok. #GE13 #PRU13



Semuanya terbukti sudah melalui video ini. Apa sebenarnya karakter Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia yang pernah menjadi Setpol Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Beliau juga merupakan anak didik tak lain tak bukan si Anwar Ibrahim.

Rakaman di bawah  dibuat semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).



Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:

1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.


Penduduk mahukan jambatan itu kekal. Namun Nik Nazmi teguh dengan pendirian peribadi beliau mahukan jambatan itu dirobohkan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana beliau tidak mempedulikan keperluan dan kebajikan rakyat. Pakatan pembangkang sibuk meuar-uarkan di sana sini mereka parti berkebajikan dan mengutamakan rakyat. Tetapi di manakah suara rakyat dalam isu ini? 

Dan jangan terlepas pandang cara Nik Nazmi dengan angkuhnya menidakkan hujah yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat yang lain sehingga mencetuskan pertelingkahan. Mana dia keadilan yang digembar-gemburkan itu? Cakap tak serupa bikin!

Isu kuil juga disentuh dalam video tersebut. Anda boleh lihat sendiri bagaimana Nik Nazmi memperlekehkan kuil Hindu yang dibina di bawah pokok di kawasan itu. "Kuil di bawah pokok. I am not so interested," katanya. Ini datang dari mulut pihak parti yang giat memperjuangkan kesamarataan semua agama? Kata pentingkan keharmonian antara kaum? Depan cakap lain, belakang cakap lain?




Lidah bercabang.



Anda nilaikan sendiri. Jangan tersilap pilih lagi dalam PRU13 ini.

Saturday 6 April 2013

#Sayangi Selangor: Salahguna Dana RM20,000 Cabang PKR Kuala Selangor


Pentadbiran pakatan haram di Selangor cukup tragis. Bermula dengan menggula-gulakan rakyat Selangor semasa PRU12 yang lepas telah berjaya memperdayakan mereka mengundi pakatan haram. Cuma mereka lupa bahawa rakyat yang mereka gula-gulakan itu tidak pernah lupa pada janji yang ditabur.
Namun rakyat Selangor begitu hampa apabila Khalid Ibrahim telah mengistiharkan bahawa manifesto PRU12 yang lepas bukanlah janji yang harus ditepati. Dengan kata lain pakatan haram mengamalkan penipuan manifesto dan memfitnah Barisan Nasional.
Senjata makan tuan apabila seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Khalid Ibrahim telah membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.
Malahan satu video yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut. Isu berkenaan telah dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.
cabang sgor
Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain. Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.
Namun apa yang pasti lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.
Harap SPRM buat siasatan dengan terperinci. Harap Khalid Ibrahim tak tergagap-gagap jawab tuduhan ini. Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor.

sayangi selangor1
Antara laporan penyelewengan dan rasuah ke atas pakatan haram Selangor adalah isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).
Laporan juga telah dibuat ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.
Pakatan haram tidak pernah telus dalam mentadbir. Propaganda telus yang dicanangkan sebelum ini merupakan retorik semata-mata untuk mengaburi jenayah mereka.

Friday 5 April 2013

Azmin, Kenapa Tak Bincang Dulu? PAS Wilayah Persekutuan Kesal dengan @AzminAli #PRU13 #GE13


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.
Malah sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kerusi tersebut.
“PAS WP merasa kesal dengan pengumuman Azmin Ali dalam media semalam bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.
“PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini hari ini.



RMK: Nampak sangat pakatan pembangkang tak bersepakat. Semakin lama, semakin ketara. Haha.

GEMPAR! NURUL IZZAH UPAH GANGSTER PUKUL BEKAS PEGAWAINYA KERANA MEMBONGKAR RAHSIA?



Hebat Anak Anwar nie rupanya nampak baik didepan akan tetapi Ganas jugak sampai boleh bawa Pencacai untuk mengugut Bekas Orang kuat PKR lembah pantai untuk membongkar penipuan.

M.Parthiban Bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Nurul Izzah telah mengadakan Sidang Akhbar membongkar penipuan Nurul Izzah, secara tiba-tiba seorang gangster yang merupakan pengikut tegar PKR telah mengacau dan cuba mengugut Parthiban.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.

Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.

"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat

Setelah beberapa ketika meng'ushar' Parthiban dan Md Noor dari jauh, seorang dari mereka iaitu Bidin Besi, tokey kedai besi di P20, yang juga menjaga Bilik Gerakan PKR P20, telah bertindak lebih gangster di hadapan semua press yang hadir bila menepuk Parthiban dan memberi amaran.

Nurul Izzah Besi selalu menuduh UMNO Lembah Pantai mengamal politik keganasan. Ini bukti bahawa PKR di bawah Nurul Izzah lah pengamal politik keganasan.

Thursday 4 April 2013

[Video] Eksklusif! Anggota PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor @Khalid_Ibrahim Seleweng Kuasa dan Wang Parti!


PUTRAJAYA, 4 April  - Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.
“Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.
“Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.
Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.
“Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa,” katanya. - Umno-online

\
Penyelewengan demi penyelewengan telah terbongkar oleh pihak dari dalam parti PKR sendiri. Kali ini melibatkan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang dikatakan telah menyalahguna kuasa dan wang dari dalam cabang PKR Kuala Selangor. Ahli PKR yang berjuang berhabis-habisan demi parti sangat kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang menghina dan menidakkan perjuangan mereka.


Kredit: Lensa Kini

RMK: Alahai Khalid. Dah tau nak kalah ke dalam PRU13 ni? Sebelum kalah songlap duit dulu, tak gitu? Kih kih kih..

Tuesday 2 April 2013

Panas! WAN AZIZAH AKAN BERTANDING DI DUN PELABUHAN KLANG?



Bila dah takde tempat dihati pengundi,maka mulalah pasangan laki-bini ni meroyan nak cari "port"baru bagi meneruskan agenda menipu,memfitnah dan me..... rakyat.
Alkisah seperti yang kita ketahui umum bahawa DSAI baru-baru ini ada menyatakan hasrat untuk tidak mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauhnya dan telah berhasrat untuk memilih Selangor ataupun Perak.
Dan terkini,isterinya yang tersayang...Azizah,pula dikhabarkan akan menurut jejak langkah DSAI tapi beliau telah memilih Selangor dan kawasan yang dipilihnya adalah di Pelabuhan Klang.Jeng..jeng.jeng..
Berita ini telah disahkan oleh orang kuat PKR Cabang Klang dimana telah berlangsungnya sidang akhbar khas membincangkan perkara ini,yang telah diketuai oleh Yew Boon Lye,selaku Ketua PKR Cabang Klang dan bersama beberapa pemimpin PKR yang lain pada hari ini,

Menurut Yew Boon Lye,PKR Cabang Klang menawarkan tempat kepada Azizah berikutan beliau yakin yang si Azizah ni dapat menaikkan sokongan rakyat Klang terhadap PKR,namun pada hakikatnya beliau ingin menghalang SUHAIMI MOHD NOR,Penyelaras PKR Dun Port Klang daripada bertanding dikawasan itu.Perghh..nampak sangat PKR mempunyai masalah dalaman yang begitu KONFLIK dan KEKURANGAN CALON YANG BERWIBAWA untuk memimpin rakyat,senang kata,memang takde calon dah..semua takut kena jilat ketiak.
Kesimpulannya di sini,aku ingin memperkatakan bahawa:


1) PKR sekarang ini telah dilihat semakin ketandusan idea/calon serta kewibawaan dalam pimpinan
2) PKR mempunyai masalah dalaman yang kritikal hingga sanggup cantas-mencantas
3) PKR sebuah Parti yang Kian Rapuh..
4) PKR sudah ditolak oleh rakyat Permatang Pauh
5) PKR HARUS DITUMBANGKAN PADA PRU 13


[Sumber]


RMK: Masalah dalaman PKR tak berkesudahan. Hal parti pun tak dapat selesaikan, inikan pula mahu mentadbir negara. Ini belum masuk lagi isu kroni.



Monday 1 April 2013

FAKTA-FAKTA YANG MENJATUHKAN AIR MUKA RAFIZI RAMLI (PART II)




Selepas menyumbang tangan dalam membantu rakan admin yang lain dalam menjawab video pertama dan kedua Rafizi dalam ruang lingkup harga minyak dan turunkan harga kereta, maka dengan ini, saya rasa sudah terpanggil untuk mencoret sedikit catatan saya mengenai isu pendidikan percuma yang diadaptasikan dalam video. 

Pertama, saya ingin mengulas mengenai kenyataan Rafizi bahawa IPT di negara kita ini dengan dakwaan bahawa pendidikan tinggi di negara kita diswastakan… diswastakan… benarkah kenyataan ini wahai abang Rafizi? You… eh saya bukan anwar, kamu tahu tak yang subsidi yang disalurkan oleh kerajaan dalam pendidikan tinggi awam di Malaysia mencecah 95 peratus? 

Terus, di mana dakwaan Rafizi mengatakan bahawa pendidikan tinggi untuk mengkayakan kroni? 400, 000 orang penuntut di IPTA itu siapa? Siapakah yang dibantu oleh kerajaan BN? Kronikah? Hebat… jadi ternyata kroni yang selama ini diperkatakan oleh abam Rafizi merupakan rakyat. Dengar sini semua, kroni kerajaan BN ialah rakyat!!! 

Seterusnya Rafizi bercakap bahawa golongan muda terus terbeban dengan hutang? Saya mahu bertanya, apakah kerajaan sendiri yang mewajibkan pelajarnya meminjam? Kalau tahu terbeban dengan hutang, bukankah konsep PTPTN sekarang ini seperti biasiswa? Di mana anda harus score 3.5 ke atas manakala segala yang anda pelajari itu ialah percuma. Ya, anda mahukan sesuatu yang percuma, namun tiada wang. Boleh… bayar “percuma” itu melalui PEMBELAJARAN. 

Seterusnya, Rafizi mengatakan IPT ini untuk golongan kaya? Eh…. Sekejap. IPTA dan Poli yang diwujudkan oleh kerajaan kebanyakannya daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan miskin? Terutama UiTM yang ditubuhkan untuk membantu orang Melayu dan bumiputera. Persepsi apakah ini yang cuba ditaburkan?

Kemasukan universiti melalui kewangan bukan akedemik? Wah… hebatnya Malaysia. Tahukah anda bahawa antara syarat-syarat untuk memasuki universiti di Malaysia sangat ketat? Saya ambil contoh kerana kenyataan Rafizi ini sangat umum dan bersifat persepsi. 

Untuk mengambil jurusan undang2 di UiTM, program asasi telah disediakan manakala mereka yang mengambil program asasi ini hanyalah pelajar cemerlang dan tidaklah pelajar yang kaya raya. Selalunya terdiri daripada pelajar straight A. Terus, kerana kecemerlangan yang diperlukan, kerajaan telah membantu mereka lagi kerana merit yang diterima oleh mereka. Antaranya ialah:

Elaun Wang Saku (RM1250.00 /semester)
Yuran Pengajian (RM360.00 /semester)
Yuran Kolej (RM350.00 /semester)
Tiket Kapal Terbang (Pelajar Sabah/Sarawak) Sekali Sepanjang Pengajian (Pergi/Balik)

Bagaimana Rafizi boleh mengatakan bahawa kemasukan universiti di Malaysia ini hanyalah berdasarkan kewangan? Memang kaki putar betul budak PONDAN ni!!!

Seterusnya, saya sudah meneliti segala formula yang digariskan oleh RAFIZI yang digunakan oleh Rafizi. Saya tidak nampak di mana nama “PENDIDIKAN PERCUMA” yang diperkatakan oleh Rafizi kalau IPTS masih ada dan tabungan pinjaman disediakan. 

Anda bising jumlah hutang PTPTN yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, tetapi cadangan anda selepas penghapusan PTPTN ialah mewujudkan tabung pinjaman pula untuk mereka yang ke IPTS. Seolah-olah seperti anda membawa seseorang keluar dari mulut buaya, dengan menunjukkan jalan ke arah mulut harimau… mungkin dalam bab ini hanya putar belit si PONDAN hebat sahaja.

Hey abam Rafizi, meh dengar sini. Anda bercakap mengenai KOS 6 Billion yang akan ditanggung oleh kerajaan, dan penyokong anda bertepuk tangan teruja. Sekejap… walaupun saya masih khuatir bagaimana anda mendapat angka 6Billion itu kerana langsung tidak disediakan, maka saya bersangka baik untuk mengatakan bahawa jumlah itu benar. TETAPI…

Rafizi hanya bercakap mengenai KOS PENGHAPUSAN… bukannya KOS PENGURUSAN. Ya, mungkin kos penghapusan setiap tahun hanya 6BILLION, tetapi tidak KOS PENGURUSAN.

Kenapa Rafizi tidak bercakap kos MEMBAYAR PENSYARAH, KOS MAINTENANCE, KOS MEMBAYAR KERUGIAN APABILA SETIAP PELAJAR MASUK PERCUMA, KOS BIL AIR DAN ELETRIK, KOS PROMOSI, KOS MENYERTAI KARNIVAL, dan pelbagai KOS PENGURUSAN yang lain yang saya jangka boleh mencecah PULUHAN BILLION. 

Dan kena ingat… jumlah ini akan bertambah apabila MASA BERTAMBAH. Ini sering dengan FAKTOR POPULASI MANUSIA BERTAMBAH, HARGA ELETRIK DAN AIR MENINGKAT, KENAIKAN HARGA MINYAK dan sebagainya… KENAPA RAFIZI DIAM MENGENAINYA? KENAPA!!!??? 

Seterusnya RAFIZI membangkitkan kenapa KERAJAAN mampu membayar untuk kos seperti MRT yang berjumlah puluhan BILLION sedangkan untuk kos PENDIDIKAN PERCUMA tidak mampu? Dengar sini, kos untuk permintaan MRT hanya statik untuk waktu pembinaan itu, dan apabila MRT sudah siap, segala kos pembinaan itu akan DIJANA KEMBALI MELALUI PENGIKLANAN DI SETIAP STESEN MRT, DI SETIAP TREN (DALAM ATAU LUAR) juga RAFIZI lupa bahawa KOS PEMBINAAN MRT akan DIJANA MELALUI PEMBAYARAN TIKET OLEH RAKYAT! Maka, KERAJAAN rela mengambil risiko membina MRT kerana pulangan keuntungan KEPADA NEGARA BERLIPAT KALI GANDA!

Ini ialah ASAS DALAM EKONOMI DAN PERNIAGAAN. Rafizi TAK NAMPAK KE? Ohh, saya lupa guru anda ialah PAKAR EKONOMI YANG CUMA BERLULUSAN SASTERA aje… hehehe… 



RMK: Rafizi Ramli ni dah dilatih oleh Anwar Ibrahim untuk jadi spinner agaknya. Tu yang dok putar alam tak habih-habih! Nak tunjuk hero tapi kantoi sentiasa.


FAKTA-FAKTA YANG MENJATUHKAN AIR MUKA RAFIZI RAMLI






Anda kenal mamat overweight di atas? Ya itulah salah seorang JAMBU Bang Non yang paling lama bertahan. Dikatakan beliau telah menerima 'cincin' pelantikan sebagai JAMBU semenjak beliau masih dibangku sekolah lagi, atau dengan kata lainnya, beliau pernah menjadi JAMBU Anwar di bawah umur.



Namanya meningkat naik baru-baru ini kerana kempen turunkan harga kereta, debat pendidikan percuma dan juga kerana niatnnya mahu menumbangkan Ong Tee Keat di kubu kuatnya beliau. Memang bercita-cita besar si Rafizi ini. Malah, Anwar dan konco-konconya tanpa segan silu mengangkat si Rafizi Jambu ini sebagai antara pemimpin muda PKR yang intelektual (mungkin kerana sedar dirinya sekadar lulusan am Bahasa Melayu) dan kononnya mempunyai pengetahuan ekonomi yang cukup tinggi, walaupun beliau sebenarnya dibuang daripada Petronas kerana isu penyelewengan tuntutan.

Namun, hebat-hebat Si Rafizi ini, hebat lagi Shamsul Iskandar AKIN yang lebih tembun. Kerana sehingga hari ini, beliau masih gagal menumbangkan si GEMPEN (Gemuk-Pendek) itu sebagai KETUA AMK! Jadi, macamana ceritanya nak tumbangkan Ong Tee Keat? Takkan menang pasal nak harapkan undi pecah kaum bukan Melayu sahaja kot? Mana maruah mu wahai Rafizi?

Mungkin infografik di bawah ini dapat menerangkan dengan lebih lanjut mengapa Rafizi Ramli ini lebih layak untuk kekal sebagai stok simpanan JAMBU Anwar sahaja daripada diangkat menjadi pemimpin dan wakil rakyat:






Sumber: MyMassa


RMK: What say you, Rafizi?