Thursday 27 September 2012

Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat Platform Pembangkang Hentam Kerajaan Pusat!!







PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyerahkan barangan milik peribadinya pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat dan memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk membelinya.

Selain beliau, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan turut menyerahkan barang peribadi milik mereka pada malam tersebut.

Majlis makan malam Perdana Pakatan Rakyat 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 28 September bermula jam 8.30 malam hingga 12 malam.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Dr Mohd Hatta Ramli yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa majlis tersebut memberitahu program ini merupakan pertama kali diadakan melalui gabungan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.


Katanya, pada petang 28 September itu, Bajet 2013 telah dibentangkan di Parlimen dan susulan dari pembentangan tersebut ulasan-ulasan berkenaan bajet 2013 itu akan dijelaskan oleh pemimpin Pakatan pada majlis jamuan itu.



"Pada malam tersebut pemimpin-pemimpin dari ketiga-tiga parti akan memberi ulasan terhadap bajet tersebut.


"Ini merupakan ruang dan medan untuk kita memberi pandangan awal berhubung apa yang dibentangkan oleh kerajaan untuk kita mendapat maklumat awal serta persiapan bagi perbahasan nanti," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.


Dalam pada itu, beliau memberitahu jamuan yang diadakan ini adalah ingin mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya nanti.


"Kita akan menghadapi pilihanraya dan kita mempunyai perkara-perkara yang mesti dilaksanakan dengan segera bagi membantu perjalanan pilihanraya," sambung beliau.


Dr Mohd Hatta memberitahu Pakatan Rakyat telah melaksanakan beberapa program besar seperti sambutan Hari Malaysia pada 15 dan 16 September di Sabah dan Sarawak.


Malah, Pakatan juga akan menganjurkan satu konvesyen mega di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti yang akan melibatkan 150 ribu penyokong Pakatan Rakyat.


"Program yang besar ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan kita berharap kutipan dari majlis makan malam ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan program yang akan dilaksanakan nanti.


"Kita juga menyediakan beberapa prasarana pilihanraya walaupun parti masing-masing bertanggungjawab bagi menyediakan jentera dan sumber tetapi Pakatan Rakyat secara berpusat akan membantu dalam semua perkara khusu untuk hadapi pilihanraya dan ia merupakan tugas yang besar serta perbelanjaan yang amat tinggi," katanya.


Atas dasar tersebut, beliau berharap ada pihak akan turut membantu memberi sumbangan bagi mengumpulkan dana tersebut.


Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang mewakili DAP dan juga Bendahari PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Majlis makan malam perdana itu menyediakan 255 buah meja dan sehingga hari ini hanya tingga 30 buah meja yang belum ditempah.


Majlis tersebut akan dihadiri oleh barisan pemimpin Pakatan Rakyat dan juga pemimpin-peminpin yang  jemputan termasuk juga dari badan bukan kerajaan (NGO).


Selain itu juga beberapa program telah diaturkan bagi memeriahkan majlis tersebut.


Mereka yang berminat boleh menghubungi Amani 0192660423, Nurul 0192660605 dan Azmer 0192660634 bagi urusan tempahan.


Segala bentuk bayaran atau sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank 5621 0623 5616 - Tabung Impian Rakyat.

Sumber: HarakahDaily



Tujuan sebenar Pakatan Haram buat program ni hari yang sama dengan pembentangan bajet 2013 hanya untuk spin perancangan yang PM dah buat supaya nampak macam semua tak elok. Nanti dia akan cakapla kerajaan pusat bazir sana sini hentam kiri kanan apa jadah semua tu lah. Satu lagi, nak kutip dana, lelong barang peribadi bagai? Nak sapot sewa jet peribadi Nuar ke? Haram jadah!



No comments:

Post a Comment